Seorang Lagenda Pop yang di beri jolokan King of Pop, Micheal Jackson (MJ), telah meninggal dunia dan memberi kesan seakan-akan gelombang tsunami kepada industri muzik. Kebetulan Farah Fawcett, bintang terkenal rancangan penyiasatan TV Charlie's Angle di era 80an dahulu juga meninggal dunia pada hari yang sama.
Kematian MJ bagaimana pun memberi kesan yang besar kepada para peminatnya dan mempunyai nilai berita yang sangat tinggi. Cerita kematiannya disiarkan oleh hampir kesemua media antarabangsa, dan ada antaranya yang membuat ruangan khusus untuk mengimbau kembali kisah hidup penyanyi lagenda ini.
Tidak terkecuali TV8, yang menyediakan slot khas A Tribute to Micheal Jackson, dengan menyiarkan klip video lagu-lagu MJ. Begitulah bila seseorang yang tersohor membudayakan hendonisma meninggal dunia, di beri penghormatan oleh sebuah stesen television di sebuah negara Islam bernama Malaysia. Namun, amat menyedihkan apabila kematian pejuang-pejuang Islam di serata dunia hanya di beri ruang 1 ke 2 minit di dalam segmen berita luar negara.
Stesen television Malaysia seharusnya menerapkan cara kehidupan Islam dan meniupkan roh Islam dengan meyiarkan dokumentari tentang pengorbanan yang telah dilalui oleh para Nabi, Rasul, pejuang Islam masa kini dan juga cerita-cerita kejayaan umat Islam. Antara rancangan yang media boleh ketengahkan adalah pertandingan yang menyediakan peluang perniagaan kepada umat Islam dengan di bimbing oleh usahawan berjaya yang mengamalkan perniagaan dan kehidupan secara Islam.
Berbalik kepada kisah MJ, antara kontrovesi yang hangat diperkatakan adalah MJ mati sebagai Islam. Pernah suatu ketika, ruang maya menyiarkan berita tentang keislaman MJ, yang turut disaksikan oleh Yusuf Islam, yang juga dikenali sebagai Cat Steven suatu masa dahulu. Walaubagaimana pun, menerusi kenyataan rasmi terkini blog Yusuf Islam, beliau menafikan menjadi saksi keislaman kepada MJ.
Berita rasmi juga tidak menyiarkan laporan berkenaan pengislaman MJ, dan pihak keluarga MJ juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan perkara ini setelah kematian MJ. Sekali umat Islam dihidangkan dengan berita seperti ini, seseorang yang tersohor memeluk Islam, tetapi diragui kesahihannya.
Tersedu-sedulah si cilik Islam yang mengagungi MJ kerana seorang King of Pop Islam telah kembali ke rahmatullah. Begitu juga dengan ribuan lagi peminatnya yang menghantar sms agar terpapar di ruang kaki TV, menghambur jutaan ringgit demi menyatakan perasaan sedih mereka.
Namun, si cilik Islam tersebut akan terpinga-pinga jika di beritahu Yusof Qadrawi, misalnya, meninggal dunia. Malah, mungkin si cilik berkenaan akan tertanya-tanya, siapa Yusof Qadrawi ini?
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment