1Malaysia sedang menantikan apa yang bakal dihadiahkan oleh Najib kepada rakyat pada pembentangan belanjawan beliau tidak lama lagi.
Sekiranya motto Najib diguna-pakai, "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan", rakyat akan menikmati durian runtuh seperti pengecualian cukai pendapatan, penurunan cukai jalan, pengurangan tol, menaikkan bantuan (subsidi?) minyak, dan lain-lain lagi penurunan yang bakal melegakan rakyat.
Manakala prestasi yang perlu diutamakan adalah tahap KPI jabatan-jabatan kerajaan meningkat, dengan lebih banyak projek untuk kebaikan rakyat diadakan, serta memastikan kuasa melipat-ganda (multiplying effect) ekonomi bertambah.
Janganlah pulak di dalam proses tersebut, prestasi poket segelintir kelompok tertentu yang diutamakan pulak. Dan sudah pasti, perbelanjaan ini akan menjadi defisit, tetapi kenapa perlu gusar? Tok guru demokrasi sendiri masih lagi bernafas walaupun dibebani dengan defisit melebihi US$3 trillion.
Apa yang mereka lakukan, hanyalah mencetak lebih banyak US$ untuk kegunaan mereka sendiri, tanpa perlu menyandarkannya kepada nilai emas, seperti sebelum zaman Brenton Wood.
Maka berbondong-bondonglah negara-negara lain membeli kertas yang di cetak dan diletakkan nilai sahaja ke atas kertas tersebut oleh tok guru ini, supaya ekonomi dunia dapat berputar!
Jadi, gunakanlah sepenuhnya belanjawan kali ini untuk membuktikan cogankata anda adalah benar.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment