Tuesday, July 14, 2009

Monopoli AP

Seorang rakan yang berkecimpung di dalam industri permotoran mewah berbentuk kenderaan baik pulih (refurbished unit) telah mengadu bagaimana pemilik Automotive Permit (AP) telah mengaut keuntungan yang begitu besar sehingga ke RM40,000 sebuah AP tanpa perlu bersusah payah untuk membuat sebarang jualan.

Sistem ini telah dimonopoli oleh sekumpulan syarikat yang berkerjasama secara rapat untuk memastikan pegangan kuota AP ini kekal di tangan mereka, dengan menggunakan pelbagai cara, sehinggakan menteri yang berkenaan dengan pengeluaran AP juga tidak mempunyai kuasa untuk mengubah status quo yang telah sedia diketahui oleh industri permotoran mewah.

Rakan yang juga mempunyai sebuah syarikat kereta mewah yang cukup terkenal di Kuala Lumpur telah cuba untuk menembusi pasaran AP tersebut dengan memohon AP secara terus kepada MITI, tetapi amat mendukacitakan apabila pegawai berkenaan mengeluarkan pertanyaan berkenaan jumlah AP yang telah di beli oleh beliau, untuk memastikan bahawa beliau adalah peniaga tulen. Beliau bertanya kembali kepada pegawai tersebut agar memeriksa Letter of Undertaking (LOU) di bawah nama siapa? Sudah tentulah banyak di bawah nama beliau.

LOU ini penting kerana penama akan menerima pembayaran daripada bank berdasarkan pemegang LOU, iaitu tuan empunya kereta. Setelah beliau menegur pegawai MITI berkenaan, minggu berikutnya, satu arahan telah dikeluarkan kepada semua bank agar LOU dikeluarkan ke atas pengeluar AP.

Secara tidak langsung, pembeli seperti rakan tersebut perlu menerima bayaran ke atas kenderaan kepunyaannya menggunakan nama pihak ketiga. Tiada jaminan secara hitam putih yang dapat menyatakan bahawa kenderaan tersebut miliknya kerana LOU kini mesti dikeluarkan kepada pemegang AP. Sesuatu yang pelik juga, ibarat anak kita kena dibinkan kepada orang lain, wal hal, itu adalah anak kita sendiri!

No comments: