Najib menzahirkan betapa Barisan Nasional (BN) menerima keputusan mahkamah tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan Nizar sebagai menteri besar Perak dan mengenepikan permohonan secara lisan peguan Zambry untuk mengenepikan perintah mahkamah tersebut.
Walaubagaimana pun, mahkamah tinggi Kuala Lumpur mengarahkan peguam Zambry agar memfailkan permohonan tersebut secara rasmi. Najib istiqamah dan menyatakan bahawa kerajaan persekutuan akan memfailkan rayuan secara rasmi berdasarkan bukti yang kukuh.
Kerajaan pesekutuan seharusnya meneruskan agenda 1 Malaysia dengan penuh istiqamah, mencontohi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membuka keahliannya kepada semua kaum. Najib perlu menyelam ke dasar lubuk hatinya untuk melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana perdana menteri Malaysia, iaitu membubarkan UMNO, MCA dan MIC serta lain-lain parti komponan BN dan menubuhkan satu parti, BN contohnya, untuk mewakili 1 Malaysia.
Sekiranya ini dilakukan, tindakan Najib akan tercatat di dalam lipatan sejarah sebagai perdana menteri yang benar-benar membebaskan ras serta fahaman agama daripada bersatu di bawah satu payung. Sokongan rakyat kepada Najib, sekiranya tindakan ini dilakukan, berserta dengan tumpuan beliau dalam memajukan ekonomi setempat, sepertimana yang pernah dicadangkan oleh blog N12 Penanti, dapat memulihkan kredibiliti kerajaan yang tercalar teruk pada masa kini.
Anwar bagaimana pula perlu dipersoalkan tindakan beliau, yang mana, lebih berminat berpolitiking, serta mencetuskan rangkaian pilihan raya kecil (PRK) yang bakal memarakkan semangat reformasi yang dibwakan oleh beliau. Tindakan ini dikhuatiri akan memalkan para pengundi dalam jangka masa panjang kerana rakyat merasakan wakil rakyat PKR tidak berintegriti.
Penanti tidak seharusnya berlaku kekosongan. Fairus hanya perlu direhatkan sementara penyiasatan dijalankan. Bukannya mengosongkan kerusi. Walaupun tindakan ini di lihat sebagai bermoral, iaitu melepaskan jawatan sekiranya terdapat pertuduhan terhadap seseorang wakil rakyat, kita tidak perlu menjadi seperti Jepun yang menyaksikan pemimpin bersilih ganti akibat daripada skandal dan sebagainya. Kestabilan akan tergugat.
Lima negeri yang di tawan Pakatan Rakyat (PR) perlu diberikan perhatian. Anwar seharusnya mengotakan janji beliau untuk membawa masuk pelabur dari luar negera untuk memajukan negeri-negeri tersebut. Kemakmuran yang terhasil pasti membuka mata rakyat dan memenangi hati mereka demi kelangsungan agenda beliau untuk menduduki takhta tertinggi di Malaysia.
Najib dan Awar perlu berlumba menawan hati rakyat dengan kemajuan ekonomi di samping mengharungi krisis global dunia dengan bersama. Hentikanlah politiking masing-masing. Tumpukan kepada kemajuan. Rakyat kini celik hati dan perasaan serta pandai menilai kaca, intan dan permata.
Jadilah permata negara.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment