Sunday, October 11, 2009
Desirkata
Islam adalah agama syumul yang diakui oleh Allah sebagai penutup segala cara hidup yang telah diturunkan oleh Allah. Ridhuan dalam nukilan mingguannya menerusi Mingguan Malaysia mempertahankan hukum Allah, bilamana, sekiranya terdapat pertembungan di antara kepentingan Allah dan kepentingan hak asasi manusia, sebagai umat Islam, kepentingan Allah perlu ditegakkan. Maka, adalah dikhuatiri perjuangan SIS yang membawa nama Islam (Sisters In Islam) dengan menyokong JAG membabi buta di dalam kes Kartika, akan menghakis dari segi akidah pemimpin tertinggi SIS.
Ada pihak menyatakan bahawa, Islam itu amatlah bersederhana di dalam segala segi, hinggakan sekiranya pembunuh dimaafkan oleh keluarga mangsa, pembunuh berkenaan akan dibebaskan, di mana, Islam menonjolkan toleransi yang amat tinggi di dalam hubungan hablum minannas sebelum hablum minallah mengambil tempatnya. Dan, Allah juga MAHA pengampun, kecuali perkara yang berkaitan dengan syirik kepadaNYA. Subhanallah.
Terdapat perlanggaran bilamana Islam kini di serang dari pelbagai sudut, dan penganut Islam samada secara sedar atau tidak, terpalit dengan permainan licik Iblis dan Syaitan, dan juga manusia bertopengkan kedua-duanya. Najib perlu membuat keputusan yang tepat di dalam hal ini supaya kelak tidak dipersoalkan di hadapan Allah berkenaan keputusan beliau nanti.
Najib Hadiah Rumah untuk Rakyat
Syabas kepada Najib kerana telah merealisasikan ikrar 100 hari beliau untuk menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat termiskin. Sebanyak 44,146 rumah awam akan di jual kepada rakyat Malaysia. Kini, Najib perlu memastikan ketelusan di dalam penjualan rumah-rumah ini, dan menghebahkannya di dada-dada akhbar berkenaan nama-nama pemohon yang berjaya.
Janganlah tindakan yang murni ini di cemar oleh tindakan orang bawahan yang menangguk di air yang keruh, bilamana, pada masa-masa yang lepas, rumah-rumah ini hanya berkitar di kalangan pengikut UMNO sahaja, dan terdapat jugak Dato'-Dato' yang memiliki rumah DBKL untuk disewakan pula kepada orang lain. Akibatnya, yang kaya semakin kaya, yang miskin terus tertindas.
Najib di harap akan ikhlas di dalam pemberiannya, kerana rakyat kini amat kritikal di dalam penilaian mereka, terutama sekali kumpulan muda berumur 40 tahun ke bawah, yang merupakan majoriti pengundi pada PRU ke 13 nanti.
UMNO akan tampil berbeza, Muhyiddin
Muhyiddin Yassin dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia menyatakan UMNO perlu berubah atau bersedia untuk dikuburkan. Mahathir sudah lama membuat teguran berkenaan perkara ini menerusi blog beliau. PR pula dari masa ke semasa, sentiasa mengetengahkan kebobrokan UMNO pada masa kini dan lampau. Sudah begitu banyak teguran di beri kepada pengikut UMNO, termasuk Nik Aziz yang menyatakan penyokong UMNO adalah ahli neraka, kerana memperjuangkan dasar assobiyah.
UMNO perlu disakai sebelum dapat berubah, kerana dengan kekalahan teruk di dalam PRU ke 12, kebanyakan para pemimpinnya masih terbawa-bawa dengan sikap ego mereka yang lama. Tidak di kira lagi dengan rasuah yang berleluasa sehinggakan Isa Samd yang telah terbukti melakukan rasuah politik masih boleh lagi di pilih sebagai calon PRK di Bagan Pinang. Samada Najib tidak menyedari tanda-tanda terkuburnya UMNO nanti, atau beliau masih lagi berada di zon selesa.
UMNO bukan hanya perlu menampakkan kebersihannya, tetapi benar-benar bersih, sekiranya masih ingin menerajui Malaysia selepas PRU ke 13. Jika sekadar lakonan yang dipertontonkan, bersedialah untuk menhidupkan jet peribadi masing-masing apabila Malaysia di perintah oleh PR nanti.
MCA tolak Presiden dan Timbalan Presiden
MCA telah membuat kejutan dengan menolak Presiden dan Timbalan Presiden sedia ada. Masyarakat kiasu seperti yang digambarkan oleh Ridhuan Tee Abdullah ini sangat peka mengenai iklim politik semasa dan tidak teragak-agak untuk membuat tindakan drastik sekiranya perlu. Kejutan ini memang di jangka apabila kuasa ketiga bersedia untuk menyelamatkan MCA setelah mempelajari daripada kekalahan semasa PRU ke 12.
Ahli UMNO juga mesti mengambil tindakan yang drastik di dalam perhimpunan agungnya yang bakal diadakan pada 13 Oktober nanti, itu pun sekiranya mereka mengambil pelajaran daripada sejarah. Lihat bagaimana masyarakat kiasu ini menegakkan kebenaran sekiranya kebatilan timbul. Sebagai orang Islam, ahli UMNO perlu lebih nekad daripada apa yang telah dilakukan oleh ahli MCA.
Thursday, April 16, 2009
Mana satu: One Nation atau One Umno?
| Shirzad Lifeboat Wed | Apr 15, 09 | 9:41:25 pm MYT Harakah | |
| Slogan brainchild Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak belum pun lagi berusia sebulan. Namun walau apa sekalipun yang dimaksudkan oleh beliau atau difahami oleh rakyat mengenai slogan tersebut, ia sudahpun menunjukkan tanda-tanda terdapatnya kekeliruan dan ketidak-terimaan rakyat mengenainya. Jika apa yang dimaksudkan oleh Najib adalah kesatuan dan kebulatan pemikiran rakyat dalam mengharungi pelbagai cabaran yang berpunca dari faktor luaran seperti kesan krisis ekonomi global, maka sudah tentu rakyat akan bersama Najib sekiranya ekonomi dalam negeri bersabit pengguna, gaji dan sebagainya diperbetulkan terlebih dahulu oleh pentadbiran beliau dan rasuah serta pembaziran wang awam, penyalahgunaan kuasa dan political patronage dalam pemberian semua jenis kontrak kerajaan, seperti dalam kes pembelian tanah, pembinaan dan pengurusan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang dan pemberian kontrak bot peronda Tentera Laut Malaysia dihentikan dan mereka yang terlibat di bawa ke muka pengadilan. Namun sekirannya Najib mahukan kesatuan sedemikian dari rakyat dalam suasana rakyat masih marah dan tidak berpuashati dengan kerajaan UMNO-BN di atas perkara yang dikatakan itu, maka cita-cita aka slogan Najib mengenai One Nation akan merupakan tidak lebih dari satu slogan yang bakal menerima nasib yang sama sebagaimana slogan beberapa Perdana Menteri terdahulu. One Nation adalah perkataan besar dan kerja yang hendak dibuat bagi mencapai matlamat yang seperti ditakrifkan oleh Najib juga sebesar. Namun persoalannya apakah Najib boleh melakukannya apabila matlamat One Umno pun masih lagi begitu huru-hara. Di Terengganu, beberapa orang ADUN Umno-BN dikatakan mahu membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar mereka yang juga dari Umno dan di Perlis, mantan Menteri Besar yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri mahukan kembali jawatan MB sedangkan Menteri Besar pula mahukan jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri. Di peringkat BN pula, beberapa orang tokoh dari parti komponen sudah menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai perlantikan atau tidak perlantikan pemimpin mereka dalam kabinet Najib. Nampaknya masih banyak yang perlu dilakukan oleh Najib untuk mewujudkan One Umno dan One BN. Najib tentu lebih maklum One Nation tidak mungkin tercapai sekiranya parti dan gabungan parti yang sepatutnya menggalas tanggungjawab mencipta One Nation ini masih terus berpecah-belah tanpa kesatuan pemikiran jitu. - mks. _ |