Penubuhan pusat khidmat masyarakat adalah satu rahmat bagi penduduk kawasan sekelilingnya. Pusat yang ditubuhkan seharusnya menjadi tempat menjalinkan silaturahim selain daripada menerima aduan atau permohonan daripada penduduk setempat. Ianya harus bipartisan, terbuka kepada semua dan bukan hanya didominasi oleh sekumpulan golongan sahaja.
Terdapat juga pusat-pusat ini diadakan bertujuan untuk menguatkan lagi cengkaman parti politik di kawasan berkenaan. Maka, berlakulah perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Terbaru, pusat khidmat masyarakat Bukit Antarabangsa telah berjaya ditubuhkan. Tahniah diucapkan ke atas semua daya usaha yang telah dikeluarkan oleh semua pihak sehingga tertubuhnya pusat tersebut.
Tanpa gandingan pelbagai pihak, pusat ini tidak mungkin dapat dirasmikan pada hari ahad yang lalu. Namun, apa yang dikesali adalah terdapat pihak-pihak yang mengambil nama dengan mendakwa pusat tersebut tertubuh atas daya usahanya seorang, dan menganggap, pusat tersebut berada di bawah seliaannya.
Memandangkan pihak tersebut telah dilantik sebagai ketua, dia berperanan untuk memastikan pusat tersebut dapat berjalan dengan lancarnya, di mana sumbangan perlu di jana untuk menampung kos yang tinggi, terutama sekali sewa bulanan, air, dan elektrik. Waima ketua sekali pun, tidak manis mencanangkan kepada orang ramai atau pengunjung pusat berkenaan bahawa beliau yang berkuasa penuh terhadap pusat ini.
Terdapat sokongan yang pelbagai daripada berbagai-bagai lapisan yang bertindak secara belakang tabir telah dilukai hati mereka. Dikhuatiri, perbezaan politik akan merobekkan usaha murni sesetengah pihak yang ingin memastikan komuniti setempat mempunyai tempat umum untuk berkumpul dan mendapatkan bantuan.
Ketua yang bijak akan mendengar pandangan ramai, berbincang, dan bersetuju secara konsensus sebelum membuat sebarang keputusan. Ketua yang ego hanya memberi arahan. Apabila sebuah pusat khidmat masyarakat di tadbir oleh ketua yang autokratik, tunggulah masanya pusat tersebut akan menghadapi masalah untuk beroperasi.
Sekiranya ketua berkenaan tidak menyedari kelakuannya menyinggung banyak pihak, beliau haruslah di tegur secara empat mata oleh mereka yang rapat dengannya. Sekiranya teguran tidak di beri, maka, semua pihak bersalah sekiranya pusat ini gagal mencapai matlamatnya.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
2 comments:
...snip..snip
tidak manis mencanangkan kepada orang ramai atau pengunjung pusat berkenaan bahawa beliau yang berkuasa penuh terhadap pusat ini.....snip snip
Saya rasa kandungan ini tidak tepat. Kerana apa yang saya tahu, pusat ini dilakukan secara putusan konsensus. Hanya, yang dia berkuasa penuh ialah dari perlaksanaan operasi. Operations implementation is important if the desired performance and response time is required.
Saudara Shahiful Affandi,
Jagan lah saudara memberi menulis dalam blog anda taapa mengetahui fakta-fakta yand benar, sekiranya saudara prihatin perbentukan dan perkembangan pusat khidmat ini, maka mari saudara melibatkan diri secara lansung dan menyembang tenaga dan buah fikira untuk memantapkan lagi operasi dan agenda pusat ini untuk berkhidmat pada masyarakat dan Negara.
Jangan hanya pandai menulis dalam blog ajaaaa, tunjuk lah kepintaran saudara untuk membantu di tempat2 yang boleh mendatankan faedah kepada masyarakat setempat.
Kebanyakan orang yang mengangap pintar memberi comment, tidak membuat sesuatu untuk menolong atau menyumbang diri mereka terhadap pekara yang di kritik oleh mereka sendiri, malah mereka lagi merosakan daya usaha orang lain.....
Sebagai Ketua Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Antarabangsa ini, saya membuka dua belah tangan saya menjeput saudara datang kepusat kami ini untuk meyumbang tenaga atau fikiran cerdik saudara yang memang kami amat memerlukan.
Harap Saudara terima pelawaan ini dan hadir di Mesyaurat kami yang akan di adakan pada 18 hb August ini
Sekian dari saya
Ketua Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Antarabangsa.
Post a Comment