Nizar membuat permohonan ke atas keputusan mahkamah persekutuan yang mengesahkan Zambry sebagai menteri besar (MB) Perak yang sah serta memohon 11 orang hakim untuk mendengar permohonan tersebut.
Kemungkinan keputusan yang adil dapat di capai dengan jumlah hakim yang ramai, walau bagaimana pun ianya bakal dicurigai oleh pelbagai pihak terhadap ketelusan pihak eksekutif di dalam mencartakan perjalanan plot dan percaturan politik mereka.
Sekiranya di imbas kembali kronologi yang membawa kepada keadaan kucar kacir di negeri Perak, pihak yang memulakan cetusan minda ini yang perlu dipersalahkan. Ingatan kembali kepada 16 September 2008 bilamana politik negara bergolak dengan kencangnya apabila Anwar mengumumkan bahawa beliau mempunyai sokongan mandat daripada bakal ahli parlimen yang berpaling tadah kepada BN untuk menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Kelucuan berlaku apabila tiba-tiba sahaja para penyokong kelab kerajaan (BBC) telah mengadakan lawatan mengejut ke luar negara atas alasan untuk mengkaji teknologi pertanian di mana keseluruhan perbelanjaan tersebut di tanggung sendiri, beberapa hari sebelum tarikh tersebut.
Berlaku adengan kejar mengejar apabila beberapa orang ahli parlimen PR juga menyusul untuk bertemu dengan ahli parlimen BBC, namun alasan yang polemik diberikan. Reda politik negara buat seketika. Najib yang kemudiannya diberi tanggungjawab untuk memulihkan kembali kuasa BN di Perak membuat percaturan yang licik.
Najib memulangkan buah paku keras kepada Anwar. Natijahnya, sehingga kini, politik di Perak masih tidak aman. Jika di lihat, BN kelihatan rakus apabila cuba untuk membeli 3 orang ahli DUN Perak, yang memberi laluan kepada perlantikan Zambry sebagai MB.
Namun, jangan lupa, Anwarlah yang mencetuskan pemikiran tersebut dan dialah yang bertanggung-jawab sepenuhnya kepada apa yang berlaku di Perak. Sekiranya Anwar menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pembangkang yang mencari peluang penjanaan ekonomi, mentadbir-urus negeri-negeri yang telah dimenangi, dan menunjukkan ketokohan memimpin yang tinggi, bukannya dengan menjadi corong pembesar suara melaung-laungkan aib orang kepada semua, Perak mungkin masih di tadbir oleh PR.
Hentikan retorik; tumpuan penuh kepada kegawatan ekonomi adalah lebih penting daripada mendedahkan kelemahan dan keburukan pentadbiran kerajaan sekarang. Rakyat sudah tahu apa kerajaan sekarang buat, tidak perlu lagi Anwar menyebarkan kes-kes dan skandal-skandal yang lepas-lepas.
Rakyat telah memberi mandat sebanyak 6 negeri ( sekiranya Wilayah Persekutuan boleh di anggap sebagai negeri) kepada Anwar, jalankan tugas anda. Najib pula perlu menumpukan perhatian kepada baki 8 negeri lagi. Tunjukkan kepakaran masing-masing. Berdebatlah secara sihat dan berbincang dengan berhemat. Jatuh-menjatuhkan tidak diajarkan di dalam Islam.
Berpegang kembalilah ke jalan yang benar, semoga tuhan memberi petunjuk kepada dua insan ini yang menjadi ketua kepada dua golongan Islam agar dapat bersatu dan memperkukuhkan keislaman di bumi Malaysia yang bertuah ini. Siapa yang akan cha alif but, kita akan lihat nanti.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
1 comment:
salam silaturrahin
dari dinderaman
http://sdp5157.blogspot.com
Post a Comment