Sunday, April 25, 2010

Najib mengajar Obama Islam

Bersyukurnya, Obama kini telah belajar mengenai pemahaman kepada Islam, bila Najib bertemu dengannya minggu lepas.

Dalam masa 40 minit sahaja, Obama lebih memahami Islam setelah ditarbiahkan oleh Najib. Kena masuk Malaysia Book of Record.

Nabi Muhammad s.a.w. mengambil 22 tahun untuk melengkapkan Islam untuk kefahaman seluruh umat manusia.

Betapa Najib benar-benar telah berjaya memperbaharui pandangan Obama kepada Islam, berbanding dengan puluhan pusat kajian Islam terkenal yang berada di bumi Amerka sendiri.

1Malaysia mendengar betapa Najib di puji melangit menerusi siaran berita betapa ianya merupakan satu penghormatan kepada satu-satunya pemimpin Islam dari asia tenggara di beri peluang bertemu Obama secara peribadi.

Nampaknya, Malaysia akan mempunyai seorang lagi residen, kali ini dari Amerika, menggantikan Britain, yang pernah menjadi residen Tanah Melayu dahulu.

Najib mencari akuan dari Amerika untuk menobatkan kepimpinannya di mata dunia.

Namun, sekiranya Najib mencari keredhaan Allah s.w.t., adalah lebih bertepatan lagi dengan tugasnya sebagai ulil amri negara Islam.

Barulah ajaran pemahaman Islam yang hendak disampaikan kepada Obama lebih tepat lagi.

No comments: