Showing posts with label ISA. Show all posts
Showing posts with label ISA. Show all posts

Saturday, April 4, 2009

Sejarah pembebasan tahanan ISA berulang

Era Mahathir mula-mula di lantik sebagai Perdana Menteri, langkah pertama yang dilakukan oleh beliau adalah membebaskan tahanan ISA. Apabila Abdullah pula di lantik, beliau juga mengikut jejak langkah yang sama. Kini, Najib pula mengulangi sejarah, cuma skrip beliau tidaklah secanggih yang dikatakan.

Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA dengan serta merta semalam, namun, pagi ini, wakil tahanan ISA tersebut tidak melihat kelibat tahanan ini dibebaskan apabila menunggu mereka di hadapan kem Kamunting.

Walau bagaimana pun, sumber yang di petik daripada Malaysiakini, memaklumkan Musa Hassan membuat pengumuman bahawa semua tahanan tersebut akan dibebaskan esok memandangkan proses dokumentasi masih belum diselesaikan.

Adalah molek apabila pengumuman pembebasan serta merta semalam diikuti oleh pelepasan tahanan tersebut pada pagi ini. Barulah kecekapan dan kata-kata Najib boleh di pegang, lalu, menaikkan faktor kebaikan Najib.

Friday, April 3, 2009

Tahanan ISA dibebaskan

Najib yang baru-baru ini telah di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam telah mengambil pendekatan memenangi hati rakyat dengan membebaskan 2 orang tahanan Hindraf di bawah tahanan ISA. Manakala 1 lagi tahanan Jemaah Islamiah Malaysia ( JIM ) turut dibebaskan bersama 3 rakyat asing dan 7 tahanan Darul Islam, menjadikan kesemua jumlah tahanan yang dibebaskan seramai 13 orang.

Tindakan ini di jangka akan memberi ruang untuk BN di bawah pemerintahan Najib memaparkan perubahan sikap dan tindakan yang melambangkan kebaikan hati dan perilaku Najib. Ia juga di jangka akan membuka hati para pengundi India untu menyokong kembali BN di dalam 3 PRK pada 7 hb. April nanti.

Langkah ini sememangnya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang mencintai keamanan, walau pun segelintir masih berasa syak wasangka kepada tindakan udang di sebalik batu, kerana menjangkakan ini hanyalah sementara. Seusai 7 hb. April, kemungkinan satu operasi besar-besaran akan dilaksanakan, sepertimana operasi Lalang, yang menyaksikan ramai pihak pembangkang di sumbat ke dalam kem Kamunting.

Sekiranya Najib ikhlas, beliau perlu membebaskan semua tahanan ISA, terutama sekali tahanan politik. Langkah ini sahaja akan benar-benar menunjukkan keikhlasan Najib di dalam merubah corak pemerintahan order lama.