Showing posts with label adun. Show all posts
Showing posts with label adun. Show all posts

Saturday, April 24, 2010

MP/ADUN mati untuk pembangunan

Sesebuah kawasan di Malaysia akan melihat kadar pertumbuhan pembangunannya akan naik mendadak apabila pilihanraya kecil diadakan, akibat kekosongan kerusi berkenaan selalunya kerana kematian penyandangnya.

Pada masa itu, seluruh jentera BN akan berkampung dan berpesta di mukim tersebut, di samping menabur pelbagai projek segera untuk memikat hati para pengundi.

Konsep BN ini telah diguna-pakai sejak sekian lamanya, tanpa mendapat pandangan kritikal dari rakyat berkenaan kaedahnya.

Betapa berjuta-juta ringgit wang rakyat telah dikorbankan demi me"rasuah" para pengundi, di samping meng"kaya"kan kroni-kroni mereka yang memperolehi projek tersebut.

Tanpa segan silu, semalam di televisyen, Aziz Sheikh Kadir telah memaklumkan bagaimana sebatang jalanraya sepanjang 1.6 km tidak dapat di bina oleh Kerajaan Selangor, walaupun peruntukan telah di beri.

Beliau menyatakan, BN sahaja yang dapat berbuat demikian atas dasar perihatin kepada pekerja-pekerja estet yang kelihatan berseri-seri muka mereka, menghamburkan ucapan terima kasih kepada Aziz.

Umum ketahui, selagi kerajaan persekutuan di pegang oleh BN, kerajaan negeri di bawah PR tidak di beri bantuan kewangan seperti sebelumnya, malah di sekat.

Dengan kewangan yang terhad, sudah tentu projek pembangunan juga turut terjejas.

Cuma yang menjadi persoalannya, selama 50 tahun BN memerintah kawasan estet tersebut, kenapa baru sekarang jalan sejauh 1.6 km itu dapat di bina?

Terbaru, Najib menjanjikan RM50,000 kepada bekas peneroka Felda Sg Buaya, dalam bentuk tunai sebanyak RM1,000, manakala bakinya dalam bentuk bank draf.

Baki untuk mencukupkan jumlah pampasan yang dianggarkan melebihi RM160 ribu untuk seorang peneroka akan di beri, dengan syarat, BN menang di Hulu Selangor.

Peruntukan tersebut adalah daripada kerajaan persekutuan, dalam lain makna, wang rakyat.

Diri sebeginikah yang wajar di angkat sebagai pejuang tulin rakyat?

Nampaknya, kalau rakyat hendakkan kemajuan, doakanlah selalu agar MP atau ADUN kawasan mereka mati cepat!

Monday, May 11, 2009

Nizar sah MB Perak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengesahkan bahawa Nizar adalah MB Perak yang sah serta telah menolak permohonan Zambry untuk menolak perintah tersebut sementara menunggu rayuan. Zambry yang telah menduduki pejabat MB Perak secara haram terpaksa akur dengan keputusan mahkamah tinggi Kuala Lumpur dan melepaskan jawatan haram tersebut.

Nizar di jangka mengadap Sultan Azlan untuk membubarkan DUN Perak agar satu pilihanraya baru dapat diadakan supaya kuasa menentukan mandat memerintah diserahkan semula kepada rakyat untuk diadili.

Kerajaan haram BN kini bergolak kencang dengan para ADUNnya resah gelisah menantikan keputusan yang bakal di buat oleh rakyat Perak. Tidak mustahil dengan segala kemelut politik yang telah di cipta oleh kerajaan haram BN, BN tumbang secara total di Perak.

Petanda ini dapat di lihat daripada sokongan rakyat kepada Nizar semasa PRK Bukit Gantang yang lalu. Kemelut ini di jangka berakhir apabila Nizar mengusulkan pembubaran DUN kepada Sultan Azlan tidak lama lagi.

Monday, April 20, 2009

SUK Perak lawan towkey

SUK Perak telah mengeluarkan arahan persidangan DUN Perak dengan membelakangi Sivakumar, yang tidak tahu menahu langsung berkenaan arahan tersebut. Kuasa eksekutif telah sekali lagi mencerobohi kuasa DUN di mana pada kali pertama, SUK telah mengumci bangunan SUK sehingga memaksa ADUN Perak mengadakan sidang dewan di bawah sebatang pokok.

Betapa memualkan apabila jentera kerajaan negeri digunakan oleh kuasa eksekutif demi tujuan politik dengan memijak lumat kuasa speaker dewan. Pandikar Amin tentu tidak akan membiarkan keadaan seperti ini berlaku di dewan rakyat yang mulia itu.

Atas dasar apakah Sivakumar perlu mendapat arahan daripada SUK. Bukankah sepatutnya Sivakumar yang mengeluarkan arahan. Nampaknya SUK dah lawan towkeynya dengan mengikut telujuk kuasa eksekutif. Pemisahan kuasa yang jelas ini telah dicerobohi kesuciannya oleh penggila dan perampok kuasa.

Perlukah Sivakumar menerima SUK seperti ini dan mendiamkan diri terhadap kelakuan yang begitu jijik di mata masyarakat antarabangsa. Tidak menghairankan sekiranya Sivakumar melantik SUK baru untuk menerajui ADUN Perak mengikut lunas-lunas yang telah tersedia.