Belum pernah terlintas difikiranku apabila seorang ketua negara Islam, si ahlul al-bab, dengan bangga dan megahnya, "menerima" pelawaan seorang ketua negara proksi Yakutz, si hitam, yang di lihat akan membawa perubahan dalam corak kepimpinan beliau kerana kulitnya hitam dan pernah menetap di Malindo, tetapi masih meneruskan agenda politik pro Yakutz mereka dengan cara berdiplomasi.
Hatta, disuruhnya si ahlul al-bab supaya syarikat minyak negara si ahlul al-bab menghentikan penjualan gas kepada negara seagama semenjak bulan lepas, demi memenuhi tuntutan si hitam yang mengikut telunjuk al-Yakutz yang amat takut kepada kebangkitan sebuah lagi negara Islam bertunjangkan kuasa nuklear.
Sudahlah berjuta-juta ringgit duit rakyat dilesapkan kepada pelobi unTA-PAco untuk mengatur pertemuan tersebut, apa yang kita dapat? Hanyalah peluang si ahlul al-bab tersengih di depan si hitam dengan mendapat liputan berita meluas sedunia betapa pentingnya si ahlul al-bab kepada pencorakan pemerintahan akan datang si hitam terhadap dasar-dasar kerajaannya kepada negara-negara Islam.
Enteng sekali membelanjakan OPM (other people's money) kerana tidak melibatkan hasil titik peluh ahlul al-bab sendiri. Kesana kemari, ada saja si kitol dan raja menda-liaq menjaga kepentingan beliau, dengan harapan mendapat sedikit habuan daripada OPM berkenaan.
Sampaikan, syarikat yang melobi untuk mendapatkan kontrak dari kerajaan si ahlul al-bab pun menegah mana-mana hamba atau pekerja di bawah syarikat berkenaan supaya tidak mencerca, malah sebolehnya, mengampu si ahlul al-bab dengan apa cara sekali pun, agar kontrak yang sedang dan akan diusahakan tidak terbatal.
Mudahnya kapitalis memerintah dunia nyata ini, segala-galanya berputar kepada nilaian kertas yang di panggil wang. Seolah-olah, kertas itulah tuhan kepada mereka, bilamana kertas itu tidak kecukupan, mengelupurlah nafsi ahlul al-bab kerana kekurangan materi terkini yang diingini insani.
Al Tan Huya dan Shah Ri Khan hanyalah barang mainan, bila puas, sepah di sepah-sepahkan bertaburan. Biarpun ianya menjadi rahsia umum, apa yang nak ditakutkan, unTA-PAco ada untuk menyelesaikan. Tuhan wang mereka boleh mengusaikan semua masalah.
Cuma ingatlah, bilamana semua, termasuk aku, berdiri di hadapan Allah s.w.t. yang mana janjiNya pasti, masing-masing jawablah sendiri.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment