Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts

Thursday, April 23, 2009

Laporan polis palsu GMP terhadap Malaysiakini

Harakahdaily
Thu | Apr 23, 09 | 1:13:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Keghairahan 'membela istana' mendatangkan musibah kepada Gagasan Melayu Perak (GMP) apabila pertubuhan NGO itu bertindak membuat laporan palsu terhadap laman berita portal internet, Malaysiakini.

Dalam laporan palsunya itu, Presiden GMP Mohd Hilmi Ismail mendakwa kononnya Malaysiakini telah menerbitkan artikel yang "menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Artikel bertajuk "Raja Nazrin defends monarchy against ridicule" (Raja Nazrin pertahan institusi Diraja daripada dipersenda) kononnya diterbitkan Malaysiakini pada Selasa lalu.

Bagaimanapun pemeriksaan yang dilakukan laman web terbabit mendapati tiada berita seumpama itu diapungkan pada tarikh berkenaan.

Bagaimanapun seksyen Bahasa Malaysia Malaysiakini telah menyiarkan versi bahasa Melayu berita tersebut dengan memetik laporan Bernama pada 19 April.

Pengerusi Bernama ialah Dato' Seri Anuar Zaini, seorang 'penasihat' istana Perak.

Mohd Hilmi dan gerombolannya telah membuat laporan palsu itu di Balai Polis Sungai Senam dekat Ipoh pada jam 5 petang semalam.

Laporan Bernama menyebut, Mohd Hilmi memberitahu wartawan bahawa laporan polis dibuat kerana GMP menganggap berita yang disiarkan Malaysiakini itu sebagai biadap dan tidak menghormati institusi istana Perak.

Mohd Hilmi juga berkata, GMP berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Budaya mengambil tindakan terhadap laman sesawang terbabit kerana menyalahgunakan teknologi maklumat tanpa memikirkan implikasinya terhadap keselamatan negara.

hanya dimaklumkan kakitangan

Malaysiakini yang kemudiannya menghubungi GMP pagi tadi bagi mendapatkan penjelasan berhubung laporan polis palsu itu dimaklumkan Mohd Hilmi bahawa beliau "tidak menyedari Malaysiakini telah menyiarkan berita seumpama itu sebelum membuat laporan polis".

"Saya tidak tahu menahu tentang artikel itu. Saya diberitahu oleh kakitangan saya dan membuat laporan polis," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada beliau menyedari bahawa laporan polis palsu itu boleh memburukkan reputasi Malaysiakini, Mohd Hilmi bertanya:

"Bukankah Malaysiakini sama dengan Malaysian Today atau blog lain?"

Sehubungan itu Malaysiakini menuntut Mohd Hilmi menyiarkan permintaan maaf kerana membuat laporan palsu.

Laman sesawang itu juga berkemungkinan akan mengambil tindakan terhadap Mohd Hilmi dan GMP.- tajdid _

Monday, April 6, 2009

Kugan disahkan mati kerana paru-paru berair dan pukulan getah paip

Laporan bedah siasat ke atas Kugan yang di buat oleh sebuah suruhanjaya diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan sebentar tadi dan mengesahkan bahawa mendiang meninggal dunia akibat daripada masalah paru-paru berair.

Suruhanjaya tersebut juga mendapati terdapat 45 kesan luka dalam bedah siasat kali kedua, berbanding 22 kesan luka dalam bedah siasat kali pertama. Kesan tersebut terhasil daripada hentakan benda tumpul dipercayai paip getah, dan memburukkan lagi keadaan mendiang yang menghidapi paru-paru berair.

Perbezaan kesan luka tersebut terjadi akibat daripada torehan semasa bedah siasat kali pertama. KPKK membentang hasil siasatan tersebut untuk menjernihkan keadaan di mana isu Kugan telah dijadikan sentimen dalam kempen menjelang pilihanraya Bukit Selambau.

Sayugia, tindakan ini dapat mendiamkan parti-parti politik pembangkang daripada memainkan isu tersebut. Walau bagaimana pun, pihak polis masih lagi boleh dipertikaikan tindakan mereka yang menggunakan kekerasan di dalam mendapatkan maklumat daripada pesalah.

Pihak polis disarankan agar lebih memberi perhatian terhadap kes-kes yang mendesak daripada menghabiskan masa menangkap peserta perhimpunan aman yang dianjurkan oleh pihak pembangkang.

Imbas kembali : Kugan, suspek yang mati di lokap polis

Nama Kugan pernah menghiasi dada akhbar suatu ketika dahulu apabila mati dalam tahanan lokap polis. Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan oleh mahkamah akan kesalahan tersebut.

Pesalah ini akan dijatuhkan hukuman yang sewajarnya sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan, sesuai dengan tahap kesalahan tersebut. Apabila seseorang suspek di tahan reman oleh pihak polis, polis tidak mempunyai kuasa untuk "membelasah" pesalah tersebut, apa lagi sehingga menyebabkan kematian.

Bagaimana perasaan anda sekiranya anda yang menjadi suspek, di tuduh tanpa bukti yang mencukupi dan di dera sehingga anda sanggup membuat sebarang pengakuan terhadap sebarang kesalahan.

Kematian suspek dalam tahanan polis tidak boleh di terima oleh sebarang piawaian sekiranya Malaysia hendak menuju ke arah negara maju. Pihak polis sepatutnya meningkat dan menambah lagi kakitangan forensik dan pegawai penyiasat yang bertauliah untuk menangani kejadian jenayah yang semakin rumit untuk diselesaikan.

Sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan keamanannya di seluruh dunia, episod ini memberikan gambaran yang sangat tidak baik kepada negara bilamana seluruh dunia menyaksikan sendiri kekejaman polis menerusi klip video yang dimuat-turun ke laman you tube.

Pautan klip video di bawah adalah rakaman terakhir mendiang Kugan di bilik mayat.

http://www.youtube.com/watch?v=uUw7FQ0nEFo"

Laporan polis terhadap penipuan Ganesan, Calon BN Bkt Selambau


Sila klik pada gambar untuk membesarkannya

Pengundi hantu di dalam bas PDRM

Terkini - Pihak petugas PR telah mengesan pengundi hantu di bawa masuk ke Markas Tektikal (Martek) PDRM di Sungai Petani menggunakan bas PDRM. Pihak media PR dan akhbar Sinar kini dalam perjalanan ke Martek untuk merakamkan peristiwa ini, di mana, taktik Najib untuk memastikan namanya terjaga, telah memperkudakan segala jentera kerajaan demi memastikan kemenangan BN di Bukit Selambau.

Martek yang tersergam indah dengan deretan kemah putih dan dilengkapi dengan alat penghawa dingin didirikan bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Sungai Petani, dengan kos penyewaan yang menelan belanja hampir sejuta ringgit, membuktikan betapa BN telah membazirkan wang rakyat demi memenuhi cita-cita politik mereka. Paparan lanjut akan disiarkan apabila mendapat gambar terkini dari pihak media.

Sunday, April 5, 2009

31 di tahan kerana menghadiri perhimpunan di Bukit Selambau

Seramai 31 orang penyokong PR telah di tahan oleh pihak polis dalam waktu berkempen kerana menghadapi tuduhan perhimpunan haram di Bukit Selambau. Pada 31 hb Mei 2009, seorang petugas PR, Azhar, mengesyaki sesuatu akan berlaku kerana melihat pada pukul 7, kelihatan kelibat trak FRU memasuki perkarangan tempat ceramah yang bakal diadakan.

Beliau telah menelefon pihak polis dan mendapati permit ceramah yang sepatutnya dijadualkan pada malam tersebut telah dibatalkan pada saat-saat akhir. Awalnya sekitar pukul 3, Azhar telah dimaklumkan bahawa permit tersebut telah diluluskan. Bagimana pun, pembatalan di saat akhir berkenaan tidak dimaklumkan kepada beliau.

Sekali lagi. BN telah menggunakan segala tipu helah yang ditujukan kearah PR untuk menjatuhkan moral dan memberi persepsi tidak baik kepada PR. BN berharap agar pengundi Bukit Selambau akan merasa gerun untuk menghadiri ceramah-ceramah yang bakal diadakan sepanjang kempen PRK nanti. Mereka masih lagi dengan order lama dan tidak menghiraukan amanat terakhir daripada Abdullah.

Keesokan hari, 6 hb. Mei 2009, kesemua penyokong yang telah di tahan dan dibebaskan ini terpaksa pula memberi keterangan lanjut di Ibu Pejabat Polis Kuala Muda. Dijangkakan ianya akan menjadi tajuk berita utama, demi menggambarkan betapa PR suka melanggar undang-undang negara.

Tuesday, March 24, 2009

3 Polis Cedera Terkena Balingan Objek Di Bukit Selambau

Buletin Utama melapurkan 3 anggota polis tercedera akibat daripada balingan objek oleh para penyokong Parti Keadilan Rakyat semasa usaha polis menyuraikan perhimpunan haram yang berlangsung di Bukit Selambau, serta dihadiri oleh Anwar semalam. Diberitakan juga sebuah pondok MCA di serang oleh sekumpulan penyokong yang lain selepas daripada kejadian tersebut.

Imbas kembali kepada kejadian di mana, anggota askar telah divideokan dalam keadaan melalui suatu bentuk siksaan yang boleh dikatakan sangat kasar, didapati anggota tentera kita telah bersedia untuk bertempur dan bersedia pada bila-bila masa demi mempertahankan kedaulatan negara. DYMM Yang Di Pertuan Agung menjadi tonggak kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bersiap siaga sentiasa.

Sekiranya 3 anggota polis yang tercedera hendak dijadikan kayu ukuran, bagaikan langit dengan bumi. Setiap anggota yang menyertai pasukan keselamatan perlu menerima hakikat bahawa pekerjaan yang diceburinya datang berserta dengan halang rintangan dan berbahaya, dan adakalanya boleh meragut nyawa.

Kejadian di Bukit Selambau bolehlah dikategorikan sebagai asam garam di dalam perkhidmatan kepolisan dan tidak perlu diperbesar-besarkan sehingga menjadi tajuk utama di kaca television. Adalah lebih berfaedah sekiranya masa tersebut disiarkan mengenai kejayaan negara mengharungi ribut ekonomi yang sedang melanda negara ini. Apakah langkah-langkah yang telah berjaya dilaksanakan serta siarkan mereka yang telah berjaya dan mengecapi nikmat kejayaan tersebut.

Acapkali yang kedengaran adalah berbilion-bilion wang diperuntukkan ke arah membasmi kemiskinan dan peruntukan kewangan untuk industri kecil dan sederhana, namun tiada yang boleh dipertontonkan kepada rakyat dalam bentuk kejayaan individu atau pun kumpulan.

Media Malaysia perlu menjadi pencetus massa dengan mempelopori kaedah terbaru ini. Perbanyakan berita yang menjulang kejayaan rakyat Malaysia, walau sekecil mana sekali pun kejayaan tersebut, agar dapat menjadi inspirasi kepada mereka yang lain untuk berusaha dengan lebih gigih, demi mengubah taraf kehidupan mereka.

Tidak perlulah menyiarkan berita polis di timpa balingan objek, polis menyemburkan air dan melepaskan gas pemedih mata, keganasan FRU memijak-mijak rakyat Malaysia di hadapan Masjid Negara dan lain-lain lagi berita seumpamanya.