Friday, March 27, 2009

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Peguam Negara

Mahkamah Persekutuan telah dengan sebulat suara 5 anggota hakim, menolak permohonan Peguam Negara untuk memindahkan kes permohonan Nizar untuk mengesahkan beliau sebagai Menteri Besar Perak ke Mahkamah Persekutuan dan mengarahkan Peguam Negara untuk mendengar kes tersebut di Mahkamah Tinggi. Terdahulu, Peguam Negara telah berjaya memindahkan kes tersebut daripada Mahakamah Tinggi ke Mahakamah Rayuan, dan seterusnya didengari pula oleh Mahkamah Persekutuan.

Di dalam kes tersebut, Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa Peguam Negara telah menyalahi dalam tindakan beliau memfailkan agar kes tersebut di bawa ke Mahkamah Persekututan, kerana, kes ini melibatkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan tiada kena-mengena dengan perlembagaan persekutuan. Maka, Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai hak untuk mendengar kes ini.

Sekiranya kes ini tidak selesai menjelang 15hb Mei 2009, DUN Perak akan dibubarkan secara tersendiri kerana gagal mengadakan sidang DUN dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pilihanraya negeri bakal menyaksikan kuasa memilih pemerintah dipulangkan semula kepada rakyat.

Apabila tindakan BN yang menggunakan pihak istana untuk merampas kuasa di Perak di lihat sebagai rompakan terang-terangan di siang hari, keputusan Mahkamah Persekutuan ini telah memberikan tamparan yang hebat ke atas usaha "Kerajaan Pasir Dua Butir Yang Tidak Sah" ini untuk menobatkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Sekiranya cadangan Nizar untuk membubarkan DUN mendapat perkenan sultan tempoh hari, segala bentuk keaiban dan hilang maruah sepertimana yang berlaku di dalam keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini tidak akan berlaku. Semua pihak boleh berusaha dengan sedaya-upaya untuk memenangi semula hati rakyat Perak dengan mendapatkan mandat yang baru untuk pembentukan kerajaan yang stabil, dan memastikan kerajaan sah pilihan rakyat memerintah.

Sikap PR yang boleh menerima pembubaran DUN ini nyata sekali berbeza dengan tindak-tanduk BN yang tidak sanggup lagi menghadapi sebarang pilihanraya di Malaysia, berikutan kekalahan BN yang berturut-turut di dalam setiap pilihanraya kecil yang diadakan selepas daripada gelombang tsunami politik 8 Mac 2008 yang lepas.

Episod terbaru ini membuka lembaran baru kepada rakyat negeri Perak untuk menentukan siapa yang layak untuk memerintah negeri Perak, dengan pembubaran DUN berlaku dengan sendirinya apabila 15hb. Mei 2009 menjelang, dan, tiada kata putus dapat di capai oleh mana-mana mahkamah terhadap kes Nizar ini. Adalah pasti, kesemua petunjuk menghala ke arah kesiap-siagaan PR untuk menghadapi pilihanraya baru kelak, dan pastinya, rakyat Perak akan di beri peluang untuk membuat keputusan yang betul kali ini.

No comments: