Friday, May 29, 2009

Najib Chin Peng

Najib menerusi kenyataan media rasminya telah membantah tindakan Koh Tsu Koon yang mengutarakan cadangan membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia di Puterajaya. Manakala, media utama negara telah diarahkan agar tidak menyiarkan berita berkenaan lawatan Najib ke China yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Di sebelah pihak, Najib menyatakan bahawa Chin Peng tidak harus dibenarkan pulang ke Malaysia kerana kekejaman yang pernah dilakukan oleh parti yang pernah di pimpin oleh Chin Peng, Parti Komunis Malaya (PKM) pada era 5oan dahulu.

Memang kenyataan bahawa ramai yang terkorban angkara PKM pada masa tersebut, tetapi jika di selak lembaran sejarah, PKM pernah membantu penduduk Tanah Melayu melalui penentangan terhadap kekejaman pemerintahan Jepun semasa perang dunia kedua.

Fakta ini tidak boleh dinafikan. PKM juga berjuang menentang British setelah Jepun menyerah kalah. Pergerakan PKM selepas itu baru diharamkan oleh kerajaan Malaysia.

Di sisi lain, Najib mengalu-alukan perhubungan dengan kerajaan China yang mendokong ideologi komunis moden, yang lebih terarah kepada penjanaan ekonomi dan bukan kekerasan, begitu juga dengan Rusia. Najib menidakkan Chin Peng kerana khuatir parti yang telah diharamkan itu akan subur semula dengan kepulangan Chin Peng, serta menyuburkan fahaman komunis di Malaysia.

Sekiranya fahaman komunis tidak dibenarkan, fahaman-fahaman lain selain fahaman rasmi negara ini juga tidak boleh dibenarkan. Bermakna, hanya fahaman Islam sahaja, sepertimana termaktub di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi negara yang boleh ujud dan disebarkan di Malaysia.

Cabang dan ranting fahaman termasuklah ideologi dan teologi. Demokrasi juga harus dibubarkan kerana demokrasi adalah fahaman yang tidak berlandaskan Islam. Maka, Najib harus membetulkan dahulu fahamannya sebelum boleh mengambil pendirian di dalam hal ini.

Mengambil contoh Nabi s.a.w., beliau terkejut, ketika melalui rumah seorang perempuan tua berbangsa yahudi yang dilewatinya setiap hari di dalam perjalanan baginda ke masjid, apabila mendapati tiada duri dan halangan di jalan baginda sepertimana biasa.

Baginda bertanyakan khabar perempuan tua tersebut dari jirannya, dan baginda mengetahui bahawa orang tua terlebut terlantar kesakitan. Baginda terus menziarahi dan memberikan segelas air sebagai penawar.

Perempuan tua yahudi berkenaan begitu terharu dengan tindakan baginda rasulullah lalu mengucapkan shahadah beberapa hari kemudian. Nabi menyebarkan kasih sayang demi memikat hati masyarakat sekeliling. Sedangkan orang tua yang pernah membuat segala macam honar kepadanya pun di bantu baginda.

Berikan sedikit ruang di lewat senja seorang yang bernama Chin Peng menghabiskan saki baki kehidupannya di samping yang tersayang. Sekiranya Najib dapat melakukan ini atas dasar kemanusiaan, sebenarnya Najib telah menunjukkan kekuatan dalaman yang tinggi sebagai seorang pemimpin yang berkarisma dan berintergriti di mata antarabangsa.

Selari dengan saranan dan syariat Islam yang menyebarkan kasih sayang, hatta kepada seteru mereka, Najib sebagai seorang penganut Islam yang berikrar untuk mencontohi junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w., mestilah membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia.

Tuesday, May 26, 2009

Kali Kong?

Ramai tertanya-tanya apa kaitannya Zambry dengan Kali Kong di dalam artikel yang lepas. Mereka yang berkecimpung di dalam industri pembinaan tentu faham bahawa kong adalah unit kerja untuk pembinaan bata sebagai contohnya. Dengan menyiapkan satu kerja, atau satu kong, pekerja perlu menyelesaikan ikatan bata sebanyak 200-220 bata. Gaji akan berdasarkan kepada kong tersebut.

Zambry sebagai MB Perak rasmi perlu memperbanyakkan kongnya untuk membuktikan keupayaannya mentadbir Perak. Usaha berterusan perlu dijalankan demi kemajuan Perak secara menyeluruh.

Monday, May 25, 2009

Zambry Kali Kong

Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur telah mengesahkan Zambry sebagai MB Perak yang sah baru-baru ini di mana Nizar pulak memfailkan rayuan ke atas keputusan mahkamah tersebut. Nizar amat berharap demi demokrasi agar panel 5 hakim akan menduduki pendengaran rayuan itu nanti.

Zambry di dalam siaran berita rtm tersenyum lebar apabila menasihati PR agar menerima keputusan mahkamah dan menunggu PRU ke 13 nanti untuk berhadapan dengan BN. Dia dikelilingi oleh ramai pemimpin tinggi UMNO semasa mengadakan sidang media, tidak sepertimana semasa keputusan kemengangan Nizar tempoh hari. Seolah-olah, Zambry sudah tahu keputusan akan berpihak kepadanya.

Terjadi suatu insiden suatu ketika dahulu, bilamana Zambry dan Nizar bertembung di dalam satu masjid dianjur untuk MB, Zambry terhina apabila tok imam menjemput Nizar untuk menyampaikan khutbah Jumaat kerana majlis tersebut adalah majlis rasmi kerajaan.

Kini, Zambry mungkin berasa kerusinya sejuk kembali, cuma jika dia bermaruah, dia akan membubarkan DUN Perak dan menyerahkannya kepada Rakayat sekarang untuk menentukan pemerintah yang layak. Sekiranya dia tidak berbuat sekarang dan menantikan PRU ke 13 nanti, dikhuatiri luka sekarang akan bernanah membusuk serta berulat, menyebabkan peluang untuk BN menang adalah tipis.

Terserah kepada Zambry untuk mencatur tindakannya selepas ini. Walaubagaimana pun, diucapkan syabas kepada Zambry kerana telah disahkan oleh mahkamah sebagai MB Perak. Semoga pengadilan mahkamah rakyat menyebelahinya nanti.

Tuesday, May 12, 2009

Najib istiqamah, Anwar politiking

Najib menzahirkan betapa Barisan Nasional (BN) menerima keputusan mahkamah tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan Nizar sebagai menteri besar Perak dan mengenepikan permohonan secara lisan peguan Zambry untuk mengenepikan perintah mahkamah tersebut.

Walaubagaimana pun, mahkamah tinggi Kuala Lumpur mengarahkan peguam Zambry agar memfailkan permohonan tersebut secara rasmi. Najib istiqamah dan menyatakan bahawa kerajaan persekutuan akan memfailkan rayuan secara rasmi berdasarkan bukti yang kukuh.

Kerajaan pesekutuan seharusnya meneruskan agenda 1 Malaysia dengan penuh istiqamah, mencontohi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membuka keahliannya kepada semua kaum. Najib perlu menyelam ke dasar lubuk hatinya untuk melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana perdana menteri Malaysia, iaitu membubarkan UMNO, MCA dan MIC serta lain-lain parti komponan BN dan menubuhkan satu parti, BN contohnya, untuk mewakili 1 Malaysia.

Sekiranya ini dilakukan, tindakan Najib akan tercatat di dalam lipatan sejarah sebagai perdana menteri yang benar-benar membebaskan ras serta fahaman agama daripada bersatu di bawah satu payung. Sokongan rakyat kepada Najib, sekiranya tindakan ini dilakukan, berserta dengan tumpuan beliau dalam memajukan ekonomi setempat, sepertimana yang pernah dicadangkan oleh blog N12 Penanti, dapat memulihkan kredibiliti kerajaan yang tercalar teruk pada masa kini.

Anwar bagaimana pula perlu dipersoalkan tindakan beliau, yang mana, lebih berminat berpolitiking, serta mencetuskan rangkaian pilihan raya kecil (PRK) yang bakal memarakkan semangat reformasi yang dibwakan oleh beliau. Tindakan ini dikhuatiri akan memalkan para pengundi dalam jangka masa panjang kerana rakyat merasakan wakil rakyat PKR tidak berintegriti.

Penanti tidak seharusnya berlaku kekosongan. Fairus hanya perlu direhatkan sementara penyiasatan dijalankan. Bukannya mengosongkan kerusi. Walaupun tindakan ini di lihat sebagai bermoral, iaitu melepaskan jawatan sekiranya terdapat pertuduhan terhadap seseorang wakil rakyat, kita tidak perlu menjadi seperti Jepun yang menyaksikan pemimpin bersilih ganti akibat daripada skandal dan sebagainya. Kestabilan akan tergugat.

Lima negeri yang di tawan Pakatan Rakyat (PR) perlu diberikan perhatian. Anwar seharusnya mengotakan janji beliau untuk membawa masuk pelabur dari luar negera untuk memajukan negeri-negeri tersebut. Kemakmuran yang terhasil pasti membuka mata rakyat dan memenangi hati mereka demi kelangsungan agenda beliau untuk menduduki takhta tertinggi di Malaysia.

Najib dan Awar perlu berlumba menawan hati rakyat dengan kemajuan ekonomi di samping mengharungi krisis global dunia dengan bersama. Hentikanlah politiking masing-masing. Tumpukan kepada kemajuan. Rakyat kini celik hati dan perasaan serta pandai menilai kaca, intan dan permata.

Jadilah permata negara.

Monday, May 11, 2009

Nizar sah MB Perak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengesahkan bahawa Nizar adalah MB Perak yang sah serta telah menolak permohonan Zambry untuk menolak perintah tersebut sementara menunggu rayuan. Zambry yang telah menduduki pejabat MB Perak secara haram terpaksa akur dengan keputusan mahkamah tinggi Kuala Lumpur dan melepaskan jawatan haram tersebut.

Nizar di jangka mengadap Sultan Azlan untuk membubarkan DUN Perak agar satu pilihanraya baru dapat diadakan supaya kuasa menentukan mandat memerintah diserahkan semula kepada rakyat untuk diadili.

Kerajaan haram BN kini bergolak kencang dengan para ADUNnya resah gelisah menantikan keputusan yang bakal di buat oleh rakyat Perak. Tidak mustahil dengan segala kemelut politik yang telah di cipta oleh kerajaan haram BN, BN tumbang secara total di Perak.

Petanda ini dapat di lihat daripada sokongan rakyat kepada Nizar semasa PRK Bukit Gantang yang lalu. Kemelut ini di jangka berakhir apabila Nizar mengusulkan pembubaran DUN kepada Sultan Azlan tidak lama lagi.

Friday, May 8, 2009

Haram lagi

Perak menyaksikan pergolakan yang sangat dahsyat di mana, pada hari ini, selain mempunyai 2 MB yang sedang diputuskan keabsahan mereka oleh mahkamah tinggi Ipoh Isnin nanti, DUN Perak juga menyaksikan 2 speaker dewan di lantik dalam satu-satu masa. Sivakumar telah di tarik keluar dewan dan digantikan oleh Ganesan.

Demokrasi telah dirobek-robekkan oleh kerajaan haram dengan sesuka hati. Siaran television yang pernah menayangkan adengan kucar-kacir dewan mulia di luar negara sudah menjangkiti Perak. Hanya rakyat Malaysia begitu toleran sampai tidak berlaku adengan membaling kerusi dan tumbuk-menumbuk lagi.

Rakyat Perak hanya dapat melihat dengan perasaan yang mendongkol. Tidak mustahil, tindakan ini akan meninggalkan parut yang sangat dalam di hati mereka. Kemungkinan PRU ke 13 akan menyaksikan Perak tumbang secara total sekiranya kerajaan haram kini terus-menerus memperkotak-katikkan keputusan rakyat.

Walaubagaimana pun, semasa sidang DUN Perak dirasmikan oleh Nazrin, baginda didapati berhubungan dengan Nizar, dan bukannya Zambry. Nizar juga mengiringi baginda keluar dewan selepas ucapan perasmian baginda. Sekiranya ini dapat dijadikan kayu ukur, wakil istana Perak yang menjadi kuasa pengimbang kepada kekalutan ini masih lagi mengiktiraf Nizar.

Jika di baca apa yang tersirat, seolah-olah kerajaan haram kini tidak begitu disenangi pihak istana, kerana telah menconteng arang ke muka Sultan Azlan. Kerajaan haram sekarang telah memalukan Perak di mata dunia, dan sudah tentu rakan taulan Sultan Azlan dari kalangan guaman akan menggeleng kepala menyaksikan sandiwara politik di negeri baginda.

Seorang ketua negeri yang pernah menjadi ketua hakim Malaysia akan di lihat tidak dapat menguasai negeri baginda sendiri. Sultan Azlan sudah hilang maruah dan integriti perundangan di kalangan para peguam sedunia akibat daripada kegelojohan kerajaan haram merampas kuasa di Perak. Nama baginda telah tercemar di peringkat antarabangsa!