
Kenapa EPL menjadi sanjungan para peminat bolasepak di Malaysia? Bukankah kita juga mempunyai pasukan bolasepak sendiri? Rata-rata penyokong EPL bersetuju bahawa mutu permainan bolasepak negara kita tidak setanding dengan EPL menyebabkan mereka tidak berminat mengikuti pertandingan liga tempatan. Kurang pasti samada para penyokong EPL ini mendapat pendidikan dari mana, tetapi kebanyakannya amat berbangga dengan menjadi penyokong fanatik MU, sebuah pasukan bolasepak yang tersohor dari negara yang pernah menjajah negara ini suatu masa dahulu.
Di negara penjajah tersebut, bolasepak seolah-olah suatu agama yang amat di sanjung dan menjadi topik perbualan setiap hari peminat bolasepak mereka.

Persoalannya, sekiranya kita sendiri menjadi peminat yang fanatik kepada hasil barangan ciptaan tempatan sendiri, adakah mungkin kelab bolasepak kita mencapai tahap yang lebih baik daripada apa yang dikecapi sekarang? Jangan lupa, Malaysia pernah menjadi anatara pasukan bolasepak yang terbaik di rantau ini pada tahun 60an dan 70an, di mana, para peminat bolasepak tempatan telah memberi sokongan yang padu kepada pasukan Malaysia. Nama-nama seperti So Chin An, Mokhtar Dahari, dan lain-lain lagi merupakan idola kanak-kanak pada masa itu.
Adalah mustahil untuk pasukan bolasepak tempatan pada masa kini menaikkan hasil kantung kelab apabila pada setiap perlawanan bolasepak yang diadakan, didapati kerusi kosong lebih banyak daripada kerusi yang berpenghuni! Dimanakah silap dan apakah salah percaturan FAM apabila gagal menarik minat para peminat bolasepak tempatan untuk memenuhi stadium pada setiap perlawanan yang diadakan? Kemanakah perginya peruntukan berjuta-juta ringgit yang telah disalurkan demi pembangunan mutu bolasepak Malaysia? Kemanakah perginya pasukan bolasepak yang disediakan untuk Barcelona dan Olimpik?
Nampaknya, tahap pemikiran peminat bolasepak Malaysia masih lagi terjajah, walau pun mereka akan marah sekiranya dikatakan sebagai talibarut penjajah! Manakan tidak. Setiap kali peminat-peminat ini membeli barangan pasukan EPL, sebahagian daripada keuntungan ini akan pergi kepada kelab yang berada di negara bekas penjajah tersebut. Dan hasil daripada keuntungan ini akan dikenakan cukai oleh negara bekas penjajah tersebut, dan secara tidak langsung, peminat bolasepak Malaysia telah menyokong secara tidak disedari, langkah-langkah yang telah di ambil oleh bekas negara penjajah ini di dalam percaturan politik dunia pada masa kini.
Jika di kaji pada sejarah, negara bekas penjajah inilah yang telah mencipta satu pola kemusnahan yang amat dahsyat selama 60 tahun dan akan berterusan apabila sebuah negara Yahudi telah ditubuhkan secara haram, di mana ianya mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang juga turut menjadi suatu wadah yang ditunggangi oleh negara bekas penjajah ini dan sekutu-sekutunya.

Jadi, perlukah EPL terus mendapat sambutan daripada kita lagi? Suatu persoalan yang perlu kita renungkan dan jawab dengan hati yang tulus ikhlas.
No comments:
Post a Comment