Wednesday, March 24, 2010

Berkelana Mencari Aku

Setelah sekian lama menyepikan diri, aku menyatakan kebesaran Ilahi, dalam berkelana mencari jati diri, bahawa aku perlu mengenal diri sendiri. Acapkali, kesilapan yang seing terjadi, banyak tertuding ke diriku sendiri. Namun dalam meniti hari yang kian senja, perlulah dikoreksi akan diriku ini, di samping melihat kepada dunia, apa yang boleh ku nikmati.

Dalam menikmati keindahan ciptaan Ilahi, seringkali pula, berlaku pertembungan akal pemikiran, yang padaku, semakin menongkah arus. Raja telah dibudakkan, Tuan telah dihambakan, Akal telah diakali. Semuanya terjadi dalam ruang litup pemikiran moden yang banyak menjurus kepada duniawi. Tanpa disedari, kehidupan kita yang pernah suatu ketika begitu harmoni, telah dicorakkan oleh cara kehidupan ciptaan manusia yang bernama Yahudi.

Samada di dalam kesedaran, atau kesamaran, kita telah banyak meninggalkan cara hidup yang dikehendaki Ilahi, dengan lebih banyak menjurus kepada kehidupan ciptaan Yahudi. Namun, pihak yang mencipta kehidupan tersebut pula, banyak mengamalkan cara kehidupan yang amat berbeza dengan apa yang mereka ciptakan. Sehingga, manusia akan berkata, golongan yang tidak mengikut arus kemodenan zaman di anggap kolot dan juga mundur ke belakang.

Benarkah begitu? Renungkan kembali, bilamana bumi bertuah, yang didiami bangsa Melayu ini, bertakhta di bawah pemerintahan Islam, bertunjangkan kesultanan Melayu selama 700 tahun, bermula dari kurun ke 800 masihi, telah menjadi pusat tumpuan segala bangsa yang ada di dunia ini. Tanah ini makmur dan aman, walau pun seketika, terdapat pertelingkahan di sana-sini. Biasalah adat dunia, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita manusia.

Aku merenung kembali, mengapa kita telah begitu terpesong jauh dari mengamalkan cara hidup Islam, yang mana, suatu ketika dahulu amat makmur di bumi bertuah ini. Apa yang telah mematikan kesinambungan cara hidup tersebut. Bangun pagi, adakah solat subuh yang diutamakan dulu, atau berkejaran meyiapkan diri untuk ke tempat kerja, sambil memastikan anak-anak juga ke sekolah. Itu lebih diutamakan, takut kalau-kalau terlambat, sang majikan akan menyinga, atau guru kelas memiat telinga.

Di kantor, segala tumpuan pemikiran, jarang terarah kepada makanan jiwa, tetapi lebih memenuhkan kehendak hawa nafsu. Siapa yang memakai fesyen terbaru. Telefon siapa yang lebih canggih. Bos mana hendak di ampu. Laporan apa yang hendak disiapkan. Komputer sedia menyala, samada meyiapkan kerja, atau berchatting sambil berfacebook, kegilaan terkini masa kini. Ciptaan siapa itu semua? Bukankah suatu ketika dahulu, ketuanan Melayu melalui kehidupan bermasyarakat yang sangat tinggi nilai sopan santunnya.

Muhammad Jiwa dari daerah Kedah suatu ketika dahulu merupakan pedagang yang memiliki beratus-ratus nakhoda yang mengemudikan lalauan perdagangan yang bukan calang-calang banyaknya. Mereka juga kaya raya, namun melalui kehidupan bermasyarakat, yang lebih mementingkan perhubungan sesama insan melebihi perhubungan individualistik masa kini yang banyak terarah kepada sebuah kaca yang memancarkan cahaya berupa gambar dan segala macam menerusi diodnya.

Anak-anak lebih banyak terperap di rumah, melayan segala macam peralatan seperti PSP, laptop, tv dan handphone. Budaya kuning pula begitu mudah meresap ke jiwa anak-anak ini, yang lebih banyak mendapat perhatian daripada peralatan yang disebutkan tadi. Ibubapa, sudah tentu sibuk di kantor kerana tuntutan kehidupan. Mereka berharap anak-anak dapat menjaga diri sendiri. Walau pun sesetengahnya berbibik, tapi, apalah sangat ilmu yang dapat diterapkan oleh hamba tersebut. Silap haribulan, penerapan cara percakapan yang diperolehi anak-anak!

Maka aku meyeru diriku dan rakan-rakan sekalian, agar dapat menyeimbangkan tuntutan dunia dan akhirat, kerana kita benar-benar telah berada di akhir zaman. Seorang sahabatku sering meyatakan, perang dunia ketiga akan berlaku, bilamana ramai umat Islam di bunuh dan di sembelih tanpa belas kasihan. Pada masa itu, semuanya telah rosak binasa. Padaku, perang itu telah pun berlalu dan sedang menuju pengakhiran. Tidakkah kita sedar, di era 90an, begitu ramai umat Islam yang telah di sembelih dan di bunuh di merata dunia seperti Chechnya, Darfur, Wilayah Yugoslavia, Afganistan, Iran, Iraq, Lubnan dan banyak lagi. Kebanyakan wilayah berkenaan adalah berpendudukan Islam.

Apa yang telah binasa? Apa lagi kalau bukan kehidupan Islam. Semuanya telah hancur lebur, dipalitkan dengan segala macam citra warna duniawi, hendonisma, anak luar nikah, arak, judi dan perempuan serta pornografi. Semua ini merosakkan dan membinasakan jiwa Islam, kerana, Ilahi menjemput jiwa-jiwa yang tenang ke dalam jannahNya, suatu kehidupan yang kekal abadi. Kehidupan yang sebenar-benarnya. Bukanlah jiwa yang caca-merba, yang sentiasa tidak puas dengan apa yang di beri. Dapat satu, hendak satu lagi. Tidak pernah cukup-cukup.

Siapa yang mencaca-merbakan jiwa-jiwa kita? Tidak lain dan tidak bukan adalah kehidupan ciptaan Yahudi. Maka, sahabat-sahabat ku sekalian, sekali lagi aku menyeru kepada diriku sendiri dan kalianan, carilah jiwa yang tenang. Caranya, pelajarilah daripada mereka yang mengetahui, atau bergurulah pada yang tahu. Coretan ku kali ini akan lebih meyusul kepada corak pemikiran sebegini, dengan pengharapan agar kita dapat melahirkan ramai jiwa-jiwa yang tenang. Periodku menyelusuri kealpaan ulil-amri telah pun ku lalui dalam penulisan yang lepas-lepas. Walau pun di waktu yang sama, aku menelusuri kejiwaan hakiki, baru kini aku terasa untuk mengajak diriku dan sahabat-sahabtku sekalian secara berjemaah. Insya Allah.

1 comment:

redzai said...

teruskanlah mencari ........

semakin dekat kita dengan diri kita, akan semakin dekat kita dengan pencipta kita.