Harakahdaily Thu | Apr 23, 09 | 1:13:26 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Keghairahan 'membela istana' mendatangkan musibah kepada Gagasan Melayu Perak (GMP) apabila pertubuhan NGO itu bertindak membuat laporan palsu terhadap laman berita portal internet, Malaysiakini. Dalam laporan palsunya itu, Presiden GMP Mohd Hilmi Ismail mendakwa kononnya Malaysiakini telah menerbitkan artikel yang "menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Artikel bertajuk "Raja Nazrin defends monarchy against ridicule" (Raja Nazrin pertahan institusi Diraja daripada dipersenda) kononnya diterbitkan Malaysiakini pada Selasa lalu. Bagaimanapun pemeriksaan yang dilakukan laman web terbabit mendapati tiada berita seumpama itu diapungkan pada tarikh berkenaan. Bagaimanapun seksyen Bahasa Malaysia Malaysiakini telah menyiarkan versi bahasa Melayu berita tersebut dengan memetik laporan Bernama pada 19 April. Pengerusi Bernama ialah Dato' Seri Anuar Zaini, seorang 'penasihat' istana Perak. Mohd Hilmi dan gerombolannya telah membuat laporan palsu itu di Balai Polis Sungai Senam dekat Ipoh pada jam 5 petang semalam. Laporan Bernama menyebut, Mohd Hilmi memberitahu wartawan bahawa laporan polis dibuat kerana GMP menganggap berita yang disiarkan Malaysiakini itu sebagai biadap dan tidak menghormati institusi istana Perak. Mohd Hilmi juga berkata, GMP berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Budaya mengambil tindakan terhadap laman sesawang terbabit kerana menyalahgunakan teknologi maklumat tanpa memikirkan implikasinya terhadap keselamatan negara. hanya dimaklumkan kakitangan Malaysiakini yang kemudiannya menghubungi GMP pagi tadi bagi mendapatkan penjelasan berhubung laporan polis palsu itu dimaklumkan Mohd Hilmi bahawa beliau "tidak menyedari Malaysiakini telah menyiarkan berita seumpama itu sebelum membuat laporan polis". "Saya tidak tahu menahu tentang artikel itu. Saya diberitahu oleh kakitangan saya dan membuat laporan polis," ujarnya. Ketika ditanya sama ada beliau menyedari bahawa laporan polis palsu itu boleh memburukkan reputasi Malaysiakini, Mohd Hilmi bertanya: "Bukankah Malaysiakini sama dengan Malaysian Today atau blog lain?" Sehubungan itu Malaysiakini menuntut Mohd Hilmi menyiarkan permintaan maaf kerana membuat laporan palsu. Laman sesawang itu juga berkemungkinan akan mengambil tindakan terhadap Mohd Hilmi dan GMP.- tajdid _ |
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment