Showing posts with label Tun. Show all posts
Showing posts with label Tun. Show all posts

Friday, October 23, 2009

Bekas 2 ahli DUN PKR Perak bebas?

Isu rasuah bekas 2 ahli DUN PKR di Perak mencuit hati. Saksi utama telah memberi kenyataan yang bercanggah ke atas pertuduhan dengan mengaku berbohong kepada SPRM. Maka, mahkamah berkemungkinan akan membuang kes tersebut berdasarkan keterangan terbaru.

Najib sangat licik, dan kelicikan tersebut terserlah di dalam kes ini. Diharap, agar kelicikan yang tiada bandingannya ini dapat disalurkan pula kepada penjanaan ekonomi rakyat agar bukan sahaja dapat memanafaatkan dirinya sahaja, malah, kepada rakyatnya jua.

Jadi seperti Tun, walau pun kekayaannya melimpah ruah, mereka yang di sekeliling beliau dan rakyat Malaysia secara amnya, menikmati kek ekonomi yang melimpah-ruah. Ramai anak-anak Melayu yang berjaya di hantar oleh pentadbiran Tun melanjutkan pelajaran ke luar negara!

Tuesday, April 21, 2009

Tok Det marah media

Tok Det (Mahathir Mohammad) telah kembali ke persada media apabila menyertai semula UMNO baru-baru ini. Beliau mendapat liputan siaran berita sejak akhir-akhir ini, di mana kita menyaksikan, Mukhriz juga turut terlantik sebagai Timbalan Menteri Miti di bawah kabinet baru Najib.

Namun, kedengaran berita songsang di sebelah media barat yang menyatakan bahawa "Mahathirism" telah kembali dengan banyak petunjuk menuju ke arah tersebut. Media barat juga seolah-olah secara terancang telah mengaitkan Najib dengan isu rasuah dan pembunuhan seorang rakyat Monggolia.

Siaran media ini turut di tuduh oleh Tok Det di beri maklumat daripada sumber dalaman, dan segalanya demi memenuhi tuntutan politik seseorang. Tok Det menyelar tindakan media barat ini yang melebelkan Najib sebagai pariah yang memerintah sebuah negara dan menuduh satu usaha terancang sedang giat dijalankan untuk menjatuhkan Najib.

Saturday, April 4, 2009

Tun Jean, Tun Abdullah

Abdullah dan isteri beliau, Jean Abdullah telah dianugerahkan gelaran Tun oleh Sultan Mizan yang membawa gelaran Tun Abdullah dan Tun Jean. Teringat kata kata P Ramlee di dalam salah sebuah filemnya, perkataan tun chet terunggkap, yang memaparkan seorang Tun yang tidak mempunyai apa-apa, apabila memperkenalkan dirinya sebagai Tun.

Semoga gelaran Tun yang memastikan tiada dakwaan dapat dikenakan kepada beliau atas dasar kekebalan yang datang bersama gelaran tersebut, akan menyelamatkannya daripada segala tindakan yang terpalit kepada beliau akibat daripada angkara anak menantunya.

Selamat bersara diucapkan kepada Abdullah dan Jean, dan diharapkan masa yang terluang dapat dihabiskan untuk bermain-main dengan anak cucunya.