Buletin 1.30 TV 3 hari ini menyiarkan sebuah penempatan untuk pekerja-pekerja asing telah siap di bina dengan kemudahan yang lengkap di Nusajaya, Johor, bagi meneruskan projek pembangunan di Wilayah Iskandar. Antara ciri-ciri yang terbina adalah penempatan yang dibahagi-bahagikan menurut negara asal pekerja asing berkenaan. Ianya dianggap sebagai ciri keselamatan terbina dalam untuk menyelesaikan kemungkinan pergaduhan antara pekerja-pekerja asing ini tercetus.
Kerajaan pimpinan Najib telah mendahului zaman dengan menyediakan kemudahan bertaraf antarabangsa kepada kaum pekerja, cuma, pekerja yang bakal menikmati kemudahan ini adalah pekerja asing. Maka, adalah wajar slogan terkini 1Malaysia ditambah-baik menjadi "Rakyat Asing Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Selain daripada peluang pekerjaan kepada rakyat asing, projek ini bakal mengkayakan lagi pihak-pihak yang menerima permit khas dari Kementerian Dalam Negeri untuk pemerosesan visa pekerja asing, yang mencapai harga setinggi RM3,000 seorang, di bayar kepada pihak berkenaan.
Projek yang dilawati oleh seorang bertaraf menteri semasa dirasmikan, belum diketahui pembinanya, dan dikhuatiri, ianya juga telah dianugerahkan kepada pihak-pihak yang rapat dengan kerajaan. Di samping itu, kerajaan juga akan menikmati hasil levi yang lebih tinggi, hasil kemasukan pekerja-pekerja asing ini. Kerajaan kini cekap di dalam menjana pendapatan hasil daripada berniaga dengan "peluang pekerjaan penduduk tempatan", di mana, peluang-peluang ini telah di jual kepada pekerja asing.
Semua ini berlaku akibat kepincangan dan tahap ketirisan yang tinggi di dalam perbelanjaan negara, di mana, natijahnya akan terkena kepada rakyat dalam bentuk pertambahan hutang negara dan kenaikan harga barang yang lebih tinggi. Lama-kelamaan, rakyat miskin semakin tertindas akibat daripada kenaikan kos sara hidup, dan golongan elit semakin kaya, mungkin tidak merasai langsung kesan kenaikan harga.
Faktor keselamatan penduduk Nusajaya belum lagi di ambil kira. Kebanjiran pekerja asing ini secara tidak langsung akan membawa bersama masalah-masalah yang sering terpapar di dada akhbar seperti pergaduhan, melarikan anak gadis dan peningkatan aktiviti tidak sihat pelacuran. Semuanya akan menambahkan lagi beban kepada penduduk tempatan yang terhimpit oleh kesan pembangunan.
Mengapakan segala kemudahan ini tidak disediakan kepada pekerja-pekerja tempatan dan peluang berkenaan di buka seluas-luasnya kepada rakyat Malaysia?
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment