Saturday, April 4, 2009

Mahathir dan Siti Hasmah menyertai semula UMNO

Malaysiakini - Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan borang keahlian untuk kembali semula ke pangkuan Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Turut menyerah borang keahlikan untuk menyertai semula Umno ialah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak lelakinya, Datuk Mokhzani.

Borang tersebut diserahkan Najib dalam sidang akhbar selepas mereka mengunjungi perdana menteri, di kediaman rasminya di Sri Satria pagi tadi.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau belum pasti cawangan Umno yang akan disertainya.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada Umno dalam satu ceramah di Alor Star pada 19 Mei tahun lalu tahun atas alasan hilang kepercayaan terhadap parti itu.

Sementara itu, Najib berkata sesiapa sahaja boleh menyertai semula Umno untuk memperkukuhkan parti.

Di samping itu, katanya, Dr Mahathir juga akan membantu BN berkempen dalam kesemua tiga pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batanga Ai.

Mengenai kabinet baru, Najib berkata, beliau memerlukan masa kerana ramai pekerja parti sibuk berkempen dalam pilihanraya kecil berkenaan.

No comments: