Wednesday, April 21, 2010

Keluar PKR Beramai-ramai

Perkembangan terbaru menyaksikan betapa ramainya ahli PKR keluar berbondong-bondong dari parti berkenaan. Ada yang berjawatan tinggi, ada yang ahli biasa, tapi, rata-rata mendapat keistimewaan untuk keluar menyatakan ketidak puasan hati masing-masing di kaca tv nasional.

Masing-masing menyatakan betapa tidak puas hati mereka kepada perkembangan terkini hala tuju PKR yang mengasobiahkan pucuk pimpinan tertinggi, Anwar Ibrahim. Betapa PKR tidak dapat menjaga kepentingan orang bawahan, dan ada pula yang merasa di sisih, walau pun telah berkorban dari awal penubuhan PKR.

Diri-diri ini menyatakan isi hati mereka tidak puas dengan tahap pencapaian PKR dalam memerintah negeri sedia ada, di samping lambat menyelesaikan masalah-masalah berbangkit yang sekian lama timbul. Sudah tentu ada sesuatu yang menyebabkan diri-diri ini meninggalkan perjuangan yang mereka percayai selama ini.

Mudah untuk melontarkan tohmahan kemungkinan mereka ini yang berkecil hati telah digula-gulakan oleh BN dengan sejumlah wang untuk memburukkan PKR di kaca television, tetapi hakikatnya, tiada siapa yang boleh membuktikannya. Bagaimana pula pemikiran sedemikian boleh timbul dalam diri-diri berkenaan.

Jarang sekali kita melihat kelompok-kelompok lain dalam komponen Pakatan Rakyat berpaling tadah, terutama sekali di peringkat ahli parlimen dan ADUN. Maka, susuk tubuh dan jati diri yang bagaimana pula mewarnai kelompok ini.

Bayangan yang mengharapkan limpahan wang ringgitkah, atau pejuang tulin yang berkehendakkan keadilan atau apa saja yang mereka perjuangkan menjadi kenyataan, tidak dapat dipastikan dengan benar. Bagaimana pula jika dalam kesesakan tuntutan materi, mereka terjumpa telaga emas yang sanggup memberi, katakan RM50 ribu, hanya untuk muncul di kaca tv.

Bagaimana aku? Tak cukup? RM100 ribu? RM1 juta? Setakat mana tahap jati diri kita apabila berdepan dengan keadaan yang sedemikian. Bohonglah aku kalau aku mengatakan aku tidak teruja.

Tetapi, bayangkan pula, sudahlah habuan kewangan tidak diperdapat, wang ringgit dan kederat tenaga sendiri pula dicurahkan demi perjuangan parti, sanggupkah aku? Aku lihat, ramai penyokong PAS adalah sedemikian, sementelah pemimpin mereka pula tidaklah begitu bermewah-mewah, sebagai contoh Nik Aziz.

Cuma, jika di kaji perjuangan Islam, ramai yang sanggup bergolok-bergadai harta dan juga nyawa untuk memperolehi keberkatan hidup di akhirat seperti yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Kehidupan yang kekal abadi. Namun, adalah di tuntut juga keseimbangan dunia agar tidak sampai ke tahap meminta-minta serta melarat kerana Islam tidak mengkehendakkan umatnya merempat, malah mengajak kepada kejayaan dunia dan akhirat.

Jadi, kepada kepala parti yang berkenaan, kaji dan selidiklah kekuatan masing-masing. Najib sudah pasti cuba untuk memulihkan imejnya dengan apa cara sekali pun. Mana tahu, satu hari, dia menyatakan secara terbuka kepada umum, bahawa dia dan isterinya telah taubat nasuha ke atas segala kesalahan-kesalahannya yang lalu, dan kini melalui proses menurut apa yang dikehendaki Islam, bagaimana?

Dari pernyataan Najib, nampaknya seperti itulah yang sedang dipercakapkannya, tetapi perlakuan dan tindakannya tidaklah dapat dipastikan.

Jika taubat Zaid boleh di terima, bolehkah pula Anwar menerima taubat Najib?

No comments: