Showing posts with label Perdana Menteri. Show all posts
Showing posts with label Perdana Menteri. Show all posts

Thursday, April 23, 2009

Tingkat 4 versi Najib

Mahathir mengecam hebat peranan tingkat 4 semasa era Abdullah memerintah. Sekelompok individu yang dikatakan menduduki tingkat 4 tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan atau pun parti politik, mempunyai kuasa penuh untuk menjadi penghubung dengan PM.

Sekiranya tuntutan mereka ini tidak dipenuhi, maka jangan berharaplah dapat berjumpa Abdullah. Begitu sekali kuasa yang berada di tangan mereka, juga tidak perlu diketahui mengenai percaturan politik yang mereka buat demi menjalankan bidak-bidak catur permainan mereka sewenang-wenangnya, wiama orang kerajaan dan menteri sekali pun di bawah kekuasaan mereka.

Kecaman hebat Mahathir dan kekhuatiran beliau bahawa fenomena ini akan berulang di bawah pemerintahan Najib nampaknya berasas. Tingkat 4 kini dikuasai oleh orang baru, namun dengan modus operandi yang sama. Adakah mereka tidak belajar dari sejarah kejatuhan Abdullah yang menyaksikan bagaimana tingkat 4 telah menyebabkannya tersungkur.

Najib ada hanya 3 tahun untuk mendengar dan mengamalkan amanat Abdullah, jangan gunakan order lama sekiranya hendak memastikan kelangsungan UMNO-BN. Amanat tersebut merupakan sesuatu yang ikhlas daripada Abdullah, yang secara peribadinya, masih sayang kepada UMNO.

Andai kata Najib hanya memikirkan bagaimana hendak memenuhkan kantungnya dan Rosmah sahaja, bermakna, teruskanlah dengan agenda tingkat 4 ini, dan tunggu saat kejatuhan di mana UMNO-BN akan terus berkubur dengan order lamanya.

Saturday, April 4, 2009

Sejarah pembebasan tahanan ISA berulang

Era Mahathir mula-mula di lantik sebagai Perdana Menteri, langkah pertama yang dilakukan oleh beliau adalah membebaskan tahanan ISA. Apabila Abdullah pula di lantik, beliau juga mengikut jejak langkah yang sama. Kini, Najib pula mengulangi sejarah, cuma skrip beliau tidaklah secanggih yang dikatakan.

Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA dengan serta merta semalam, namun, pagi ini, wakil tahanan ISA tersebut tidak melihat kelibat tahanan ini dibebaskan apabila menunggu mereka di hadapan kem Kamunting.

Walau bagaimana pun, sumber yang di petik daripada Malaysiakini, memaklumkan Musa Hassan membuat pengumuman bahawa semua tahanan tersebut akan dibebaskan esok memandangkan proses dokumentasi masih belum diselesaikan.

Adalah molek apabila pengumuman pembebasan serta merta semalam diikuti oleh pelepasan tahanan tersebut pada pagi ini. Barulah kecekapan dan kata-kata Najib boleh di pegang, lalu, menaikkan faktor kebaikan Najib.

Friday, April 3, 2009

Tahanan ISA dibebaskan

Najib yang baru-baru ini telah di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam telah mengambil pendekatan memenangi hati rakyat dengan membebaskan 2 orang tahanan Hindraf di bawah tahanan ISA. Manakala 1 lagi tahanan Jemaah Islamiah Malaysia ( JIM ) turut dibebaskan bersama 3 rakyat asing dan 7 tahanan Darul Islam, menjadikan kesemua jumlah tahanan yang dibebaskan seramai 13 orang.

Tindakan ini di jangka akan memberi ruang untuk BN di bawah pemerintahan Najib memaparkan perubahan sikap dan tindakan yang melambangkan kebaikan hati dan perilaku Najib. Ia juga di jangka akan membuka hati para pengundi India untu menyokong kembali BN di dalam 3 PRK pada 7 hb. April nanti.

Langkah ini sememangnya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang mencintai keamanan, walau pun segelintir masih berasa syak wasangka kepada tindakan udang di sebalik batu, kerana menjangkakan ini hanyalah sementara. Seusai 7 hb. April, kemungkinan satu operasi besar-besaran akan dilaksanakan, sepertimana operasi Lalang, yang menyaksikan ramai pihak pembangkang di sumbat ke dalam kem Kamunting.

Sekiranya Najib ikhlas, beliau perlu membebaskan semua tahanan ISA, terutama sekali tahanan politik. Langkah ini sahaja akan benar-benar menunjukkan keikhlasan Najib di dalam merubah corak pemerintahan order lama.

Sunday, March 22, 2009

Bila Zahid Bersuara

Zahid Ibrahim telah mencadangkan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong agar tidak melantik Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ianya telah mendapat liputan yang meluas di media cetak dan mendapat komen yang pelbagai dari ramai pucuk pimpinan UMNO. Sesuatu yang tak di duga bakal terjadi apabila Anwar dan Abdullah juga telah bertemu di dalam suatu majlis tempoh hari dan diperkatakan bahawa, suatu perbincangan ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan sedang dijalankan.

Kenyataan ini telah menyebabkan Zahid di dakwa sebagai "katak" yang tidak mempunyai pegangan oleh Mahathir dan keluar sebagai kenyataan dari seseorang yang dianggap sekutu kepada Anwar. Najib kini berdepan dengan situasi yang amat sukar bilamana terdapat banyak suara-suara yang menentang beliau daripada menerajui Malaysia selepas pemilihan UMNO kelak.

Najib juga mempunyai pelbagai tanggapan serong dari masyarakat yang perlu dibersihkan pada masa yang sama. Namanya terpalit dengan tuduhan kes pembunuhan, komisen yang berjuta-juta, dan pelbagai lagi, termasuklah serangan peribadi kepada isteri beliau, Rosmah. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah pemahsyuran seorang Perdana Menteri Malaysia, bakal calon berhadapan dengan begitu banyak kontroversi yang perlu diselesaikan.