Tuesday, May 11, 2010

Rais hina Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu

Rais Yatim baru-baru ini telah menyarankan agar tindakan di ambil terhadap pihak-pihak yang telah mencemarkan institusi Raja-Raja Melayu, terutama sekali kepada Zaid Ibrahim yang mempertikaikan titah Sultan Selangor baru-baru ini dan juga pandangan Nik Aziz terhadap pendirian beliau berpolitik secara Islam di masjid-masjid.

Pengamatan daripada tindakan Rais lebih terjurus kepada membakar semangat bangsa Melayu agar bertindak terhadap pihak Pakatan Rakyat agar terhakis sokongan kepada kelompok ini. Acapkali, isu Raja-Raja Melayu sentiasa dibangkitkan kebelakangan ini apabila isu berkenaan memberi kelebihan kepada kerajaan memerintah sekarang.

Rais sepatutnya ikhlas dengan tindakan beliau kerana sejarah membuktikan kerajaan sekarang lebih mengaibkan kedaulatan Raja-Raja Melayu dengan tindakan-tindakan yang lebih drastik berbanding dengan apa yang diutarakan oleh Zaid dan Nik Aziz.

Sekiranya Rais benar-benar hendak membela Raja-Raja Melayu, beliau wajib mengambil tindakan dengan membersihkan terlebih dahulu perlakuan yang sangat menghina Raja-Raja Melayu semasa ahli-ahli parti beliau menghina DYMM Yang Dipertuan Agung dalam kes "natang" di Terengganu suatu ketika dahulu.

Begitu juga dengan tindakan parti beliau yang pernah membuat cubaan menggulingkan Sultan Kelantan dan menggantikan baginda dengan calon pilihan parti beliau. Di samping itu, perbuatan parti beliau yang menghadkan kekuasaan Raja-Raja Melayu menerusi Akta Parlimen, di mana, Raja-Raja Melayu hanya menjadi simbol negara sahaja, dengan kehilangan kuasa untuk menentukan corak pemerintahan semasa.

Tindakan Rais dengan sokongan Ibrahim Ali, mewakili Perkasa, akan membuatkan bangsa Melayu lebih meluat kepada pihak pemerintah sekarang. Rakyat yang sangat celik dan berfikiran terbuka sentiasa ingat dengan tindakan-tindakan parti Rais. Manakala, bangsa bukan Melayu akan tersenyum sinis terhadap tindakan yang di ambil oleh Rais.

Hentikanlah retorik rasis yang tidak bertempat ini dan berjuanglah secara ikhlas, bukan dengan memomokkan rakyat berdasarkan propaganda memperbodoh-bodohkan rakyat. Rakyat dapat menilai keikhlasan pemimpin dan akan mengambil tindakan menerusi penjelmaan undi semasa PRU 13 kelak. Sesungguhnya, yang lebih menghina Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu adalah Rais sendiri. Jangan memporak-perandakan kesatuan Melayu yang sememangnya telah rapuh ini dan mengheret institusi Raja-Raja Melayu ke dalam kancah yang menjatuhkan lagi martabat institusi berkenaan.

Wednesday, May 5, 2010

Nusajaya Bakal Pusat Pekerja Asing

Buletin 1.30 TV 3 hari ini menyiarkan sebuah penempatan untuk pekerja-pekerja asing telah siap di bina dengan kemudahan yang lengkap di Nusajaya, Johor, bagi meneruskan projek pembangunan di Wilayah Iskandar. Antara ciri-ciri yang terbina adalah penempatan yang dibahagi-bahagikan menurut negara asal pekerja asing berkenaan. Ianya dianggap sebagai ciri keselamatan terbina dalam untuk menyelesaikan kemungkinan pergaduhan antara pekerja-pekerja asing ini tercetus.

Kerajaan pimpinan Najib telah mendahului zaman dengan menyediakan kemudahan bertaraf antarabangsa kepada kaum pekerja, cuma, pekerja yang bakal menikmati kemudahan ini adalah pekerja asing. Maka, adalah wajar slogan terkini 1Malaysia ditambah-baik menjadi "Rakyat Asing Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Selain daripada peluang pekerjaan kepada rakyat asing, projek ini bakal mengkayakan lagi pihak-pihak yang menerima permit khas dari Kementerian Dalam Negeri untuk pemerosesan visa pekerja asing, yang mencapai harga setinggi RM3,000 seorang, di bayar kepada pihak berkenaan.

Projek yang dilawati oleh seorang bertaraf menteri semasa dirasmikan, belum diketahui pembinanya, dan dikhuatiri, ianya juga telah dianugerahkan kepada pihak-pihak yang rapat dengan kerajaan. Di samping itu, kerajaan juga akan menikmati hasil levi yang lebih tinggi, hasil kemasukan pekerja-pekerja asing ini. Kerajaan kini cekap di dalam menjana pendapatan hasil daripada berniaga dengan "peluang pekerjaan penduduk tempatan", di mana, peluang-peluang ini telah di jual kepada pekerja asing.

Semua ini berlaku akibat kepincangan dan tahap ketirisan yang tinggi di dalam perbelanjaan negara, di mana, natijahnya akan terkena kepada rakyat dalam bentuk pertambahan hutang negara dan kenaikan harga barang yang lebih tinggi. Lama-kelamaan, rakyat miskin semakin tertindas akibat daripada kenaikan kos sara hidup, dan golongan elit semakin kaya, mungkin tidak merasai langsung kesan kenaikan harga.

Faktor keselamatan penduduk Nusajaya belum lagi di ambil kira. Kebanjiran pekerja asing ini secara tidak langsung akan membawa bersama masalah-masalah yang sering terpapar di dada akhbar seperti pergaduhan, melarikan anak gadis dan peningkatan aktiviti tidak sihat pelacuran. Semuanya akan menambahkan lagi beban kepada penduduk tempatan yang terhimpit oleh kesan pembangunan.

Mengapakan segala kemudahan ini tidak disediakan kepada pekerja-pekerja tempatan dan peluang berkenaan di buka seluas-luasnya kepada rakyat Malaysia?

Tuesday, April 27, 2010

Najib nafi rasuah rakyat, cuma "boros tak kena tempat"

Syabas kepada Najib kerana telah memenangi PRK Hulu Selangor semalam, setelah mencurahkan berjuta- juta ringgit dengan anggaran hampir mencecah RM100 juta.

Perbelanjaan perlu berkenaan, dakwa Najib, adalah kemajuan yang diperlukan oleh penduduk Hulu Selangor. Najib menuduh, PR juga melakukan perkara yang sama.

Persoalannya, mengapa perbelanjaan berkenaan di curah semasa PRK? Ke mana perginya perbelanjaan berhemah?

Dalam keadaan banyak perbelanjaan jabatan-jabatan kerajaan di potong kerana kekurangan dana, Najib dengan sewenang-wenangnya membelanjakan wang rakyat ke satu daerah tanpa perlu melalui proses birokrasi biasa?

Bagaimana dengan rakyat Kelantan yang dinafikan royalti mereka?

Jika begini cara Najib berbelanja, mana tidaknya pelbagai pihak menuduhnya me"rasuah" rakyat agar mengundi BN.

Kini, Sibu akan menerima durian runtuh yang serupa. Janganlah sampai rakyat berdoa agar wakil rakyat mereka mati, supaya PRK dapat diadakan dan pembangunan segera berlaku di tempat mereka.

Semoga menjadi pelajaran kepada semua, termasuk diri sendiri.

Sunday, April 25, 2010

Najib mengajar Obama Islam

Bersyukurnya, Obama kini telah belajar mengenai pemahaman kepada Islam, bila Najib bertemu dengannya minggu lepas.

Dalam masa 40 minit sahaja, Obama lebih memahami Islam setelah ditarbiahkan oleh Najib. Kena masuk Malaysia Book of Record.

Nabi Muhammad s.a.w. mengambil 22 tahun untuk melengkapkan Islam untuk kefahaman seluruh umat manusia.

Betapa Najib benar-benar telah berjaya memperbaharui pandangan Obama kepada Islam, berbanding dengan puluhan pusat kajian Islam terkenal yang berada di bumi Amerka sendiri.

1Malaysia mendengar betapa Najib di puji melangit menerusi siaran berita betapa ianya merupakan satu penghormatan kepada satu-satunya pemimpin Islam dari asia tenggara di beri peluang bertemu Obama secara peribadi.

Nampaknya, Malaysia akan mempunyai seorang lagi residen, kali ini dari Amerika, menggantikan Britain, yang pernah menjadi residen Tanah Melayu dahulu.

Najib mencari akuan dari Amerika untuk menobatkan kepimpinannya di mata dunia.

Namun, sekiranya Najib mencari keredhaan Allah s.w.t., adalah lebih bertepatan lagi dengan tugasnya sebagai ulil amri negara Islam.

Barulah ajaran pemahaman Islam yang hendak disampaikan kepada Obama lebih tepat lagi.

Saturday, April 24, 2010

MP/ADUN mati untuk pembangunan

Sesebuah kawasan di Malaysia akan melihat kadar pertumbuhan pembangunannya akan naik mendadak apabila pilihanraya kecil diadakan, akibat kekosongan kerusi berkenaan selalunya kerana kematian penyandangnya.

Pada masa itu, seluruh jentera BN akan berkampung dan berpesta di mukim tersebut, di samping menabur pelbagai projek segera untuk memikat hati para pengundi.

Konsep BN ini telah diguna-pakai sejak sekian lamanya, tanpa mendapat pandangan kritikal dari rakyat berkenaan kaedahnya.

Betapa berjuta-juta ringgit wang rakyat telah dikorbankan demi me"rasuah" para pengundi, di samping meng"kaya"kan kroni-kroni mereka yang memperolehi projek tersebut.

Tanpa segan silu, semalam di televisyen, Aziz Sheikh Kadir telah memaklumkan bagaimana sebatang jalanraya sepanjang 1.6 km tidak dapat di bina oleh Kerajaan Selangor, walaupun peruntukan telah di beri.

Beliau menyatakan, BN sahaja yang dapat berbuat demikian atas dasar perihatin kepada pekerja-pekerja estet yang kelihatan berseri-seri muka mereka, menghamburkan ucapan terima kasih kepada Aziz.

Umum ketahui, selagi kerajaan persekutuan di pegang oleh BN, kerajaan negeri di bawah PR tidak di beri bantuan kewangan seperti sebelumnya, malah di sekat.

Dengan kewangan yang terhad, sudah tentu projek pembangunan juga turut terjejas.

Cuma yang menjadi persoalannya, selama 50 tahun BN memerintah kawasan estet tersebut, kenapa baru sekarang jalan sejauh 1.6 km itu dapat di bina?

Terbaru, Najib menjanjikan RM50,000 kepada bekas peneroka Felda Sg Buaya, dalam bentuk tunai sebanyak RM1,000, manakala bakinya dalam bentuk bank draf.

Baki untuk mencukupkan jumlah pampasan yang dianggarkan melebihi RM160 ribu untuk seorang peneroka akan di beri, dengan syarat, BN menang di Hulu Selangor.

Peruntukan tersebut adalah daripada kerajaan persekutuan, dalam lain makna, wang rakyat.

Diri sebeginikah yang wajar di angkat sebagai pejuang tulin rakyat?

Nampaknya, kalau rakyat hendakkan kemajuan, doakanlah selalu agar MP atau ADUN kawasan mereka mati cepat!

Friday, April 23, 2010

Ragut Dara

Di Teluk Intan, seorang remaja perempuan, 19, membonceng motosikal dengan teman lelakinya lewat malam.

Seorang penjenayah yang menunggang sebuah motosikal berbeza telah menghampiri pasangan ini dan menyembur sejenis cecair dari tin aerosol ke mata pasangan perempuan ini dan mengakibatkan mereka jatuh.

Si lelaki mengalami kecederaan dan disyaki buta sementara akibat semburan tersebut, manakala remaja perempuan tersebut patah tangan.

Dalam keadaan kelam-kabut, si penjenayah telah melarikan remaja perempuan berkenaan ke tandas awam dan merogolnya, walaupun remaja tersebut patah tangan.

Setelah di rogol, remaja itu dibebaskan. Masyaallah. Petaka apa yang telah menimpa bumi Islam ini.

Jenayah rogol berleluasa, diri manusia bertopeng syaitan merata-rata. Remaja perempuan yang menunggang motor dengan seorang lelaki pun masih belum terselamat.

Boleh di rogol sewenang-wenangnya. Jati diri manusia Malaysia kini berada di tahap yang amat parah.

Bagaimana kita hendak memastikan keselamatan anak-anak kita di dalam persekitaran seperti ini.

Roh Islam makin tercabut dari jiwa muda-mudi masa kini. Gambar lucah mudah diperolehi. Dadah pula merasuk diri.

Negara China telah mengharamkan Google kerana syarikat berkenaan membenarkan bahan-bahan lucah mudah diperolehi menerusi varian enjinnya.

Malaysia bagaimana? Mahukah kita bersubahat dengan memilih kerajaan yang masih tidak sedar akan tahap kerosakan kelakuan rakyat mudanya?

Semoga Allah s.w.t. menyelamatkan kita semua dari bala bencana yang menimpa kita kini.

Thursday, April 22, 2010

Poligami "Haram"

Seluruh Melaya telah tahu Bung Mokhtar dan Zizie Eizette telah berpoligami, tahniah diucapkan. Cuma yang dihebohkan kini, poligami mereka tidak sah dari segi undang-undang Islam pentadbiran Selangor.

Poligami "haram" ini berlaku kerana undang-undang berkenaan berkehendakkan persetujuan rasmi dari isteri pertama, yang tidak diperolehi oleh Bung dalam hal ini.

Di Perlis, Shahidan telah memansuhkan keperluan persetujuan tersebut, dan Perlis juga mengalu-alukan sesiapa yang hendak berpoligami menjalankan syariat berkenaan berkunjung ke sana.

Secara tidak langsung, ianya mengelak dari pasangan bernikah di negara jiran dan mengurangkan pengaliran wang keluar negara.

Inilah yang peliknya. Allah s.w.t. membenarkan poligami sehingga empat kerana Dia mengetahui sifat diri seorang lelaki. Walaubagaimana pun, Dia juga berfirman, para poligami ini tidak akan dapat berlaku adil, sehebat mana sekali pun mereka cuba berlaku adil.

Sejarah juga menyaksikan, para nabi dan rasul juga mengamalkan poligami. Naluri diri manusia lelaki sememangnya berkehendakkan belaian seorang wanita sentiasa.

Hikmah disebaliknya pula, akan lebih ramai ummah Nabi Muhammad s.a.w. lahir ke dunia ini secara sah.

Kenapa perkara yang terang-terangan dibolehkan oleh Allah s.w.t. disusahkan dan ditokok-tambah pula syarat-syaratnya. Bukankah Islam sudah sempurna.

Perkara-perkara yang terang-terangan diharamkan seperti arak, judi dan zina, dipermudah dan dibolehkan pula.

Selama 50 tahun Malaysia yang mengaku berdaulat dan Islam sebagai agama rasminya tidak membawa sebarang makna sekiranya munkar terjadi berleluasa.

Kita Prihatin adalah satu slogan yang tidak kena pada tempatnya. Didiklah diri-diri Islam yang lahir bagaikan sehelai kain putih ini untuk menghayati Islam sebaiknya.

Sediakanlah persekitaran yang berwadahkan Islam, bukan budaya hendonisma yang bersepah merata-rata.

Maka, jangan disalahkan anak muda dan mat rempit apabila bayi bertaburan di merata-rata. Najib pasti akan di soal di hadapan neraca, apa yang telah dibuatnya.

Poligami "haram", simpan perempuan "halal". Karaoke GRO "halal".

Subhanallah. Malaysia BOLEH!

Wednesday, April 21, 2010

Keluar PKR Beramai-ramai

Perkembangan terbaru menyaksikan betapa ramainya ahli PKR keluar berbondong-bondong dari parti berkenaan. Ada yang berjawatan tinggi, ada yang ahli biasa, tapi, rata-rata mendapat keistimewaan untuk keluar menyatakan ketidak puasan hati masing-masing di kaca tv nasional.

Masing-masing menyatakan betapa tidak puas hati mereka kepada perkembangan terkini hala tuju PKR yang mengasobiahkan pucuk pimpinan tertinggi, Anwar Ibrahim. Betapa PKR tidak dapat menjaga kepentingan orang bawahan, dan ada pula yang merasa di sisih, walau pun telah berkorban dari awal penubuhan PKR.

Diri-diri ini menyatakan isi hati mereka tidak puas dengan tahap pencapaian PKR dalam memerintah negeri sedia ada, di samping lambat menyelesaikan masalah-masalah berbangkit yang sekian lama timbul. Sudah tentu ada sesuatu yang menyebabkan diri-diri ini meninggalkan perjuangan yang mereka percayai selama ini.

Mudah untuk melontarkan tohmahan kemungkinan mereka ini yang berkecil hati telah digula-gulakan oleh BN dengan sejumlah wang untuk memburukkan PKR di kaca television, tetapi hakikatnya, tiada siapa yang boleh membuktikannya. Bagaimana pula pemikiran sedemikian boleh timbul dalam diri-diri berkenaan.

Jarang sekali kita melihat kelompok-kelompok lain dalam komponen Pakatan Rakyat berpaling tadah, terutama sekali di peringkat ahli parlimen dan ADUN. Maka, susuk tubuh dan jati diri yang bagaimana pula mewarnai kelompok ini.

Bayangan yang mengharapkan limpahan wang ringgitkah, atau pejuang tulin yang berkehendakkan keadilan atau apa saja yang mereka perjuangkan menjadi kenyataan, tidak dapat dipastikan dengan benar. Bagaimana pula jika dalam kesesakan tuntutan materi, mereka terjumpa telaga emas yang sanggup memberi, katakan RM50 ribu, hanya untuk muncul di kaca tv.

Bagaimana aku? Tak cukup? RM100 ribu? RM1 juta? Setakat mana tahap jati diri kita apabila berdepan dengan keadaan yang sedemikian. Bohonglah aku kalau aku mengatakan aku tidak teruja.

Tetapi, bayangkan pula, sudahlah habuan kewangan tidak diperdapat, wang ringgit dan kederat tenaga sendiri pula dicurahkan demi perjuangan parti, sanggupkah aku? Aku lihat, ramai penyokong PAS adalah sedemikian, sementelah pemimpin mereka pula tidaklah begitu bermewah-mewah, sebagai contoh Nik Aziz.

Cuma, jika di kaji perjuangan Islam, ramai yang sanggup bergolok-bergadai harta dan juga nyawa untuk memperolehi keberkatan hidup di akhirat seperti yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Kehidupan yang kekal abadi. Namun, adalah di tuntut juga keseimbangan dunia agar tidak sampai ke tahap meminta-minta serta melarat kerana Islam tidak mengkehendakkan umatnya merempat, malah mengajak kepada kejayaan dunia dan akhirat.

Jadi, kepada kepala parti yang berkenaan, kaji dan selidiklah kekuatan masing-masing. Najib sudah pasti cuba untuk memulihkan imejnya dengan apa cara sekali pun. Mana tahu, satu hari, dia menyatakan secara terbuka kepada umum, bahawa dia dan isterinya telah taubat nasuha ke atas segala kesalahan-kesalahannya yang lalu, dan kini melalui proses menurut apa yang dikehendaki Islam, bagaimana?

Dari pernyataan Najib, nampaknya seperti itulah yang sedang dipercakapkannya, tetapi perlakuan dan tindakannya tidaklah dapat dipastikan.

Jika taubat Zaid boleh di terima, bolehkah pula Anwar menerima taubat Najib?

Tuesday, April 20, 2010

Zaid Taubat Nasuha

Subhanallah. Aku cukup gembira menerima perkabaran mereka yang bertaubat dan berusaha untuk menghindarkan kesalahan serta kesilapan yang pernah dilalui mereka.

Maka, apabila Zaid mengaku sudah bertaubat daripada perbuatannya meminum arak, aku renungi pada diriku sendiri, beginilah contoh mereka yang perlu aku ikuti.

Lebih gembira lagi jika kaum kerabat umNO boleh mengambil langkah yang sama, maka, penyatuan umat Islam di Malaysia ini akan menjadi lebih mudah.

Bolehkah ini terjadi? Ntahla. Belum lagi si Zaid mengaku, berbondong-bondong fitnah tertimpa padanya. Siap bergambar (fitnah) lagi.

Betapa bobroknya dan ketiadaan modal langsung cara para "shuhada" ini hendak memperjuangkan Islam. Kalau betul Zaid bersalah meminum arak, lebih bersalah lagi mereka yang meluluskan lesen membuat dan menjual arak.

Contohi Brunei, betapa takutnya mereka kepada azab Allah s.w.t., mereka lebih rela arak tidak dibenarkan langsung di jual di bumi mereka.

Sanggupkah ketua negara sekarang mengikut jejak langkah yang serupa? Sesungguhnya, Allah s.w.t. tidak mengurangkan rezeki yang berkah kepada hamba-hambaNya yang taat menurut perintahNya.

Syabas kepada Zaid, semoga usahanya memperjuangkan kemashalatan masyarakat berkekalan, dan taubatnya terpelihara.

Aku memohon agar pintu taubat ini juga akan terbuka kepada semua yang mengaku diri mereka penganut ajaran Islam.

Monday, April 19, 2010

TPM-Bohong-Mun***k

Nauzubillah, kenapa la TPM aku ni seorang pembohong. Dah la hari tu dia cakap nak calonkan orang tempatan untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor, rupa-rupanya tempatan tu melangkau sampai sempadan Selangor, sebab calon yang dipilih hanyalah orang tempatan Selangor dekat Selayang.

Dari satu segi, dia tak bohong, kalau skop tempatan tu diluaskan. Tapi, entah la. Politik ni macam-macam.

Lepas tu katanya, BN tak akan menyerang peribadi calon yang bertanding. Tak dan apa-apa lagi, dah keluar cerita peribadi calon, katanya, si anu tu peminum arak tegar.

Si anu pulak cakap, dia dah tobat. Tu zaman tok kadok katanya. Siapa betul ni, siapa yang bercakap tak benar.

Orang yang cakap tak benar ni boleh tergolong kumpulan muna**k, eee, nak sebut pun tak berani, nanti kata aku jatuh hukum pulak.

Tapi, itulah hakikatnya. Nak ka aku TPM yang tak bercakap benar? Tak nak lah aku. Maka, diri seperti ni perlu aku elak dari menjadi sifat padaku, mohon Allah s.w.t. pelihara aku dan sekalian umat Islam dari sifat terkutuk ini.

Sunday, April 18, 2010

Commander In Chief

Tengahari Sabtu di saluran Astro 702, rancangan Commander In Chief diulang siaran bermula dari episod 1.

Ianya menceritakan bagaimana seorang Presiden Amerika telah mati akibat barah otak dan tempatnya di ganti oleh Naib Presidennya, seorang wanita.

Mengikut jalan cerita tersebut, Naib Presiden ini di lantik hanyalah sebagai satu pernyataan ideologi sahaja, dan dia bukanlah calon sebenar yang akan menggantikan Presiden sekiranya keadaan demikian terjadi.

Walaubagaimana pun, dengan kematian Presiden, wanita berkenaan berkeras untuk menjadi Presiden, walaupun mendapat tentangan daripada pentadbirannya sendiri.

Aku menyorot kepada satu babak yang menunjukkan iltizam wanita ini yang membebaskan seorang penzina yang sudah melahirkan kandungannya daripada menjalani hukuman rejam di Nigeria.

Menggunakan kuasa ketenteraan yang ada padanya, berdasarkan hak kemanusiaan, si penzina ini berjaya dibebaskan oleh tentera Amerika.

Maka, para penentang Presiden baru ini pun terpana dengan caranya yang amat radikal, kerana dia adalah seorang calon bebas, yang tidak terikat dengan mana- mana parti, Republikan mahupun Demokrat.

Kuasa yang dimilikinya dipergunakan sebaik mungkin untuk menghalalkan cara agar mencapai matlamat, hatta sehingga melanggar hak kedaulatan negara lain.

Belum apa-apa lagi, para penonton telah ditarbiahkan secara tidak sedar akan hegemoni dan kekuasaan negara yang terkuat di dunia, dan kita secara tidak langsung, telah di beri gambaran betapa Islam itu kejam dan zalim.

Setahu aku, hukuman yang diperintahkan Allah s.w.t. mempunyai hikmahnya yang tersendiri dan kita hanya perlu beriman dengannya, sebagaimana kita menerima keEsaanNya.

Sekiranya hukuman ini hendak dilaksanakan, terdapat juga garis panduan yang sangat ketat yang perlu dipatuhi, dan hukuman ini berbentuk pengajaran kepada orang lain agar menghindari kesalahan yang terjadi.

Apa yang terjadi kini, kita yang mengaku beriman dengan Allah s.w.t. tidak menerima sepenuhnya ajaran yang diturunkan menerusi pesuruhNya, hanya sekadar mengambil sana separuh dan sini separuh.

Orang akan berkata, ini zaman moden, begitu banyak cabarannya, dan jika undang-undang Islam dilaksanakan, maka, ramailah orang yang kudung tangan berkeliaran di sana sini, dan ramai lagi yang pecah kepala di rejam dengan batu.

Ah, semuanya adalah andaian pemikiran manusia sahaja yang tidak bersandarkan kepada hikmah disebalik hukuman tersebut.

Sebagai hamba, kita tentu berfitrah untuk melakukan kebaikan, hanya Iblis dan syaitan sahaja yang berkehendakkan kemungkaran.

Otak yang sihat tidak akan melakukan kejahatan, apalagi setelah melihat dengan mata kepala sendiri kepada bentuk hukuman yang akan di terima sekiranya kesalahan ini di buat.

Persoalannya, sebagai sebuah negara yang mengaku Islam adalah agama rasminya, apakah yang menhalang Commander In Chief dari melaksanakan perintah Allah s.w.t.? Amerika dan sekutu-sekutunya? Demokrasi?

Tidak takutkah kita bersekongkol dengan juak-juak Comander In Chief apabila kita menobatkan mereka menerusi proses demokrasi yang menghalalkan suara ramai melebihi suara yang sedikit, walaupun suara sedikit tadi adalah benar?

Nauzubillah min zalik. Aku bertaubat atas segala kesalahanku dan berdoa semoga Allah s.w.t. menyelamatkan kita semua dari ancaman fitnah dunia akhir zaman.

Saturday, April 17, 2010

Avatar

Dua minggu lepas, aku terasa untuk membeli DVD Avatar semasa keluar makan bersama keluargaku. Entah mengapa, tiba-tiba aku terasa sangat untuk menonton cerita yang pernah suatu ketika gah di layar perak.

Bukannya aku tidak tahu ianya cerita rekaan Yahudi, tetapi perasaan ingin melihat apa yang dihebohkan sangat mengenai cerita berkenaan sangat terkesan dijiwaku.

Selepas pulang, terus aku memasang DVD berkenaan dan menikmati cerita rekaan Yahudi ini. Sungguh hebat. Bukannya CGI dan segala macam itu yang aku rasa hebat, tetapi plot dan jalan cerita itu sendiri adalah hebat. Ianya ingin membayangkan bagaimana keadaan roh yang boleh berpindah alam secara yang boleh di terima akal. Agaknya, kalau cerita sebegini di buat oleh seorang Melayu, adakah Finas akan meluluskannya, apa lagi membenarkan tayangannya.

Si pencerita juga menyatakan bilamana berlaku pertembungan peradaban, kedua-dua belah pihak akan menyatakan mereka berada di pihak yang benar. Di dalam Avatar, di"perang"kan kelompok kapitalis dan pelindung alam sekitar. Diri kapitalis hanya menyanjung wang, di mana, bumi pada masa itu telah menjadi tanah gersang tanpa kehijauan, dek kerana kerakusan sang kapitalis merobek hutan atas dasar pembangunan. Diri pejuang alam sekitar pula bersatu dengan alam untuk memastikan keharmonian sejagat sentiasa terpelihara agar semua dapat hidup dalam keadaan bahagia .

Aku terpana. Bukankah kapitalis dokongan demokrasi kini sedang menuju ke arah itu? Manakala keMelayuan sebelumnya sangat mementingkan keharmonian dan kebahagiaan? Maka, susuk tubuh diri-diri inilah yang mencorak perjalanan kehidupan kita, yang aku rasa, perlu menjadi pedoman kepada kelangsungan corak kehidupan yang kita idamkan. Bahagia. Satu ayat yang mudah, tetapi tidak semudah untuk mencapainya.

Bahagia yang di cari terletak di jiwa, bukannya bahagia sementara yang terletak pada kebendaan, kerana bahagia tersebut tidak kekal. Habis kebendaan nanti, bahagia pun hilang.

Berbalik kepada Avatar. Diri wanita dan lelaki ditonjolkan dengan sifat yang amat berbeza walaupun dari ketamadunan bangsa yang berlainan. Wanita digambarkan sebagai penentu keputusan. Tidak begitukah yang selalunya berlaku. Orang kata, kalau nak pikat hati mentua, jaga hati ibu mentua. Bapa mentua akan ikut sahaja. Hati juga yang memainkan peranan, iaitu jiwa seorang manusia. Jika serasi jiwanya, maka, mudahlah perhubungan kekeluargaan nanti. Namun, jangan sesekali menghilangkan kepercayaan kaum wanita, kerana mereka sangat keras hati pada ketika berlakunya hilang kepercayaan tersebut. Tetapi, langkau waktu, mereka tetap juga akan menerima orang kesayangan mereka.

Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah di tanya oleh para sahabat Baginda, siapakah yang perlu dihormati di dunia ini. Jawab baginda, IBU, dan jawapan tersebut diulang sebanyak tiga kali, sebelum baginda menyatakan, BAPA. Betapa wanita mempunyai kedudukan darjat kehormatan yang tinggi, sehingga Baginda bersabda sedemikian. Ironinya, Baginda juga bersabda bahawa ramainya penghuni neraka terdiri dari kaum perempuan. Maka, diri yang bagaimanakah yang dapat menggoncangkan dunia, sifat apakah yang membaluti susuk tubuh mereka, kekuatan apakah yang menghidupkan mereka?

Sesungguhnya, apabila seorang Adam telah mengenali dirinya, dan juga diri-diri yang berada disekelilingnya, maka dia akan bersatu dengan Penciptanya, yang sentiasa mengkehendakkan bahagia kepada ciptaanNya.

Aku hormat ahlul al-bab

Belum pernah terlintas difikiranku apabila seorang ketua negara Islam, si ahlul al-bab, dengan bangga dan megahnya, "menerima" pelawaan seorang ketua negara proksi Yakutz, si hitam, yang di lihat akan membawa perubahan dalam corak kepimpinan beliau kerana kulitnya hitam dan pernah menetap di Malindo, tetapi masih meneruskan agenda politik pro Yakutz mereka dengan cara berdiplomasi.

Hatta, disuruhnya si ahlul al-bab supaya syarikat minyak negara si ahlul al-bab menghentikan penjualan gas kepada negara seagama semenjak bulan lepas, demi memenuhi tuntutan si hitam yang mengikut telunjuk al-Yakutz yang amat takut kepada kebangkitan sebuah lagi negara Islam bertunjangkan kuasa nuklear.

Sudahlah berjuta-juta ringgit duit rakyat dilesapkan kepada pelobi unTA-PAco untuk mengatur pertemuan tersebut, apa yang kita dapat? Hanyalah peluang si ahlul al-bab tersengih di depan si hitam dengan mendapat liputan berita meluas sedunia betapa pentingnya si ahlul al-bab kepada pencorakan pemerintahan akan datang si hitam terhadap dasar-dasar kerajaannya kepada negara-negara Islam.

Enteng sekali membelanjakan OPM (other people's money) kerana tidak melibatkan hasil titik peluh ahlul al-bab sendiri. Kesana kemari, ada saja si kitol dan raja menda-liaq menjaga kepentingan beliau, dengan harapan mendapat sedikit habuan daripada OPM berkenaan.

Sampaikan, syarikat yang melobi untuk mendapatkan kontrak dari kerajaan si ahlul al-bab pun menegah mana-mana hamba atau pekerja di bawah syarikat berkenaan supaya tidak mencerca, malah sebolehnya, mengampu si ahlul al-bab dengan apa cara sekali pun, agar kontrak yang sedang dan akan diusahakan tidak terbatal.

Mudahnya kapitalis memerintah dunia nyata ini, segala-galanya berputar kepada nilaian kertas yang di panggil wang. Seolah-olah, kertas itulah tuhan kepada mereka, bilamana kertas itu tidak kecukupan, mengelupurlah nafsi ahlul al-bab kerana kekurangan materi terkini yang diingini insani.

Al Tan Huya dan Shah Ri Khan hanyalah barang mainan, bila puas, sepah di sepah-sepahkan bertaburan. Biarpun ianya menjadi rahsia umum, apa yang nak ditakutkan, unTA-PAco ada untuk menyelesaikan. Tuhan wang mereka boleh mengusaikan semua masalah.

Cuma ingatlah, bilamana semua, termasuk aku, berdiri di hadapan Allah s.w.t. yang mana janjiNya pasti, masing-masing jawablah sendiri.

Friday, April 9, 2010

Jawatan, UMNO-APCO

Aku pernah ditawarkan menjadi setiausaha untuk cawangan UMNO tempat ku, tapi aku menolak. Selepas itu, aku dilantik pula sebagai setiausaha AMK Langkawi, namun, hanya seketika, aku meletakkan jawatan, walau pun tidak di terima oleh ketua ku. Aku juga di lantik sebagai setiausaha taman perumahan ku. Sekali lagi aku meletakkan jawatan tersebut. Kemudian, aku di lantik pula sebagai pengerusi persatuan pelajar bagi kawasan ku, serta pengerusi kelab Rotari. Kedeua-duanya pun aku serahkan kembali jawatan tersebut.

Orang akan mengatakan aku tidak berani mengambil tanggung-jawab, tetapi padaku, aku tidak sanggup memikul amanah. Amanah yang akan dipersoalkan di kemudian hari. Sedangkan amanah sebagai ketua keluarga pun amat besar tanggung-jawabnya, inikan pula tanggung-jawab yang datang berserta jawatan-jawatan yang di sebut di atas. Maka, aku menjadi hairan apabila ada mereka-mereka yang sanggup menghalalkan cara untuk mencapai matlamat.

Sepertimana yang bakal kita lihat tidak lama lagi dengan PRK Hulu Selangor. Masing-masing berebut-rebut hendakkan jawatan yang dinobatkan menerusi apa yang di panggil demokrasi. Bermacam-macam kata dan janji dihamburkan, tidak lagi mengira "rasuah" dalam bentuk projek-projek mi segera dan kain pelikat sehelai dua. Islam tidak mengajurkan pemilihan secara demikian, malah seorang ketua akan dicalonkan oleh sebuah badan yang di panggil syura, meneliti mereka yang ahli dan berketerampilan untuk mengetuai sesebuah negara, mahu pun kawasan. Ahli syura pula terdiri dari mereka yang arif mengenai hukum hakam dan berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.

Sesungguhnya, apabila kita menyerahkan sesuatu jawatan itu bukan kepada ahlinya, maka, tunggulah saat kehancuran yang bakal mendatang. Lewat kini, jawatan nombor wahid di negara Malaysia kita telah terjerumus di dalam kancah UMNO-APCO. Maaf, aku tidak dapat lari dari menganalisa apa yang bergolak dalam tanah air kita, walau pun aku pernah menukilkan, zaman tersebut telah berlalu. Semenjak APCO dinobatkan sebagai penasihat dan perunding komunikasi Malaysia, kita disajikan dengan iklan menerusi peti kaca television, betapa 1Malaysia itu harus didokongi, dengan wadah yang menjurus kepada kemajmukan masyarakat. Sekali imbas, itu juga adalah ciri-ciri masyarakat Madinah di zaman Rasulullah.

Namun, yang mencuit hatiku, bila Facebook diiklankan secara percuma menerusi RTM menerusi segmen teknologi, betapa peri pentingnya perisian berkenaan. Padaku, ini adalah satu lagi alat yang akan mengumpulkan maklumat peribadi yang di beri secara percuma oleh pemilik akaunnya kepada Israel secara tidak langsung. Satu kebetulan atau perancangan yang tidak disedari oleh penggunanya. Tidak salah menggunakan perisian tersebut, tetapi berhati-hatilah dengan apa yang di tulis dan maklumat yang disebarkan. Kini, berjuta-juta manusia telah secara tidak sedar, memberi maklumat tersebut secara rela kepada pihak Israel.

Israel telah berjaya mentarbiahkan pemikiran begitu ramai pendokong demokrasi untuk mengikut telunjuk mereka secara halus. Maka, berhati-hatilah apabila kita menerima jawatan, kerana, terkadang, tanpa disedari, kita telah menjual amanah tersebut kepada mereka yang tidak sepatutnya.

Wednesday, March 24, 2010

Berkelana Mencari Aku

Setelah sekian lama menyepikan diri, aku menyatakan kebesaran Ilahi, dalam berkelana mencari jati diri, bahawa aku perlu mengenal diri sendiri. Acapkali, kesilapan yang seing terjadi, banyak tertuding ke diriku sendiri. Namun dalam meniti hari yang kian senja, perlulah dikoreksi akan diriku ini, di samping melihat kepada dunia, apa yang boleh ku nikmati.

Dalam menikmati keindahan ciptaan Ilahi, seringkali pula, berlaku pertembungan akal pemikiran, yang padaku, semakin menongkah arus. Raja telah dibudakkan, Tuan telah dihambakan, Akal telah diakali. Semuanya terjadi dalam ruang litup pemikiran moden yang banyak menjurus kepada duniawi. Tanpa disedari, kehidupan kita yang pernah suatu ketika begitu harmoni, telah dicorakkan oleh cara kehidupan ciptaan manusia yang bernama Yahudi.

Samada di dalam kesedaran, atau kesamaran, kita telah banyak meninggalkan cara hidup yang dikehendaki Ilahi, dengan lebih banyak menjurus kepada kehidupan ciptaan Yahudi. Namun, pihak yang mencipta kehidupan tersebut pula, banyak mengamalkan cara kehidupan yang amat berbeza dengan apa yang mereka ciptakan. Sehingga, manusia akan berkata, golongan yang tidak mengikut arus kemodenan zaman di anggap kolot dan juga mundur ke belakang.

Benarkah begitu? Renungkan kembali, bilamana bumi bertuah, yang didiami bangsa Melayu ini, bertakhta di bawah pemerintahan Islam, bertunjangkan kesultanan Melayu selama 700 tahun, bermula dari kurun ke 800 masihi, telah menjadi pusat tumpuan segala bangsa yang ada di dunia ini. Tanah ini makmur dan aman, walau pun seketika, terdapat pertelingkahan di sana-sini. Biasalah adat dunia, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita manusia.

Aku merenung kembali, mengapa kita telah begitu terpesong jauh dari mengamalkan cara hidup Islam, yang mana, suatu ketika dahulu amat makmur di bumi bertuah ini. Apa yang telah mematikan kesinambungan cara hidup tersebut. Bangun pagi, adakah solat subuh yang diutamakan dulu, atau berkejaran meyiapkan diri untuk ke tempat kerja, sambil memastikan anak-anak juga ke sekolah. Itu lebih diutamakan, takut kalau-kalau terlambat, sang majikan akan menyinga, atau guru kelas memiat telinga.

Di kantor, segala tumpuan pemikiran, jarang terarah kepada makanan jiwa, tetapi lebih memenuhkan kehendak hawa nafsu. Siapa yang memakai fesyen terbaru. Telefon siapa yang lebih canggih. Bos mana hendak di ampu. Laporan apa yang hendak disiapkan. Komputer sedia menyala, samada meyiapkan kerja, atau berchatting sambil berfacebook, kegilaan terkini masa kini. Ciptaan siapa itu semua? Bukankah suatu ketika dahulu, ketuanan Melayu melalui kehidupan bermasyarakat yang sangat tinggi nilai sopan santunnya.

Muhammad Jiwa dari daerah Kedah suatu ketika dahulu merupakan pedagang yang memiliki beratus-ratus nakhoda yang mengemudikan lalauan perdagangan yang bukan calang-calang banyaknya. Mereka juga kaya raya, namun melalui kehidupan bermasyarakat, yang lebih mementingkan perhubungan sesama insan melebihi perhubungan individualistik masa kini yang banyak terarah kepada sebuah kaca yang memancarkan cahaya berupa gambar dan segala macam menerusi diodnya.

Anak-anak lebih banyak terperap di rumah, melayan segala macam peralatan seperti PSP, laptop, tv dan handphone. Budaya kuning pula begitu mudah meresap ke jiwa anak-anak ini, yang lebih banyak mendapat perhatian daripada peralatan yang disebutkan tadi. Ibubapa, sudah tentu sibuk di kantor kerana tuntutan kehidupan. Mereka berharap anak-anak dapat menjaga diri sendiri. Walau pun sesetengahnya berbibik, tapi, apalah sangat ilmu yang dapat diterapkan oleh hamba tersebut. Silap haribulan, penerapan cara percakapan yang diperolehi anak-anak!

Maka aku meyeru diriku dan rakan-rakan sekalian, agar dapat menyeimbangkan tuntutan dunia dan akhirat, kerana kita benar-benar telah berada di akhir zaman. Seorang sahabatku sering meyatakan, perang dunia ketiga akan berlaku, bilamana ramai umat Islam di bunuh dan di sembelih tanpa belas kasihan. Pada masa itu, semuanya telah rosak binasa. Padaku, perang itu telah pun berlalu dan sedang menuju pengakhiran. Tidakkah kita sedar, di era 90an, begitu ramai umat Islam yang telah di sembelih dan di bunuh di merata dunia seperti Chechnya, Darfur, Wilayah Yugoslavia, Afganistan, Iran, Iraq, Lubnan dan banyak lagi. Kebanyakan wilayah berkenaan adalah berpendudukan Islam.

Apa yang telah binasa? Apa lagi kalau bukan kehidupan Islam. Semuanya telah hancur lebur, dipalitkan dengan segala macam citra warna duniawi, hendonisma, anak luar nikah, arak, judi dan perempuan serta pornografi. Semua ini merosakkan dan membinasakan jiwa Islam, kerana, Ilahi menjemput jiwa-jiwa yang tenang ke dalam jannahNya, suatu kehidupan yang kekal abadi. Kehidupan yang sebenar-benarnya. Bukanlah jiwa yang caca-merba, yang sentiasa tidak puas dengan apa yang di beri. Dapat satu, hendak satu lagi. Tidak pernah cukup-cukup.

Siapa yang mencaca-merbakan jiwa-jiwa kita? Tidak lain dan tidak bukan adalah kehidupan ciptaan Yahudi. Maka, sahabat-sahabat ku sekalian, sekali lagi aku menyeru kepada diriku sendiri dan kalianan, carilah jiwa yang tenang. Caranya, pelajarilah daripada mereka yang mengetahui, atau bergurulah pada yang tahu. Coretan ku kali ini akan lebih meyusul kepada corak pemikiran sebegini, dengan pengharapan agar kita dapat melahirkan ramai jiwa-jiwa yang tenang. Periodku menyelusuri kealpaan ulil-amri telah pun ku lalui dalam penulisan yang lepas-lepas. Walau pun di waktu yang sama, aku menelusuri kejiwaan hakiki, baru kini aku terasa untuk mengajak diriku dan sahabat-sahabtku sekalian secara berjemaah. Insya Allah.

Saturday, November 21, 2009

Bersyukurlah

Di bumi bertuah ini, jarang kedengaran anak-anak kurus melidi dan mati kelaparan. Kebanyakan anak-anak akan menhabiskan 12 tahun melalui sistem pembelajaran yang membolehkan mereka menguasai 3M. Amat jarang kedengaran anak-anak yang terpaksa menjadi buruh paksa, apalagi tidak diberikan peluang mempelajari ilmu dunia dan akhirat.

Di bumi yang bertuah ini, sesiapa sahaja dapat mengaut sebanyak mana harta kekayaan yang ada, selagi mereka berakal dan berkerja keras ke arah mencapainya. Mereka yang malas dan sentiasa mencari alasan di atas ketidak-upayaan mereka menjana pendapatan yang berpatutan adalah mereka yang sentiasa tidak puas dengan apa yang mereka ada.

Di bumi yang bertuah ini, jarang kedengaran umat Islam bersyukur dengan limpah kurnia dari Ilahi, dan membantu sesama saudara seislam mahu pun bukan Islam. Para ulama bagaikan bercakaran di antara satu sama lain, seolah-oleh, kaum puak mereka sahaja yang benar. Banyak yang mengarah kepada perbezaan pendapat, dan jarang yang bersatu di atas kesamaan ibadat.

Di bumi yang bertuah ini, malapetaka seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi hampir tiada walau pun dikelilingi oleh lingkaran api Pasifik. Negara jiran seperti Indonesia dan Philipina seolah-olah menelan segala bencana yang kemungkinan terarah kepada bumi yang bertuah ini.

Di bumi yang bertuah ini, makanan melimpah ruah, sehinggakan menjadi pesta tatkala umat Islam menyambut Ramadhan, sehingga melupai tujuan asal berpuasa. Azan masih kedengaran di corong-corong masjid dan surau, menandakan masih ada yang patuh dan mengikuti seruan azan. Sesiapa sahaja bebas untuk melaksanakan tuntutan agama.

Di bumi yang bertuah ini, yang sentiasa dilimpahi rahmatNya, seharuslah kita banyak bersyukur ke atas segala nikmat yang diberikan kepada kita dalam pelbagai bentuk. Jarang kelihatan mereka yang tidak berumah menghuni kawasan kosong di bawah jambatan, atau rumah tinggal kosong kerana tiada pekerjaan.

Sesungguhnya, ini merupakan catatan terakhir kalam xdakakai dan sebagai hambaNya, menjalankan tugas dan tanggung-jawab keimanan untuk menegur ulil amri, samada secara selemah-lemah iman, dengan tidak menyukai di hati atas perbuatan yang tidak baik para ulil-amri, atau pun menegur dengan perkataan mahu pun perbuatan.

Sesungguhnya, hambaMu ini telah menjalankan tugasnya, dan hambaMu ini telah berlepas tanggung-jawab ke atas tuntutan keimanan untuk menyuarakan pendapat dan pandangan untuk kebaikan bumi yang bertuah ini.

Sesungguhnya, segala yang baik itu daripada Allah s.w.t. dan segala kelemahan dan keburukan adalah daripada sifat hambaMu yang tidak berdaya ini. Kiranya berhadapan akan ku diarashMu ya Allah suatu masa nanti, semoga apa yang telah hambaMu ini lakukan menjadi pelindung sekiranya hambaMu ini di tanya, "Apakah yang telah kau buat untuk menasihat dan memberi teguran kepada ulil-amri yang tidak benar?".

Sesungguhnya, mati itu adalah pasti untuk semua. Di akhir kalam, inginku memohon ampun dan maaf ke atas segala kekurangan atau teguran yang keterlaluan, yang ku lakukan, hanya sebagai menyahut seruan Ilahi di dalam menegakkan yang haq. Wassalam.

Monday, November 16, 2009

Anwar Hipokrit dari Laman YouTube



Di petik daripada laman YouTube.

Sesungguhnya, Allah maha pengampun ke atas kealpaan dan kesilapan setiap manusia, selagi dia bermohon kepadaNYA. Mereka yang menyesali dan berubah ke arah kebaikan, sesungguhnya akan menerima rahmah dari Yang Maha Esa. Maka atas dasar tersebut, kita disarankan berlapang dada dan menerima seseorang yang beriltizam untuk berubah.

Monday, November 9, 2009

Macam Mana Nak Ajar Islam Dekat Anak

Jabatan Agama Islam Malaysia telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri agar memastikan sesiapa sahaja yang hendak menyampaikan ajaran Islam hendaklah bertauliah, walau pun menyampaikannya di dalam kawasan persendirian. Hasil daripada arahan ini, bekas mufti Perlis, telah di tangkap ketika menyampaikan ceramah agama di rumah persendirian.

Bekas mufti berkenaan di dakwa tidak mempunyai kelayakan yang berkenaan untuk menyampaikan syiar Islam kepada khalayak persendirian, apatah lagi khalayak umum. Sejak bila Rasulullah mengeluarkan sijil untuk menyampaikan dakwah Islamiah.

Adakah menjadi kesalahan juga bagi guru-guru yang tidak bertauliah menyampaikan ajaran Islam di sekolah-sekolah di Malaysia. Bagaimana pula seorang bapa yang hendak melentur anaknya dengan acuan Islam, sekiranya berdakwah tanpa kelayakan tidak dibenarkan.

Memandangkan penyebaran ajaran Islam begitu telah dirumitkan, adalah lebih baik kita mula mempelajari agama yang lain, seperti kristian, yahudi, budha atau confucius. Mengajar ajaran-ajaran ini tidak termaktub di dalam arahan JAIM, maka, lebih mudahlah untuk penyebaran ajaran-ajaran berkenaan berkembang di Malaysia.

Belum ada lagi arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak, yang memerlukan kelayakan yang di iktiraf, sekiranya seseorang itu hendak menyampaikan ajaran-ajaran lain, selain ajaran Islam. Maka, Islam akan terpelihara di bawah panji 1Malaysia, kerana kesuciannya terjaga oleh mereka-mereka yang benar-benar berkelayakan sahaja, dalam maksud kata, mereka yang di iktiraf oleh JAIM sahaja.

Sunday, November 8, 2009

Protong Saga

Di Terengganu, negeri yang kaya dengan minyak, kereta Proton di sebut Protong. Kalau di buang "r", bunyi Potong. Potong Saga; lebih kurang membawa maksud, buangkanlah karenah dan birokrasi yang lepas-lepas (Saga-bukan yang bermakna buah).

Proton menjadi perdebatan di blog Tun Mahathir, dengan pelbagai-bagai isu diketengahkan; daripada tahap kualiti kenderaan berkenaan, sehinggalah kepada perkhidmatan lepas jualan. Tuntas, Proton masih perlu dikemas-kinikan, baik dari segi rekaan, mahu pun dari segi pentadbiran.

Sebagai sebuah kenderaan nasional, Proton dapat dimaafkan pada permulaan ianya beroperasi, kerana tahap awal kemasukan ke industri kereta, sudah tentu ia akan berhadapan dengan pelbagai kerumitan dan permasalahan. Namun, ianya tidak harus dibiarkan sedemikian untuk sekian lama. Penambah-baikan perlu dari masa ke semasa, sehinggalah Proton dapat berdiri dengan sendirinya selepas tahun 2015, bilamana, "tongkat" yang diberikan kepada Proton di tarik balik.

Pada masa ini, kualiti dan tahap pengurusan Proton sewajibnya mencapai tahap pengeluar kenderaan utama dunia, seperti Toyota, Honda, Kia dan seangkatan dengannya. Sekiranya tahap tersebut masih tidak tercapai, janganlah kita tangisi apabila Proton terpaksa di jual kepada pihak asing untuk memastikan nama Proton masih menjalar di jalanraya.

Pelajari iktibar Rover yang diambil-alih oleh German, kehilangan permata Britain ini ditangisi oleh rakyatnya, tapi, kuasa ekonomi melebihi rasa emosi yang tidak mempunyai sebarang nilai di dalam pasaran bebas.

Saturday, November 7, 2009

Menyenyeh Tak Tentu Fasal

Penyakit "menyeyeh" bak kata orang utara, adalah keadaan di mana seseorang itu merengek-rengek berkehendakkan sesuatu, atau cuba menyampaikan sesuatu berita secara kebudak-budakkan untuk meraih simpati khalayak umum. Selalunya, pemberitaan yang disampaikan adalah berkenaan keaiban atau keburukan orang lain untuk kepentingan dirinya atau kelompoknya.

Cara pemberitahuan tersebut pula lebih kepada menelanjangkan kebrobokan orang lain, di samping, mengharapkan empati kepada tuan badan pencerita. Namun, sekiranya pencerita lebih banyak menceritakan kepada khalayak umum betapa pencerita memaafkan segala apa yang telah berlaku kepadanya, tanpa merendahkan martabat pesaing atau musuh peribadinya, dan juga apa yang telah di buat demi kebaikan khalayak umum, beliau akan di pandang lebih tinggi lagi oleh masyarakat.

Ambil contoh idola kita, Nabi Muhammad s.a.w., yang sangat menjaga adab mulut serta perbuatan baginda, walau pun berdepan dengan musuh baginda. Baginda lebih banyak bermuhasabah diri, walau pun maklum status kemaksuman baginda; dengan banyak bertaubat dan memohon ampun ke atas kesalahan baginda dan umat baginda, sekurang-kurangnya 70 kali sehari.

Sebagai seorang yang mengaku sebagai umat Islam, hendaklah kita sebanyak mungkin, memperbaiki diri kita sendiri, sebelum menunjuk kesalahan orang lain, kerana, satu jari menuding kepada orang lain, tiga lagi menuding kepada kita!

Sunday, October 25, 2009

Ketam Batu Ketam Bunga

Apa kena mengena ketam batu dan ketam bunga. Cerita ini diperolehi menerusi seorang tua yang bercerita berkenaan haiwan ini kepada rakan penulis. Orang tua ini berkata, kalau kita lihat, orang Cina suka makan ketam batu, manakala orang Melayu suka makan ketam bunga.

Mengikut cerita orang tua ini, apabila kita meletakkan sekumpulan ketam batu di dalam bakul, ketam yang pertama akan bersedia untuk ketam yang lain panjat ke atasnya, dan seterusnya, menolong ketam-ketam lain melakukan perkara yang serupa, sehinggalah ke semuanya dapat keluar dari bakul tersebut.

Manakala, apabila berlaku kejadian yang serupa kepada ketam bunga, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Apabila seekor ketam cuba untuk keluar dari bakul berkenaan, ketam-ketam lain akan menariknya ke bawah dan memastikan ketam berkenaan tidak dapat keluar daripada bakul tersebut.

Kemungkinan, gene ketam-ketam ini juga diturunkan kepada mereka yang memakannya, maka, cuba-cubalah pula memakan ketam batu!

Saturday, October 24, 2009

Sejadah Berdiri

Kalaulah benar, sejadah yang disiarkan menerusi berita TV3, berdiri di surau SK Tok Sangkut, Pasir Mas, iktibar yang dapat di ambil adalah, manusia mestilah lebih lagi. Namun sekiranya kejadian tersebut adalah perbuatan manusia, ianya juga menjurus ke arah mengingatkan sesama kita untuk sujud dan bertakwa kepada Allah s.w.t.

Secara saintifiknya, perkara berdirinya sejadah ini perlulah direkodkan untuk mengetahui kesahihan perkara tersebut, di mana, kejadian dari mula proses sejadah tersebut membentuk kepada apa yang dapat di lihat di kaca tv. Sekiranya rekod bagaimana kejadian ini terbentuk tidak dapat diadakan, maka sains tidak dapat menerimanya secara empirikal ( inilah contoh bahasa malaysia yang telah dimelayukan ).

Berita kita jarang menyiarkan berita yang menyediakan peluang kepada rakyat kebanyakan, dan juga, berita kejayaan yang bakal membakar semangat orang lain yang ingin mengikut jejak langkah mereka yang telah berjaya ini.

Berita menjadi sensasi apabila ada wakil rakyat melawat rakyat termiskin dan berjanji untuk memberikan bantuan, dan acap kali pula, berita-berita sebegini disiarkan dekat dengan tempoh pilihanraya, samada pilihanraya kecil atau pilihanraya umum.

Nilai berita di lihat daripada bagaimana ianya menyentuh emosi para penonton. Berita yang bernilai pula acapkali berupa peringatan seperti kemalangan, juga betapa pihak jabatan kerajaan yang menjalankan tugas mereka dengan mengadakan sekatan-sekatan jalanraya ke atas penunggang motosikal yang berkelakuan membahayakan pemandu lain.

Bukankah itu tugas hakiki jabatan berkenaan, kenapa pula perlu dihebohkan sebagai nilai berita. Sebagai kesimpulan, berita Malaysia perlu mencorakkan acuannya yang  tersendiri, tanpa mengikut mana-mana etika berita dari negara-negara lain. Barulah ketelusan berita dapat diadakan dan kita dapat mencipta sesuatu yang baru di dalam bidang pemberitaan.

Friday, October 23, 2009

Bekas 2 ahli DUN PKR Perak bebas?

Isu rasuah bekas 2 ahli DUN PKR di Perak mencuit hati. Saksi utama telah memberi kenyataan yang bercanggah ke atas pertuduhan dengan mengaku berbohong kepada SPRM. Maka, mahkamah berkemungkinan akan membuang kes tersebut berdasarkan keterangan terbaru.

Najib sangat licik, dan kelicikan tersebut terserlah di dalam kes ini. Diharap, agar kelicikan yang tiada bandingannya ini dapat disalurkan pula kepada penjanaan ekonomi rakyat agar bukan sahaja dapat memanafaatkan dirinya sahaja, malah, kepada rakyatnya jua.

Jadi seperti Tun, walau pun kekayaannya melimpah ruah, mereka yang di sekeliling beliau dan rakyat Malaysia secara amnya, menikmati kek ekonomi yang melimpah-ruah. Ramai anak-anak Melayu yang berjaya di hantar oleh pentadbiran Tun melanjutkan pelajaran ke luar negara!

Belanjawan Berhemah

1Malaysia sedang menantikan apa yang bakal dihadiahkan oleh Najib kepada rakyat pada pembentangan belanjawan beliau tidak lama lagi.

Sekiranya motto Najib diguna-pakai, "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan", rakyat akan menikmati durian runtuh seperti pengecualian cukai pendapatan, penurunan cukai jalan, pengurangan tol, menaikkan bantuan (subsidi?) minyak, dan lain-lain lagi penurunan yang bakal melegakan rakyat.

Manakala prestasi yang perlu diutamakan adalah tahap KPI jabatan-jabatan kerajaan meningkat, dengan lebih banyak projek untuk kebaikan rakyat diadakan, serta memastikan kuasa melipat-ganda (multiplying effect) ekonomi bertambah.

Janganlah pulak di dalam proses tersebut, prestasi poket segelintir kelompok tertentu yang diutamakan pulak. Dan sudah pasti, perbelanjaan ini akan menjadi defisit, tetapi kenapa perlu gusar? Tok guru demokrasi sendiri masih lagi bernafas walaupun dibebani dengan defisit melebihi US$3 trillion.

Apa yang mereka lakukan, hanyalah mencetak lebih banyak US$ untuk kegunaan mereka sendiri, tanpa perlu menyandarkannya kepada nilai emas, seperti sebelum zaman Brenton Wood.

Maka berbondong-bondonglah negara-negara lain membeli kertas yang di cetak dan diletakkan nilai sahaja ke atas kertas tersebut oleh tok guru ini, supaya ekonomi dunia dapat berputar!

Jadi, gunakanlah sepenuhnya belanjawan kali ini untuk membuktikan cogankata anda adalah benar.

Thursday, October 22, 2009

UMNO dan pengagihan kekayaan

Seorang penyokong setia UMNO melontarkan cadangan agar kepimpinan UMNO bermula dari Najib seharusnya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan menubuhkan satu tabung amanah 1Malaysia (TA1M).

Semua pemimpin BN yang pernah mengecapi nikmat projek kerajaan samada dalam bentuk perlaksanaan kerja atau pun terutama sekali komisen, hendaklah memasukkan dana ke dalam tabung berkenaan dan mereka semua dikehendaki benar-benar menyesali perbuatan mereka yang lampau, sekiranya terdapat sebarang kesalahan yang dilakukan.

Tabung berkenaan hanya akan digunakan untuk projek kesejahteraan rakyat secara langsung, di mana, manafaatnya akan dinikmati terus oleh rakyat. Ketelusan perbelanjaan tabung ini harus di pantau oleh sebuah suruhanjaya yang berkecuali.

Tindakan drastik ini secara keseluruhannya adalah satu langkah proaktif yang bakal membersihkan nama pemimpin-pemimpin tersebut dan rakyat Malaysia yang secara amnya sangat bermurah hati sudah tentu mengalu-alukan langkah ini diikuti oleh tindakan memaafkan kesilapan dan kesalahan yang telah sudah.

BN hanya ada kurang dari 2 tahun untuk memenangi hati rakyat. Rakyat kini bukan sahaja ingin melihat sebuah kerajaan yang kelihatan bersih, tetapi sebenar-benarnya bersih. Para pengundi pada masa kini bukannya mengundi PR kerana menyukai gerakan tersebut, tetapi kerana benci dan meluat dengan kerajaan BN.

Najib sememangnya mengerti dan memahami kehendak hati para pengundi, tetapi beliau tidak akan dapat melaksanakannya berseorangan. Keseluruhan pucuk pimpinan BN dari presiden sehinggalah kepada ahli biasa, perlu menyokong Najib demi menyelamatkan sebuah negara yang aman, makmur dan merdeka. Sumbanglah untuk TA1M!

Sunday, October 11, 2009

Desirkata

JAG, SIS dan Ridhuan Tee Abdullah

Islam adalah agama syumul yang diakui oleh Allah sebagai penutup segala cara hidup yang telah diturunkan oleh Allah. Ridhuan dalam nukilan mingguannya menerusi Mingguan Malaysia mempertahankan hukum Allah, bilamana, sekiranya terdapat pertembungan di antara kepentingan Allah dan kepentingan hak asasi manusia, sebagai umat Islam, kepentingan Allah perlu ditegakkan. Maka, adalah dikhuatiri perjuangan SIS yang membawa nama Islam (Sisters In Islam) dengan menyokong JAG membabi buta di dalam kes Kartika, akan menghakis dari segi akidah pemimpin tertinggi SIS.

Ada pihak menyatakan bahawa, Islam itu amatlah bersederhana di dalam segala segi, hinggakan sekiranya pembunuh dimaafkan oleh keluarga mangsa, pembunuh berkenaan akan dibebaskan, di mana, Islam menonjolkan toleransi yang amat tinggi di dalam hubungan hablum minannas sebelum hablum minallah mengambil tempatnya. Dan, Allah juga MAHA pengampun, kecuali perkara yang berkaitan dengan syirik kepadaNYA. Subhanallah.

Terdapat perlanggaran bilamana Islam kini di serang dari pelbagai sudut, dan penganut Islam samada secara sedar atau tidak, terpalit dengan permainan licik Iblis dan Syaitan, dan juga manusia bertopengkan kedua-duanya. Najib perlu membuat keputusan yang tepat di dalam hal ini supaya kelak tidak dipersoalkan di hadapan Allah berkenaan keputusan beliau nanti.

Najib Hadiah Rumah untuk Rakyat

Syabas kepada Najib kerana telah merealisasikan ikrar 100 hari beliau untuk menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat termiskin. Sebanyak 44,146 rumah awam akan di jual kepada rakyat Malaysia. Kini, Najib perlu memastikan ketelusan di dalam penjualan rumah-rumah ini, dan menghebahkannya di dada-dada akhbar berkenaan nama-nama pemohon yang berjaya.

Janganlah tindakan yang murni ini di cemar oleh tindakan orang bawahan yang menangguk di air yang keruh, bilamana, pada masa-masa yang lepas, rumah-rumah ini hanya berkitar di kalangan pengikut UMNO sahaja, dan terdapat jugak Dato'-Dato' yang memiliki rumah DBKL untuk disewakan pula kepada orang lain. Akibatnya, yang kaya semakin kaya, yang miskin terus tertindas.

Najib di harap akan ikhlas di dalam pemberiannya, kerana rakyat kini amat kritikal di dalam penilaian mereka, terutama sekali kumpulan muda berumur 40 tahun ke bawah, yang merupakan majoriti pengundi pada PRU ke 13 nanti.

UMNO akan tampil berbeza, Muhyiddin

Muhyiddin Yassin dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia menyatakan UMNO perlu berubah atau bersedia untuk dikuburkan. Mahathir sudah lama membuat teguran berkenaan perkara ini menerusi blog beliau. PR pula dari masa ke semasa, sentiasa mengetengahkan kebobrokan UMNO pada masa kini dan lampau. Sudah begitu banyak teguran di beri kepada pengikut UMNO, termasuk Nik Aziz yang menyatakan penyokong UMNO adalah ahli neraka, kerana memperjuangkan dasar assobiyah.

UMNO perlu disakai sebelum dapat berubah, kerana dengan kekalahan teruk di dalam PRU ke 12, kebanyakan para pemimpinnya masih terbawa-bawa dengan sikap ego mereka yang lama. Tidak di kira lagi dengan rasuah yang berleluasa sehinggakan Isa Samd yang telah terbukti melakukan rasuah politik masih boleh lagi di pilih sebagai calon PRK di Bagan Pinang. Samada Najib tidak menyedari tanda-tanda terkuburnya UMNO nanti, atau beliau masih lagi berada di zon selesa.

UMNO bukan hanya perlu menampakkan kebersihannya, tetapi benar-benar bersih, sekiranya masih ingin menerajui Malaysia selepas PRU ke 13. Jika sekadar lakonan yang dipertontonkan, bersedialah untuk menhidupkan jet peribadi masing-masing apabila Malaysia di perintah oleh PR nanti.

MCA tolak Presiden dan Timbalan Presiden

MCA telah membuat kejutan dengan menolak Presiden dan Timbalan Presiden sedia ada. Masyarakat kiasu seperti yang digambarkan oleh Ridhuan Tee Abdullah ini sangat peka mengenai iklim politik semasa dan tidak teragak-agak untuk membuat tindakan drastik sekiranya perlu. Kejutan ini memang di jangka apabila kuasa ketiga bersedia untuk menyelamatkan MCA setelah mempelajari daripada kekalahan semasa PRU ke 12.

Ahli UMNO juga mesti mengambil tindakan yang drastik di dalam perhimpunan agungnya yang bakal diadakan pada 13 Oktober nanti, itu pun sekiranya mereka mengambil pelajaran daripada sejarah. Lihat bagaimana masyarakat kiasu ini menegakkan kebenaran sekiranya kebatilan timbul. Sebagai orang Islam, ahli UMNO perlu lebih nekad daripada apa yang telah dilakukan oleh ahli MCA.

Friday, October 9, 2009

Mahathir, Anwar, Nik Aziz, Abdullah, Najib Marah

Apa kaitannya nama-nama di atas dengan Najib yang marah. 3 nama yang pertama itu merupakan idaman pimpinan PR untuk melengkapkan teori RAHMAN, namun apa yang berlaku adalah Mahathir, Abdullah dan Najib mengakhiri teori tersebut.

Sayugia, Najib amat marahkan si Anwar yang selalu membuat honar pada kacamata Najib. Tetapi sekiranya di lihat daripada kesan psikologi, seorang bapa akan memarahi anaknya kerana si bapa menyayangi anak tersebut. Sekiranya si bapa tidak menyukai anaknya, jangankan marah, tegur pun tidak.

Apabila Mahathir menegur dan membelasah Abdullah, ianya mungkin terbit daripada perasaan sayang terhadap UMNO. Begitu juga apabila masih ada lagi yang menegur kita, bermakna, penegur tersebut mengambil berat berkenaan orang yang di tegur. Jadi, tidak perlulah kita marah.

Teguran tersebut sepatutnya menjadi cermin kepada kita untuk memperbaiki lagi apa-apa yang tidak kena dan mengarah kepada kebaikan. Sayugia di dalam Islam, seseorang itu disarankan untuk bermuhasabah diri sentiasa, dan mendengar teguran daripada sesiapa pun. Namun, jangan di lihat siapa yang menegur, tetapi ambillah inti pati daripada teguran tersebut sebagai penambah-baikan kepada diri sendiri.

Najib tidak perlu merasa marah. Rakyat sebenarnya marah dengan ketidak-adilan yang berlaku di bumi Malaysia ini, akibat daripada kerakusan sang pemimpin pada masa lepas. Sekiranya Najib bermuhasabah diri, dan cuba memperbetulkan persepsi negetif rakyat kepadanya, kemungkinan besar rakyat Malaysia dapat memaafkan beliau.

Ingatlah Najib, hidup kita tidak berakhir di sini sahaja. Masih ada soalan yang bakal di tanya 2 malaikat sebaik sahaja kita bersemadi di rumah persinggahan ynag besarnya sekadar 4 kaki lebar dengan 6 kaki panjang dan dalam. Allah masih membuka pintu taubat kepada hambaNYA selagi nyawa tidak melepasi halkum, maka, bertaubatlah.

Sekiranya harta yang Najib cari, rasanya, sudah terlalu banyak dikumpulkannya, dan sudah tentu dibelanjakan bagaimana akan di tanya juga olehNYA. Namun, harta tersebut tidak mungkin habis sepanjang hayat Najib dan 7 keturunannya.

Sekiranya kuasa yang Najib dan Rosmah ingini, nah, sekarang, anda berdua merupakan manusia yang paling berkuasa di Malaysia. Namun, kuasa tersebut boleh hilang sekiranya rakyat benci dan meluat kepada anda berdua.

Maka, mengakhiri kalam, Najib seharusnya bermuhasabah diri sebanyak yang mungkin dan membetulkan keadaan yang semakin meruncing kini. Sudah banyak teguran yang diarahkan kepada Najib dan terlalu banyak maklumat yang telah diketahui oleh beliau. Inilah masanya Najib membuat pendirian yang tegas. Membetulkan dirinya dan seterusnya, membetulkan Malaysia mengikut acuan Islam yang sebenar.

Monday, October 5, 2009

Bagan Pinang Tumbuk Aziz

Aziz mendakwa telah di tumbuk oleh penyokong parti pembangkang semasa hari pencalonan di Bagan Pinang dan telah di sangkal oleh Nik Aziz dengan mendakwa pula, sesiapa sahaja boleh memakai baju penyokong sesuatu parti; sehingga terbukti, tiada apa yang boleh disahkan.

Komen : Ketelusan perlu di dalam segala segi. BN selalu melaung-laungkan perkataan "selagi belum terbukti di mahkamah, seseorang itu tidak akan didapati bersalah". Maka, sekiranya telah terbukti, tetapi telah menjalankan hukuman, seseorang itu telah pun bersih dari kesalahan tersebut, dan Isa Samad pun menjadilah calon Bagan Pinang!

Monday, September 14, 2009

Mahathir India Cina

Kegawatan ekonomi menyerlahkan diri sebenar sesuatu bangsa dan jati diri. Dalam kekalutan ekonomi ini, kebanyakan masyarakat India menyalahkan Mahathir terhadap segala kepayahan dan kesusahan yang dialami mereka; Mahathir pula menyerang balas dengan memaparkan surat aduan dari MIC sendiri bagaimana Samy telah menggelapkan berbilion wang yang telah diperuntukkan oleh Mahathir kepada kaum tersebut.

Manakala kaum Cina tidak henti-henti meminta kesamarataan di dalam segala aspek, sehingga ke tahap menghina sultan. Tiada siapa yang pernah mendengar rintihan kaum peribumi sendiri kerana tidak pernah disiarkan oleh mana-mana media. Kalau ada pun mungkin berbangkit daripada kesan asakan kaum lain terhadap mereka.

Manakala, sejuta orang melayu berhijrah ke China pada tahun 1957, kemudian diberikan kerakyatan China, lalu kerajaan China juga membenarkan orang melayu menubuhkan sekolah aliran melayu, mengamalkan bahasa melayu, dan memberikan keistimewaan yang sama seperti rakyat China. Dalam waktu yang sama, orang melayu itu kini telah menguasai 70% daripada kek ekonomi negara China, dan meminta lebih banyak hak-hak yang mereka rasa perlu kerana mereka telah berjasa kepada negara.

Di suatu sudut, suatu kisah benar berlaku di selatan tanah air, apabila seorang Tan Sri Cina memberi ucapan dalam sebuah majlis dengan mempersoalkan hak kesamarataan kerana kaum dia telah banyak berbakti kepada negara. Maka, semasa sesi soal jawab, seorang wartawan bertanya siapakah dua orang India yang bersama Tan Sri tersebut.

Tan Sri berkenaan dengan bangganya menyatakan bahawa mereka berdua adalah pekerja setianya yang telah berbakti melebihi 30 tahun. Wartawan berkenaan pula bertanya, mengapa Tan Sri tersebut tidak menyerahkan sebahagian daripada syarikat Tan Sri kepada pekerjanya yang telah banyak berbakti. Tan Sri mengatakan bahawa syarikat itu adalah HAK dia, dan pekerjanya telah diberi gaji, maka, kenapa dia perlu beri kepada pekerjanya.

Wartawan berkenaan menjawab, begitu juga dengan Tanah Melayu yang dipunyai oleh orang melayu. Walau banyak mana pun pendatang berjasa, Tanah Melayu itu HAK orang melayu. Sebagai imbuhan, kaum pendatang boleh berniaga dan mengaut sebanyak mana ekonomi yang mereka hendak. Kenapa HAK perlu di beri kepada orang lain. Tan Sri tersebut tidak dapat menjawab!

Thursday, September 3, 2009

Merdeka

Since when are we merdeka? 1957 right? Who are we before that? A bunch of people being ruled by British colonial who control the mindset of the Malay rulers, holding the throne by back stabbing, exactly like how the British separate India and Pakistan. The rightful ruler of late, started surfacing, and begining a court action against present sultanate.

But, these so called "intelligent" (more like cunning) orang putih only live in certain areas only, while the majority of the land was occupied by Malays, living the normal Malay life, i.e. the actual Islamic way of life. History seems to be rewritten starting from the Malacca Sultanate until today by the Queen's subjects. Of course they will glorify themselves, else what is the point they rewrite history.

So, we are actually a merdeka person. Who are the British to say that, "I want to give you freedom. So, now I grant you lot a merdeka" that Tunku proudly yelled at Stadium Merdeka on the 31st of August, 1957. If we are actually merdeka, by right, we can rule our country at our own fancy base on freedom of choice. We are not violating any convention. We are just upholding our right. The right to practice what we believe. The right to rule an Islamic state.

Who is stopping us? Or what is? The states with her europe counterpart? Are they going to bomb us with their frightening armaments because we are embracing Islam, not forgetting the number of businesses related to them operating here? Well, let time be the judge, but certainly, I won't celebrate merdeka, because in my mindset, we are never imprison. It is only in the mindset, ingrained by a distorted history "facts", and thought as early as 7 years old. At that time, our child, by right, should be able to be a hafiz! Then, continue the ilmu dunia. Then we can get a masyarakat madani.

DAP would say they don't want an Islamic state, and PKR will abide by that stating it's DAP's "personal view". Collectively, they are not against the idea. BN on the other hand, is the present government, trying to instil Islamic values with Islam hadhari, then 1Malaysia, and not forgetting Wawasan 2020. All these so called moderate Islamic thinking is not trying hard to uphold Islam, but compartmentalise Islam as religion, not way of life. Then instill the Islamic values in their wawasan, hoping that the other community would embrace it.

On the other hand, the back scene saw how Malaysia is actively participating in liberating Aceh, South Thailand and Moro to get an autonomy power. Tun very much is the broker. He plays a 100 years chess. We only think, what to eat tonight! So, we got a lesser evil to govern us. What is stopping us from embracing the right Islam? I once had a discoursed talk with an ex NSTP journalist, on why we cannot uphold Islam. And you know what is the answer that I got?

We are not compassionate enough! So, we might do more damage then actually doing good deeds. Hmmmm... Why he said so? Well, until we have someone who can "sabar" like what Prophet Muhammad PBUH was preaching, we won't have a justice system, even when we are declaring we are an Islamic state. Prophet Muhammad PBUH preached on love. Even to his enemy. Not hatred, envy, and definitely not war.

As an actual and in the true sense of merdeka person, I urge each and everyone of us, including myself, who proclaimed to be Islam, to uphold the quran and sunnah as our way of life, and try to emulate Prophet Muhammad PBUH kindness as much as possible in our daily life, to everything around us. Try it, and we will definitely feel the difference.

Love power is greater then any power ever exist on earth, and we must have FAITH on it.

I would like the end this pen with a video that totally change my view for ever.

Friday, August 28, 2009

Al Fatihah Ismail Md Salleh


Al Fatihah
Sekalung takziah kepada keluarga allahyarham Ismail Md Salleh ke atas kehilangan ahli keluarga tersayang, semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Desir Kata

Nik Aziz terhadap pihak kafir



Arak & Ketua Bukit Antarabangsa

Satu gerakan sedang dilancarkan di Bukit Antarabangsa untuk melarang penjualan arak di premis 7 eleven dan kedai-kedai berdekatan memandangkan majoriti penduduk adalah beragama Islam. Walaupun terdapat papantanda yang melarang penjualan arak kepada mereka yang beragama Islam, seperti tiada halangan dari mana-mana pihak sekiranya transaksi tersebut berlaku.

Ketua pusat khidmat masyarakat di Bukit Antarabangsa melatah di dalam komen beliau dengan menjemput sidang redaksi X dAk AkAi untuk menghadiri dan menyumbangkan tenaga kepada pusat tersebut. Sekiranya segala teguran yang di buat oleh media memerlukan kehadiran fizikal para wartawan, semua wartawan tidak dapat membuat kerja mereka yang wahid, iaitu melaporkan, kerana wartawan perlu turun padang untuk menyumbangkan tenaga dan buah fikiran di kesemua tempat yang mereka buat teguran.


Nizar Dan Perjuangan Islam

Bekas Mufti Perlis telah menyiarkan satu klip video semasa sidang DUN Perak yang pertama, di mana, Tajul Rosli bertanyakan berkenaan prinsip PAS yang memperjuangkan Islam kepada Nizar samada masih diteruskan atau pun tidak. Jawapan Nizar hanyalah dengan mencabar Tajul Rosli menunjukkan kepada Nizar di mana tertulis PAS memperjuangkan Islam; samada di dalam menifesto atau pun undang-undang tubuh PAS.

Liaw Teng Lai saman pesakit H1N1

Teng Lai di dalam Buletin Utama, TV3, mengeluarkan kenyataan bahawa pesakit H1N1 yang dikenakan perintah berkurung boleh di saman sekiranya melanggar nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan supaya memakai topeng muka semasa berada di kawasan awam!

Thursday, August 13, 2009

Al Fatihah Ustaz Asri












Al Fatihah
Pemergian allahyarham Ustaz Asri diiringi redupan hujan yang seolah-olah berkabung ke atas allahyarham semasa jenayahnya sedang disiapkan di Pantai Medical, Bangsar, untuk di kebumi selepas asar di Mesjid Seksyen 27, Shah Alam.

Takziah kepada keluarga allahyarham Ustaz Asri, semoga Allah mencucuri rahmatNYA dan menempatkan arwah di kalangan para syuhada.
Ameen.


Wednesday, August 5, 2009

AP diulangi

Saya terpanggil untuk menukilkan luahan yang saya terima menerusi email untuk tatapan pembaca setia X dAk AkAi.

Soalan2 yang MITI telah membisu untuk kesekian lamanya…

  1. Kenapa telah terbukti dengan jelas bahawa audit yand dijalankan oleh Earns and Young pada 2008, 70 syarikat pemegang AP terbuka menyalahgunakan permit mereka dengan menjual kepada pihak ketiga masih terus di berikan permit ap pada 2009, berbanding hanya 19 sahaja yang benar2 berniaga.
  2. Kalau dahulu kita mengatakan tiada bukti mengatakan syarikat pemegang ap menjual ap sekarang bukti terbentang hitam dan putih. AP lagi di tunggu laksanakanlah tugas dan tanggungjawab.
  3. Sebanyak 25,000 permit ap terbuka telah di berikan kepada syarikat2 ini, bermakna telah terdapat lebih kurang 19,000 ap yang telah di cairkan dengan jumlah nilainya kesemuanya sekitar RM786,000,000 dokumen kerajaan telah di salah gunakan oleh pihak2 ini. Jumlah ini tidak memberikan perkembangan dan manfaat ekonomi kepada Negara tetapi hanyalah di consume oleh 70 orang/syarikat. Bayangkan betapa banyak penjanaan ekonomi dan peluang pekerjaan dapat di jana sekiranya jumlah ini dapat di manfaat atau di laburkan kepada perniagaan yang betul.
  4. Soalnya sekarang tanyalah kenapa ada pihak2 yang suka atau mempertahankan system dan fenomena ini. Orang politik selalu dan sering dipersalahkan apabila selahlaku rasuah berlaku, tetapi pernahkah kita fikir orang2 politik atau lebih spesifik pak menteri sendiri juga telah di tipu oleh pegawai2 kerajaan di dalam MITI yang secara senyap2 mempertahankan system ini. Orang2 inilah yang sebenarnya menjadi musuh dalam selimut yang mengaut keuntungan dengan membantu dan bersubahat dam penjualan permit2 ap tersebut.
  5. Sekiranya perkara ini di bahaskan di dalam parlimen, apa yang pak menteri boleh jawab kerana apa2 informasi ke pak menteri juga diberikan tidak tepat dan misleading. Pak menteri sekadar bercakap ap yang pegawai2 mereka tekskan untuk bercakap. Dan kalau kena tembak pun pak menterilah di parlimen. Pegawai2 MITI senyum dan ketawa sahaja kerana dalang selalunya terselamat. Pak menteri hanya berfikir pegawai2 ini hanya menurut perintah walhal merekalah boss yang sebenarnya ha ha..
  6. Kalau di fikirkan kembali dengan dana sebanyak lebih RM700juta setahun dan di kumpulkan selama mana ap telah di anugerahkan kepada golongan ini, jumlah dana kerajaan yang telah di jual terkumpul sebanyak RM14 billion…Wah ini lebih dari cukup untuk orang melayu buy over seluruh industry otomotif di Malaysia ini. UMW, Honda Malaysia, Daimler Crysler Malaysia, Tan Chong Nissan,bla bla dangan sekali ngap sahaja kita boleh kuasai. Bangang bin tak da akai…

Tuesday, August 4, 2009

Penguat kuasa belasah pesalah

Ronnie Klassen telah menyiarkan satu video di halaman blognya yang memaparkan aksi beberapa anggota penguat kuasa sedang membelasah pesalah di suatu tempat yang tidak diketahui. Rakaman tersebut menunjukkan bagaimana pesalah ini di tendang terajang serta di sepak dan disebat bertalu-talu oleh anggota penguat kuasa kerana kesalahan yang disyaki mengganggu isteri orang.

Sesetengah pihak mungkin akan menyatakan cara ini zalim, maka, segala pengetahuan berkenaan dengan forensik sains perlu digunakan (berbanding kekerasan) untuk membuktikan kesalahan tersebut. Bayangkan dengan statistik jenayah yang meningkat setiap hari, tidak mungkin mana-mana agensi penguat-kuasa dapat menyelesaikan kes-kes tersebut dalam masa yang singkat.

Bayangkan pulak, di suatu lagi senario, bagaimana pihak penguat kuasa mendayu-dayu dengan penuh diplomasi, bertanyakan orang yang disyaki samada dia bersalah atau tidak, di hadapan seorang peguam yang di bayar dengan wang yang begitu banyak, terpaksa dilepaskan kerana pihak penguat kuasa tidak mempunyai cukup bukti. Wal hal, kalau di tanya kepada sesiapa pun yang berkecimpung di dalam dunia bawah tanah samada orang yang disyaki berkenaan bersalah, sememang pun orang tersebut terkenal dengan kegiatan jenayahnya.

Friday, July 31, 2009

Desir Kata (Sound Bite?)

Desir kata (bahasa Inggeris: sound bite) merupakan frasa pendek atau ayat yang menangkap maksud yang cuba disampaikan oleh pengucap. Saat-saat dalam dialog atau monolog ini mudah diingati oleh pendengar dan menjadi mesej kepada apa yang cuba disampaikan oleh pengucap. Desir kata terjadi kerana kehendak orang ramai mahu meringkaskan maklumat yang semakin banyak diterima pada masa sekarang.

Takziah kepada Permatang Pasir

Al fatihah.

Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Hamdan Abdul Rahman, semoga rohnya dirahmati oleh Allah s.w.t.

Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pasir

Malaysia akan menyaksikan satu lagi PRK yang akan diadakan di Permatang Pasir, berikutan kekosongan kerusi tersebut setelah penyandangnya, Hamdan Abdul Rahman kembali ke rahmatullah. Isu ISA pasti akan dimainkan, dan lebih memburukkan keadaan, sekiranya perarakan aman anti-ISA dan pro-ISA yang bakal berlangsung esok berakhir dengan tragedi berdarah, ianya akan di pukul canang dan digunakan sehingga ke tahap maksima untuk menunjukkan kezaliman yang tercetus dari dasar pemerintahan kerajaan sekarang.

Kesalahan Malaysia

Kini, isu ISA turut dicanangkan oleh media maya, termasuklah oleh Che Det. ISA adalah satu bentuk akta draconian yang diwujudkan untuk menangani masalah ancaman kepada keselamatan negara pada masa tersebut, di mana pihak komunis telah cuba untuk mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu setelah Jepun kalah dalam peperangan dunia kedua. Namun, ISA kini digunakan untuk menangkap pihak pembangkang dan digunakan kepada mereka yang bersuara lantang memperjuangkan kebebasan dari nepotisma, kroninisma, kebejatan perundangan dan lain-lain isu yang menyebabkan kerajaan kini mendapat tanggapan yang serong daripada rakyat.

Masyarakat Madani

Salah satu contoh masyarakat madani yang pernah tercatat di dalam lipatan sejarah adalah penduduk kota Baghdad di bawah pemerintahan Khalifah Harun Al Rashid. Pelbagai bangsa bernaung di bawah payung Islam yang telah mencipta masyarakat madani, di mana, limpahan dari keberkatan masyarakat di kota Baghdad mengamalkan cara hidup Islam, telah menghasilkan kekayaan yang melimpah-ruah serta menjadi pusat sains dan teknologi pada zaman tersebut. Baghdad adalah pusat penyebarab terpenting ilmu pada abad itu, bilamana, Baghdad di serang oleh tentera Monghul, sungai Baghdad bertukar menjadi hitam akibat daripada buku-buku yang dicampakkan ke dalam sungai tersebut oleh tentera Monghul.

Thursday, July 30, 2009

Black Maria 1 Ogos......

1 hb Ogos adalah suatu tarikh yang pasti melakarkan sejarah di Malaysia. Pada tarikh tersebut, Search akan mengadakan konsert tertutup mereka di Kuala Lumpur pada waktu malam. Siangnya, satu perarakan secara aman akan diadakan bermula dari tengah Kuala Lumpur sehingga ke Istana Negara oleh dua pihak melalui jalan dan masa yang sama. Satu adalah kumpulan anti-ISA, manakala satu lagi adalah kumpulan yang menyokong ISA.

Resipi kekacauan kini sedang membuak, menanti kedatangan tarikh tersebut, yang pasti akan menyaksikan pertembungan dua kumpulan ekstrim berdemonstrasi ke Istana Negara. Persoalan yang bermain difikiran sekarang adalah, bagaimana pihak polis dapat memberi kebenaran, atau pun, secara tidak langsung membenarkan perarakan ini berlangsung. Secara normal, pihak ini pasti bertelagah antara satu sama lain, dan kemungkinan pertumpahan darah boleh terjadi.

Kelihatan pertembungan ini adalah antara ras kerana kedua-dua pihak dijaguhi oleh dua kelompok bangsa yang secara majoritinya berbeza, dan dikhuatiri, tragedi 13 Mei boleh berulang kembali. Para ahli politik seharusnya meletakkan perbezaan pendapat ke tepi dan menghalang dengan sedaya upaya agar perancangan demonstrasi ini tidak berjalan, kerana kemudaratan yang bakal terhasil tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

Kekalutan yang terhasil bakal merudumkan lagi suasana ekonomi Malaysia, yang kini sedang mengharungi kesuraman kegawatan dunia, tambahan lagi dengan ketakutan terhadap H1N1, yang pastinya menyaksikan penurunan jumlah pelancong ke Malaysia dalam tiga suku pertama. Najib, Anwar, Hadi dan Lim perlu bersatu hati di dalam hal ini. Matlamat tidak menghalalkan cara, kerana banyak lagi ruang yang boleh digunakan untuk menyelesaikan isu ini.

Penggunaan arbitrator merupakan jalan terbaik agar kekalutan yang tercipta dapat dihindarkan secara aman oleh semua pihak. Semoga bumi Malaysia yang tercinta ini terselamat daripada bala bencana, yang dijanjikan tuhan kepada mereka yang lalai serta tidak mengikut petunjukNYA.

Monday, July 27, 2009

Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Antarabangsa

Penubuhan pusat khidmat masyarakat adalah satu rahmat bagi penduduk kawasan sekelilingnya. Pusat yang ditubuhkan seharusnya menjadi tempat menjalinkan silaturahim selain daripada menerima aduan atau permohonan daripada penduduk setempat. Ianya harus bipartisan, terbuka kepada semua dan bukan hanya didominasi oleh sekumpulan golongan sahaja.

Terdapat juga pusat-pusat ini diadakan bertujuan untuk menguatkan lagi cengkaman parti politik di kawasan berkenaan. Maka, berlakulah perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Terbaru, pusat khidmat masyarakat Bukit Antarabangsa telah berjaya ditubuhkan. Tahniah diucapkan ke atas semua daya usaha yang telah dikeluarkan oleh semua pihak sehingga tertubuhnya pusat tersebut.

Tanpa gandingan pelbagai pihak, pusat ini tidak mungkin dapat dirasmikan pada hari ahad yang lalu. Namun, apa yang dikesali adalah terdapat pihak-pihak yang mengambil nama dengan mendakwa pusat tersebut tertubuh atas daya usahanya seorang, dan menganggap, pusat tersebut berada di bawah seliaannya.

Memandangkan pihak tersebut telah dilantik sebagai ketua, dia berperanan untuk memastikan pusat tersebut dapat berjalan dengan lancarnya, di mana sumbangan perlu di jana untuk menampung kos yang tinggi, terutama sekali sewa bulanan, air, dan elektrik. Waima ketua sekali pun, tidak manis mencanangkan kepada orang ramai atau pengunjung pusat berkenaan bahawa beliau yang berkuasa penuh terhadap pusat ini.

Terdapat sokongan yang pelbagai daripada berbagai-bagai lapisan yang bertindak secara belakang tabir telah dilukai hati mereka. Dikhuatiri, perbezaan politik akan merobekkan usaha murni sesetengah pihak yang ingin memastikan komuniti setempat mempunyai tempat umum untuk berkumpul dan mendapatkan bantuan.

Ketua yang bijak akan mendengar pandangan ramai, berbincang, dan bersetuju secara konsensus sebelum membuat sebarang keputusan. Ketua yang ego hanya memberi arahan. Apabila sebuah pusat khidmat masyarakat di tadbir oleh ketua yang autokratik, tunggulah masanya pusat tersebut akan menghadapi masalah untuk beroperasi.

Sekiranya ketua berkenaan tidak menyedari kelakuannya menyinggung banyak pihak, beliau haruslah di tegur secara empat mata oleh mereka yang rapat dengannya. Sekiranya teguran tidak di beri, maka, semua pihak bersalah sekiranya pusat ini gagal mencapai matlamatnya.

Thursday, July 23, 2009

Potongan (snippet ?)

Saudara Mola

Anda menyarankan agar nama halaman maya ini, iaitu X dAk AkAi, di ubah kerana penggunaan ayat-ayat seperti ini akan menjadi ikutan pelajar-pelajar zaman sekarang. Buat pengetahuan saudara, penggunaan ayat-ayat di atas adalah suatu olahan abstrak, yang mempunyai keseniannya yang tersendiri. Sekiranya seni tidak dibenarkan bercambah, maka, kreativiti juga akan terhenti.

Banyak pihak perlu melakukan sesuatu terhadap jenama barangan mereka seperti Celcom Xpax, FedEx dan lain-lain jenama yang melanggar nahu dan pengejaan bahasa hanya untuk memenuhi kehendak saudara.

AP (Automotive Permits)

Rakyat marhain mempunyai tanggapan bahawa di dalam isu AP, pemegang AP adalah penyangak yang menyonglap wang rakyat. Sebenarnya, penyangak yang paling besar dan bernombor wahid di dalam kes AP ini adalah pihak MITI sendiri! Beberapa pegawai yang berkepentingan telah memainkan peranan mereka dengan memastikan AP berada di bawah kekuasaan mereka dengan berselindung di sebalik nama pemegang AP.

PPSMI

Kerajaan yang demokratik perlu membenarkan rakyatnya membuat pilihan. Walaubagaimana pun, apa yang penting bukanlah akta atau perancangan, yang pastinya sangat canggih semasa dibentangkan kepada jemaah menteri, tetapi perlaksanaan dan perkakasan yang diperlukan untuk memastikan sistem pembelajaran Malaysia berjaya.

Jerebu

Kuala Lumpur di landa jerebu untuk ke sekian kalinya. Persidangan demi persidangan dihadiri oleh menteri alam sekitar rantau Asean dan banyak keputusan telah dikeluarkan. Asean perlu menyediakan penyelesaian secara percuma kepada Indonesia sekiranya benar-benar ingin menghapuskan gejala ini. Pembakaran terbuka adalah satu-satunya kos terendah untuk membaik-pulih kawasan pertanian yang ada sebagai pilihan petani di sana.

Asean perlu mendapatkan dana daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menyediakan mesin dan peralatan secara percuma kepada pengusaha tanaman agar tidak lagi membakar ladang mereka atau pun hutan yang hendak di teroka. Hasil sampingan daripada bahan buangan penerokaan ladang atau pembersihan kawasan ladang sedia ada mesti di tukar kepada suatu produk kitar semula yang mempunyai nilai dagangan untuk mengimbangi kos operasi mesin-mesin tersebut.

Wednesday, July 22, 2009

Cadangan Untuk Penambahbaikan PPSMI

PPSMI kini telah menjadi satu isu negara yang memerlukan jalan penyelesaian seperti menarik rambut di dalam tepung. Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah memaktubkan di dalam perlembagaan berkenaan hak dan kebebasan rakyat untuk membuat pilihan seperti mana negara-negara lain yang mengamalkan demokrasi.

Rakyat Malaysia sepatutnya mempunyai pilihan untuk memilih bentuk pengajaran yang bakal diterapkan kepada anak-anak mereka. Mungkin bagi mereka yang pernah menghadiri sekolah aliran Inggeris pada tahun 50an dan 60an, mereka mendapati sistem pelajaran pada masa tersebut memberi pilihan kepada rakyat dengan menyediakan sekolah dua aliran, aliran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Mereka yang hendak memasuki sekolah aliran bahasa Inggeris bagaimana pun perlu menduduki peperiksaan kelayakan sebelum dibenarkan memasuki sekolah berkenaan. Antara sekolah aliran Inggeris di kawasan utara pada masa itu adalah Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kolej Sultan Abdul Hamid, dan Sek. Men. Sultanah Asma.

Sistem tersebut telah berjaya melahirkan ramai cendikiawan di dalam dua aliran, di mana, tenaga pengajar yang terlatih adalah mencukupi. Sistem ini juga menekankan keperluan mempelajari bahasa yang hendak dipelajari bermula daripada darjah satu lagi. Ia juga menekankan aspek pertuturan dan penulisan serentak. Pelajar di sekolah berkenaan dikehendaki bertutur dalam bahasa aliran sekolah tersebut, dan pengawas di beri kuasa untuk menangkap dan mendenda pelajar yang melanggar undang-undang ini. Maka tidak hairanlah apabila mereka yang keluar daripada sekolah aliran Inggeris, walaupun hanya sehingga darjah enam sahaja, dapat pula menjadi guru dan mengajar murid-murid baru dalam masa yang sama.

Sistem yang telah berjaya ini telah di ubah oleh pencinta bahasa dan memaksa kerajaan untuk menggunakan sistem aliran bahasa kebangsaan. Namun, sekolah Cina dan India di beri kebebasan untuk memilih bahasa ibunda mereka. Maka, bermula dari zaman tersebut, pelajar-pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa kedua mula berleluasa dan natijahnya, terpinggir apabila memasuki bidang pekerjaan.

Seharusnya, sistem dua aliran ini harus di kaji semula, dan sekiranya mendatangkan kebaikan jangka masa panjang, ianya mestilah digunakan kembali. Sekurang-kurangnya, rakyat Malaysia di beri pilihan untuk menentukan masa depan anak-anak mereka di dalam bidang pelajaran. Selebihnya, terserah kepada daya usaha pelajar-pelajar tersebut untuk cemerlang di dalam bidang yang mereka pelajari.

Tuesday, July 21, 2009

PPSMI diulangi

Setelah kerajaan bercadang memansuhkan PPSMI, tiba-tiba kedengaran suara-suara yang menangisi kematian PPSMI serta mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan semula keputusan tersebut. Di samping itu juga, Kementerian Pelajaran telah membuka nombor talian cadangan atau pun aduan berkenaan PPSMI untuk menerima pendapat orang ramai berkenaan langkah pemansuhan ini.

Kerajaan nampaknya masih tidak mempelajari daripada sejarah mengenai menukar semula keputusan yan telah dicapai oleh jemaah menteri, tanpa mengambil kira kos tenaga, masa dan duit ringgit yang telah dikeluarkan untuk memansuhkan PPSMI. Kini, apabila kerajaan membuka talian cadangan dan aduan tersebut, langkah ini di lihat seperti hendak menghidupkan semula PPSMI, tetapi dalam bentuk lain.

Rakyat, sayugia, janganlah dipersalahkan apabila berbicara bagaimana struktur dan perjalanan Kementerian Pelajaran bertukar angin apabila kementerian tersebut menerima menteri baru. Rakyat juga akan terpalit dengan konotasi negetif apabila akan mengaitkan sebarang langkah penukaran PPSMI kepada perancangan menteri baru untuk menjadikan isu ini sebagai mesin mencetak duit.

Bayangkan, kontrak buku baru yang bakal keluar. Adakah buku lama tidak lagi relevan? Adakah perlu matapelajaran baru, yang bakal menyaksikan Bahasa Inggeris digunakan sepenuhnya di dalam matapelajaran tersebut? Kita hanya dapat melihat dan menjadi penyokong pinggiran, di mana, kebanyakan kata putus akan ditentukan oleh pihak jemaah menteri. Maka, rakyat sekali lagi akan memerhatikan tingkah laku menteri pelajaran baru, samada langkahnya sebagai pahlawan, atau pun langkahnya sumbang.

Tuesday, July 14, 2009

Monopoli AP

Seorang rakan yang berkecimpung di dalam industri permotoran mewah berbentuk kenderaan baik pulih (refurbished unit) telah mengadu bagaimana pemilik Automotive Permit (AP) telah mengaut keuntungan yang begitu besar sehingga ke RM40,000 sebuah AP tanpa perlu bersusah payah untuk membuat sebarang jualan.

Sistem ini telah dimonopoli oleh sekumpulan syarikat yang berkerjasama secara rapat untuk memastikan pegangan kuota AP ini kekal di tangan mereka, dengan menggunakan pelbagai cara, sehinggakan menteri yang berkenaan dengan pengeluaran AP juga tidak mempunyai kuasa untuk mengubah status quo yang telah sedia diketahui oleh industri permotoran mewah.

Rakan yang juga mempunyai sebuah syarikat kereta mewah yang cukup terkenal di Kuala Lumpur telah cuba untuk menembusi pasaran AP tersebut dengan memohon AP secara terus kepada MITI, tetapi amat mendukacitakan apabila pegawai berkenaan mengeluarkan pertanyaan berkenaan jumlah AP yang telah di beli oleh beliau, untuk memastikan bahawa beliau adalah peniaga tulen. Beliau bertanya kembali kepada pegawai tersebut agar memeriksa Letter of Undertaking (LOU) di bawah nama siapa? Sudah tentulah banyak di bawah nama beliau.

LOU ini penting kerana penama akan menerima pembayaran daripada bank berdasarkan pemegang LOU, iaitu tuan empunya kereta. Setelah beliau menegur pegawai MITI berkenaan, minggu berikutnya, satu arahan telah dikeluarkan kepada semua bank agar LOU dikeluarkan ke atas pengeluar AP.

Secara tidak langsung, pembeli seperti rakan tersebut perlu menerima bayaran ke atas kenderaan kepunyaannya menggunakan nama pihak ketiga. Tiada jaminan secara hitam putih yang dapat menyatakan bahawa kenderaan tersebut miliknya kerana LOU kini mesti dikeluarkan kepada pemegang AP. Sesuatu yang pelik juga, ibarat anak kita kena dibinkan kepada orang lain, wal hal, itu adalah anak kita sendiri!

Tuesday, July 7, 2009

GLC Komisyen

Proton baru-baru ini memperkenalkan skim tukaran kenderaan dengan model baru keluarannya. Sesiapa yang menukarkan kenderaan sedia ada kepada model Proton akan di beri penawaran sebanyak RM5,000.00. Kini, terdapat 15,000 kenderaan terpakai dalam simpanan Proton di dalam proses pelupusan.

Menerusi sumber terdekat, UEM telah berjaya memperolehi 3,000 unit untuk dilupuskan. Amat dikesali pula, bilamana kenderaan-kenderaan ini yang di beli pada harga RM500 akan di lelong secara tender terbuka dengan jangkaan keuntungan pada kadar purata sebanyak RM500. Keuntungan atas angin sebanyak RM250,000. Suatu angka yang boleh dibanggakan apabila tidak perlu bersusah payah mengeluarkan peluh kering.

Walaubagaimana pun, terdapat satu lagi bidaan daripada syarikat persendirian pada harga yang sama kepada Proton dengan tujuan mewujudkan industri kecil hiliran menerusi operasi kitar semula besi-besi kereta terpakai ini untuk dileburkan dan di jual semula kepada Proton pada kadar yang berpatutan.

Objektif syarikat ini lebih murni kerana ia menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini dan menjana kitaran ekonomi setempat. Sekiranya langkah ini didapati lebih menguntungkan, Proton seharusnya memberikan lebihan stok keretanya kepada syarikat persendirian ini.

Sunday, June 28, 2009

MJ Islam?

Seorang Lagenda Pop yang di beri jolokan King of Pop, Micheal Jackson (MJ), telah meninggal dunia dan memberi kesan seakan-akan gelombang tsunami kepada industri muzik. Kebetulan Farah Fawcett, bintang terkenal rancangan penyiasatan TV Charlie's Angle di era 80an dahulu juga meninggal dunia pada hari yang sama.

Kematian MJ bagaimana pun memberi kesan yang besar kepada para peminatnya dan mempunyai nilai berita yang sangat tinggi. Cerita kematiannya disiarkan oleh hampir kesemua media antarabangsa, dan ada antaranya yang membuat ruangan khusus untuk mengimbau kembali kisah hidup penyanyi lagenda ini.

Tidak terkecuali TV8, yang menyediakan slot khas A Tribute to Micheal Jackson, dengan menyiarkan klip video lagu-lagu MJ. Begitulah bila seseorang yang tersohor membudayakan hendonisma meninggal dunia, di beri penghormatan oleh sebuah stesen television di sebuah negara Islam bernama Malaysia. Namun, amat menyedihkan apabila kematian pejuang-pejuang Islam di serata dunia hanya di beri ruang 1 ke 2 minit di dalam segmen berita luar negara.

Stesen television Malaysia seharusnya menerapkan cara kehidupan Islam dan meniupkan roh Islam dengan meyiarkan dokumentari tentang pengorbanan yang telah dilalui oleh para Nabi, Rasul, pejuang Islam masa kini dan juga cerita-cerita kejayaan umat Islam. Antara rancangan yang media boleh ketengahkan adalah pertandingan yang menyediakan peluang perniagaan kepada umat Islam dengan di bimbing oleh usahawan berjaya yang mengamalkan perniagaan dan kehidupan secara Islam.

Berbalik kepada kisah MJ, antara kontrovesi yang hangat diperkatakan adalah MJ mati sebagai Islam. Pernah suatu ketika, ruang maya menyiarkan berita tentang keislaman MJ, yang turut disaksikan oleh Yusuf Islam, yang juga dikenali sebagai Cat Steven suatu masa dahulu. Walaubagaimana pun, menerusi kenyataan rasmi terkini blog Yusuf Islam, beliau menafikan menjadi saksi keislaman kepada MJ.

Berita rasmi juga tidak menyiarkan laporan berkenaan pengislaman MJ, dan pihak keluarga MJ juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan perkara ini setelah kematian MJ. Sekali umat Islam dihidangkan dengan berita seperti ini, seseorang yang tersohor memeluk Islam, tetapi diragui kesahihannya.

Tersedu-sedulah si cilik Islam yang mengagungi MJ kerana seorang King of Pop Islam telah kembali ke rahmatullah. Begitu juga dengan ribuan lagi peminatnya yang menghantar sms agar terpapar di ruang kaki TV, menghambur jutaan ringgit demi menyatakan perasaan sedih mereka.

Namun, si cilik Islam tersebut akan terpinga-pinga jika di beritahu Yusof Qadrawi, misalnya, meninggal dunia. Malah, mungkin si cilik berkenaan akan tertanya-tanya, siapa Yusof Qadrawi ini?