Showing posts with label Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Abdullah. Show all posts

Saturday, April 4, 2009

Tun Jean, Tun Abdullah

Abdullah dan isteri beliau, Jean Abdullah telah dianugerahkan gelaran Tun oleh Sultan Mizan yang membawa gelaran Tun Abdullah dan Tun Jean. Teringat kata kata P Ramlee di dalam salah sebuah filemnya, perkataan tun chet terunggkap, yang memaparkan seorang Tun yang tidak mempunyai apa-apa, apabila memperkenalkan dirinya sebagai Tun.

Semoga gelaran Tun yang memastikan tiada dakwaan dapat dikenakan kepada beliau atas dasar kekebalan yang datang bersama gelaran tersebut, akan menyelamatkannya daripada segala tindakan yang terpalit kepada beliau akibat daripada angkara anak menantunya.

Selamat bersara diucapkan kepada Abdullah dan Jean, dan diharapkan masa yang terluang dapat dihabiskan untuk bermain-main dengan anak cucunya.

Sejarah pembebasan tahanan ISA berulang

Era Mahathir mula-mula di lantik sebagai Perdana Menteri, langkah pertama yang dilakukan oleh beliau adalah membebaskan tahanan ISA. Apabila Abdullah pula di lantik, beliau juga mengikut jejak langkah yang sama. Kini, Najib pula mengulangi sejarah, cuma skrip beliau tidaklah secanggih yang dikatakan.

Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA dengan serta merta semalam, namun, pagi ini, wakil tahanan ISA tersebut tidak melihat kelibat tahanan ini dibebaskan apabila menunggu mereka di hadapan kem Kamunting.

Walau bagaimana pun, sumber yang di petik daripada Malaysiakini, memaklumkan Musa Hassan membuat pengumuman bahawa semua tahanan tersebut akan dibebaskan esok memandangkan proses dokumentasi masih belum diselesaikan.

Adalah molek apabila pengumuman pembebasan serta merta semalam diikuti oleh pelepasan tahanan tersebut pada pagi ini. Barulah kecekapan dan kata-kata Najib boleh di pegang, lalu, menaikkan faktor kebaikan Najib.

Friday, March 27, 2009

Kebebasan Akhbar Di Malaysia

Akhbar di Malaysia telah melalui suatu proses mendewasakan kebebasannya untuk menyiarkan berita melalui perpagai fasa. Terkini, di bawah pemerintahan Abdullah, akhbar di lihat lebih bebas daripada pemerintahan terdahulu. Walau bagaimana pun, usaha tersebut berhadapan dengan batu penghalang apabila Najib yang baru sahaja sehari memegang kerusi Presiden UMNO telah mengamalkan kembali order lama, yang menyaksikan kebebasan suara pihak akhbar di sekat semahunya.

Seolah-olah, ucapan dan pesanan terakhir Abdullah yang disaksikan sendiri secara berdepan oleh Mahathir, tidak membawa apa-apa erti kepada bakal Perdana Menteri yang baru ini. Kekangan terbaru yang dapat di lihat dalam industri surat khabar menunjukkan order lama ini telah mengambil tempat. Harakah dan Suara Keadilan menerima tempiasnya apabila di gantung 3 bulan.

Wartawannya juga di larang daripada membuat liputan di dalam pilihanraya kecil (PRK) yang bakal diadakan pada 7 hb. April nanti. Terkini, permohonan 2 wartawan daripada Harakah untuk mendapatkan kad media daripada Suruhanjaya Pilihanraya Kedah telah di tolak pada mulanya kerana mendapat arahan daripada Kementerian Penerangan agar tidak mengeluarkan sebarang kad media kepada kedua-dua akhbar ini. Warta Darulaman juga menyaksikan wartawannya tidak di layan untuk mendapatkan kad media untuk membuat liputan PRK nanti.

Kepandaian salah seorang wartawan Harakah berhujah menyaksikan hanya permohonan beliau sahaja yang di terima untuk di proses, namun, belum ada kata putus untuk membenarkan beliau untuk bertugas semasa PRK kelak. BN benar-benar mengulangi sikap bobroknya yang sentiasa mengenakan tekanan kepada pihak lawan dan tidak berusaha untuk memenangi hati rakyat dengan berbakti setulus ikhlas yang mungkin, demi kesejahteraan rakyat secara umum.

Kebebasan akhbar yang telus selama ini dengan lantang di laung dan di perjuangkan oleh Abdullah telah dibakul-sampahkan oleh Najib dalam sekelip mata. Akhbar terus menjadi agen parti pemerintah dengan sepenuhnya menghala usaha mereka ke arah memperlekeh dan memperkecilkan keupayaan parti pembangkang di dalam mentadbir negara. Perbuatan memualkan ini akan menjadi duri dalam daging apabila rakyat sendiri akan menjadi bosan dengan retorik yang dimainkan. Janganlah suatu hari nanti, para pembaca akhbar beralih arah dan tidak lagi akan mempercayai sepenuhnya segala berita yang disiarkan oleh media kerajaan ini.