Kalaulah benar, sejadah yang disiarkan menerusi berita TV3, berdiri di surau SK Tok Sangkut, Pasir Mas, iktibar yang dapat di ambil adalah, manusia mestilah lebih lagi. Namun sekiranya kejadian tersebut adalah perbuatan manusia, ianya juga menjurus ke arah mengingatkan sesama kita untuk sujud dan bertakwa kepada Allah s.w.t.
Secara saintifiknya, perkara berdirinya sejadah ini perlulah direkodkan untuk mengetahui kesahihan perkara tersebut, di mana, kejadian dari mula proses sejadah tersebut membentuk kepada apa yang dapat di lihat di kaca tv. Sekiranya rekod bagaimana kejadian ini terbentuk tidak dapat diadakan, maka sains tidak dapat menerimanya secara empirikal ( inilah contoh bahasa malaysia yang telah dimelayukan ).
Berita kita jarang menyiarkan berita yang menyediakan peluang kepada rakyat kebanyakan, dan juga, berita kejayaan yang bakal membakar semangat orang lain yang ingin mengikut jejak langkah mereka yang telah berjaya ini.
Berita menjadi sensasi apabila ada wakil rakyat melawat rakyat termiskin dan berjanji untuk memberikan bantuan, dan acap kali pula, berita-berita sebegini disiarkan dekat dengan tempoh pilihanraya, samada pilihanraya kecil atau pilihanraya umum.
Nilai berita di lihat daripada bagaimana ianya menyentuh emosi para penonton. Berita yang bernilai pula acapkali berupa peringatan seperti kemalangan, juga betapa pihak jabatan kerajaan yang menjalankan tugas mereka dengan mengadakan sekatan-sekatan jalanraya ke atas penunggang motosikal yang berkelakuan membahayakan pemandu lain.
Bukankah itu tugas hakiki jabatan berkenaan, kenapa pula perlu dihebohkan sebagai nilai berita. Sebagai kesimpulan, berita Malaysia perlu mencorakkan acuannya yang tersendiri, tanpa mengikut mana-mana etika berita dari negara-negara lain. Barulah ketelusan berita dapat diadakan dan kita dapat mencipta sesuatu yang baru di dalam bidang pemberitaan.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment