Friday, April 3, 2009

Pilihanraya Kecil Bukit Selambau

Suasana pilihanraya kecil (PRK) Bukit Selambau menyaksikan perlawanan 15 penjuru yang tidak pernah dialami di dalam sejarah PRK Malayia. BN meletakkan harapan mereka kepada S Ganesan, manakala PKR menyenaraikan seorang muka baru, S Manikumar. Lain-lain penyertaan adalah daripada individu-individu yang menetap di kawasan Bukit Selambau.

Terdapat juga seorang calon daripada orang melayu yang merayu undi daripada masyarakat melayu, serta menjanjikan bahawa sekiranya menang, akan menyertai PAS untuk membentuk sebahagian daripada jentera kerajaan memerintah kini di Kedah. Walaubagaimana pun, kenyataan ini di sanggah oleh PAS di dalam wawancara dengan TV Antara.

Cuaca yang tidak menentu dengan hujan dan panas silih berganti merencatkan suasana PRK apabila perang poster tidakah semeriah PRK yang lepas-lepas. Masih terdapat banyak lagi kawasan yang tidak terdapat sebarang bendera dikibarkan dan poster calon juga tidak dinaikkan. Tinggal lagi 5 hari sehingga ke tarikh mengundi dan semua pihak bertungkus-lumus memperkenalkan calon masing-masing melalui pelbagai cara.

No comments: