Aku pernah ditawarkan menjadi setiausaha untuk cawangan UMNO tempat ku, tapi aku menolak. Selepas itu, aku dilantik pula sebagai setiausaha AMK Langkawi, namun, hanya seketika, aku meletakkan jawatan, walau pun tidak di terima oleh ketua ku. Aku juga di lantik sebagai setiausaha taman perumahan ku. Sekali lagi aku meletakkan jawatan tersebut. Kemudian, aku di lantik pula sebagai pengerusi persatuan pelajar bagi kawasan ku, serta pengerusi kelab Rotari. Kedeua-duanya pun aku serahkan kembali jawatan tersebut.
Orang akan mengatakan aku tidak berani mengambil tanggung-jawab, tetapi padaku, aku tidak sanggup memikul amanah. Amanah yang akan dipersoalkan di kemudian hari. Sedangkan amanah sebagai ketua keluarga pun amat besar tanggung-jawabnya, inikan pula tanggung-jawab yang datang berserta jawatan-jawatan yang di sebut di atas. Maka, aku menjadi hairan apabila ada mereka-mereka yang sanggup menghalalkan cara untuk mencapai matlamat.
Sepertimana yang bakal kita lihat tidak lama lagi dengan PRK Hulu Selangor. Masing-masing berebut-rebut hendakkan jawatan yang dinobatkan menerusi apa yang di panggil demokrasi. Bermacam-macam kata dan janji dihamburkan, tidak lagi mengira "rasuah" dalam bentuk projek-projek mi segera dan kain pelikat sehelai dua. Islam tidak mengajurkan pemilihan secara demikian, malah seorang ketua akan dicalonkan oleh sebuah badan yang di panggil syura, meneliti mereka yang ahli dan berketerampilan untuk mengetuai sesebuah negara, mahu pun kawasan. Ahli syura pula terdiri dari mereka yang arif mengenai hukum hakam dan berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.
Sesungguhnya, apabila kita menyerahkan sesuatu jawatan itu bukan kepada ahlinya, maka, tunggulah saat kehancuran yang bakal mendatang. Lewat kini, jawatan nombor wahid di negara Malaysia kita telah terjerumus di dalam kancah UMNO-APCO. Maaf, aku tidak dapat lari dari menganalisa apa yang bergolak dalam tanah air kita, walau pun aku pernah menukilkan, zaman tersebut telah berlalu. Semenjak APCO dinobatkan sebagai penasihat dan perunding komunikasi Malaysia, kita disajikan dengan iklan menerusi peti kaca television, betapa 1Malaysia itu harus didokongi, dengan wadah yang menjurus kepada kemajmukan masyarakat. Sekali imbas, itu juga adalah ciri-ciri masyarakat Madinah di zaman Rasulullah.
Namun, yang mencuit hatiku, bila Facebook diiklankan secara percuma menerusi RTM menerusi segmen teknologi, betapa peri pentingnya perisian berkenaan. Padaku, ini adalah satu lagi alat yang akan mengumpulkan maklumat peribadi yang di beri secara percuma oleh pemilik akaunnya kepada Israel secara tidak langsung. Satu kebetulan atau perancangan yang tidak disedari oleh penggunanya. Tidak salah menggunakan perisian tersebut, tetapi berhati-hatilah dengan apa yang di tulis dan maklumat yang disebarkan. Kini, berjuta-juta manusia telah secara tidak sedar, memberi maklumat tersebut secara rela kepada pihak Israel.
Israel telah berjaya mentarbiahkan pemikiran begitu ramai pendokong demokrasi untuk mengikut telunjuk mereka secara halus. Maka, berhati-hatilah apabila kita menerima jawatan, kerana, terkadang, tanpa disedari, kita telah menjual amanah tersebut kepada mereka yang tidak sepatutnya.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment