Showing posts with label bukit selambau. Show all posts
Showing posts with label bukit selambau. Show all posts

Tuesday, April 7, 2009

Berita terkini dari bilik gerakan AMK Kedah, Sg Lalang

Terkini : Bukit Gantang dan Bukit Selambau dimenangi oleh PR

8.32 pm
Sumber tidak sah melaporkan PR mendahului BN di dalam pengiraan undi di kedua-dua bukit.

7.22 pm
Terkini : Batang Ai, BN 3508, PR 1912, BN menang dengan majoriti 1596
Cuaca di Bukit Selambau : hujan sejak pukul 4 petang, kini renyai-renyai. Pengiraan undi masih dijalankan.

12.45 am
Seorang wanita didapati telah menukar baju beberapa kali di Sek. Petani Para dan sedang diperhatikan oleh petugas Mafrel. Tidak diketahui tujuan dia berbuat demikian, tetapi dia di lihat keluar masuk ke pusat mengundi beberapa kali dengan baju yang berbeza-beza. Kejadian ini berlaku pada pukul 12.09 am.

12.39 am
Pengundi luar yang pulang untuk mengundi PR bolehlah menuntut tiket perjalanan bas daripada Pejabat Yayasan Aman dengan mengemukakan tiket tersebut kepada petugas yang berkenaan.

12.29 am
Mood pengundi menyaksikan pusat mengundi masih lagi dipenuhi dengan deretan panjang barisan yang beratur menunggu giliran membuang undi. Peratusan keluar mengundi di jangka agak baik, namun, sehingga kini, Malaysia for Free Election (Mafrel ) melaporkan PR mendahului di dalam undi keluar (exit polls).

10.53 am
Trak FRU telah di hantar ke S.M. Aman Jaya untuk meleraikan pertikaian antara petugas BN dan PR bilamana petugas BN bertindak memindahkan salah sebuah daripada dua pondok panas mereka lebih dekat kepada pusat pembuangan undi. Petugas PR membantah tindakan ini kerana melanggar undang-undang SPR yang mengkehendaki pondok panas didirikan sekurang-kurangnya 50 meter dari kawasan pintu masuk pusat mengundi.

10.22 am
Petugas BN dan PR bertengkar di luar kawasan SJK (Tamil) Palanisamy Kumaran apabila petugas PR tidak berpuas hati dengan lokasi pondok panas mereka yang terletak di atas jalan tanah merah yang lecak manakala lokasi pondok panas BN di beri di atas jalan yang bertar. Pihak polis tidak dapat meleraikan pertengkaran tersebut dan hanya berupaya untuk memerhati sahaja.

10.15 am
Pengarah Pilihanraya Kecil Bukit Selambau, Saiful Izham, sedang bersiap-sedia untuk membuang undi di Institut Kemahiran Mara, Sungai Petani. Keadaan masih terkawal dengan para pengundi mula membanjiri pusat pembuangan undi.

9.59 am
Johari, Samsul Iskandar dan Azmin Ali sedang membincangkan strategi terakhir di bilik gerakan AMK Kedah demi memastikan kemenangan memihak kepada PR.

9.42 am
Para petugas mula bersedia untuk memantau undi keluar daripada 22 pusat mengundi. Segala persiapan akhir telah dilaksanakan. Calon PR, S. Manikumar telah membuang undi di SMK Taman Ria Jaya pada pukul 8.15 pagi diiringi oleh penyokong-penyokong PR yang dianggarkan melebihi 10,000 ribu orang.

Pusat pembuangan undi

Sunday, April 5, 2009

31 di tahan kerana menghadiri perhimpunan di Bukit Selambau

Seramai 31 orang penyokong PR telah di tahan oleh pihak polis dalam waktu berkempen kerana menghadapi tuduhan perhimpunan haram di Bukit Selambau. Pada 31 hb Mei 2009, seorang petugas PR, Azhar, mengesyaki sesuatu akan berlaku kerana melihat pada pukul 7, kelihatan kelibat trak FRU memasuki perkarangan tempat ceramah yang bakal diadakan.

Beliau telah menelefon pihak polis dan mendapati permit ceramah yang sepatutnya dijadualkan pada malam tersebut telah dibatalkan pada saat-saat akhir. Awalnya sekitar pukul 3, Azhar telah dimaklumkan bahawa permit tersebut telah diluluskan. Bagimana pun, pembatalan di saat akhir berkenaan tidak dimaklumkan kepada beliau.

Sekali lagi. BN telah menggunakan segala tipu helah yang ditujukan kearah PR untuk menjatuhkan moral dan memberi persepsi tidak baik kepada PR. BN berharap agar pengundi Bukit Selambau akan merasa gerun untuk menghadiri ceramah-ceramah yang bakal diadakan sepanjang kempen PRK nanti. Mereka masih lagi dengan order lama dan tidak menghiraukan amanat terakhir daripada Abdullah.

Keesokan hari, 6 hb. Mei 2009, kesemua penyokong yang telah di tahan dan dibebaskan ini terpaksa pula memberi keterangan lanjut di Ibu Pejabat Polis Kuala Muda. Dijangkakan ianya akan menjadi tajuk berita utama, demi menggambarkan betapa PR suka melanggar undang-undang negara.

Cuaca di Bukit Selambau

Bukit Selambau menikmati hujan sepanjang petang hingga ke sebelum tengah malam bermula dari hari Khamis lepas sehinggalah ke hari ini. Fenomena di luar kawalan ini menyaksikan kempen PRK Bukit Selambau sedikit terencat, namun tidak menghalang semua pihak daripada menyampaikan ceramah yang telah dirancangkan.

Para pengundi, terutama sekali mereka yang berada di kampung-kampung, tetap keluar memenuhi ruang ceramah, walaupun dalam keadaan basah. Manakala, para pengundi bandar tidak begitu memberi tindakbalas yang diharapkan dengan sebilangan kecil sahaja mengunjungi pusat ceramah yang sentiasa digenangi air hujan.

Friday, April 3, 2009

Pilihanraya Kecil Bukit Selambau

Suasana pilihanraya kecil (PRK) Bukit Selambau menyaksikan perlawanan 15 penjuru yang tidak pernah dialami di dalam sejarah PRK Malayia. BN meletakkan harapan mereka kepada S Ganesan, manakala PKR menyenaraikan seorang muka baru, S Manikumar. Lain-lain penyertaan adalah daripada individu-individu yang menetap di kawasan Bukit Selambau.

Terdapat juga seorang calon daripada orang melayu yang merayu undi daripada masyarakat melayu, serta menjanjikan bahawa sekiranya menang, akan menyertai PAS untuk membentuk sebahagian daripada jentera kerajaan memerintah kini di Kedah. Walaubagaimana pun, kenyataan ini di sanggah oleh PAS di dalam wawancara dengan TV Antara.

Cuaca yang tidak menentu dengan hujan dan panas silih berganti merencatkan suasana PRK apabila perang poster tidakah semeriah PRK yang lepas-lepas. Masih terdapat banyak lagi kawasan yang tidak terdapat sebarang bendera dikibarkan dan poster calon juga tidak dinaikkan. Tinggal lagi 5 hari sehingga ke tarikh mengundi dan semua pihak bertungkus-lumus memperkenalkan calon masing-masing melalui pelbagai cara.