Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur telah mengesahkan Zambry sebagai MB Perak yang sah baru-baru ini di mana Nizar pulak memfailkan rayuan ke atas keputusan mahkamah tersebut. Nizar amat berharap demi demokrasi agar panel 5 hakim akan menduduki pendengaran rayuan itu nanti.
Zambry di dalam siaran berita rtm tersenyum lebar apabila menasihati PR agar menerima keputusan mahkamah dan menunggu PRU ke 13 nanti untuk berhadapan dengan BN. Dia dikelilingi oleh ramai pemimpin tinggi UMNO semasa mengadakan sidang media, tidak sepertimana semasa keputusan kemengangan Nizar tempoh hari. Seolah-olah, Zambry sudah tahu keputusan akan berpihak kepadanya.
Terjadi suatu insiden suatu ketika dahulu, bilamana Zambry dan Nizar bertembung di dalam satu masjid dianjur untuk MB, Zambry terhina apabila tok imam menjemput Nizar untuk menyampaikan khutbah Jumaat kerana majlis tersebut adalah majlis rasmi kerajaan.
Kini, Zambry mungkin berasa kerusinya sejuk kembali, cuma jika dia bermaruah, dia akan membubarkan DUN Perak dan menyerahkannya kepada Rakayat sekarang untuk menentukan pemerintah yang layak. Sekiranya dia tidak berbuat sekarang dan menantikan PRU ke 13 nanti, dikhuatiri luka sekarang akan bernanah membusuk serta berulat, menyebabkan peluang untuk BN menang adalah tipis.
Terserah kepada Zambry untuk mencatur tindakannya selepas ini. Walaubagaimana pun, diucapkan syabas kepada Zambry kerana telah disahkan oleh mahkamah sebagai MB Perak. Semoga pengadilan mahkamah rakyat menyebelahinya nanti.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
1 comment:
Bagaimana Datuk Zambry hendak meminta perkenan Sultan Perak membubarkan DUN sedangkan beliau memiliki majoriti? kalau Dato Seri Nizar yang tiada memiliki majoritipun tidak diperkenankan Sultan bubarkan DUN, apatahlagi Datuk Zambry yang memiliki majoriti?
Hak perkenankan DUN bubar adalah prerogatif Sultan. Jika DUN dibubarkan, baharulah siapa-siapa samada bebas atau dibawah parti2 politik bebas bertanding dan setiap rakyat hak bersuara dengan membuaang undi.
Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Post a Comment