Monday, September 14, 2009

Mahathir India Cina

Kegawatan ekonomi menyerlahkan diri sebenar sesuatu bangsa dan jati diri. Dalam kekalutan ekonomi ini, kebanyakan masyarakat India menyalahkan Mahathir terhadap segala kepayahan dan kesusahan yang dialami mereka; Mahathir pula menyerang balas dengan memaparkan surat aduan dari MIC sendiri bagaimana Samy telah menggelapkan berbilion wang yang telah diperuntukkan oleh Mahathir kepada kaum tersebut.

Manakala kaum Cina tidak henti-henti meminta kesamarataan di dalam segala aspek, sehingga ke tahap menghina sultan. Tiada siapa yang pernah mendengar rintihan kaum peribumi sendiri kerana tidak pernah disiarkan oleh mana-mana media. Kalau ada pun mungkin berbangkit daripada kesan asakan kaum lain terhadap mereka.

Manakala, sejuta orang melayu berhijrah ke China pada tahun 1957, kemudian diberikan kerakyatan China, lalu kerajaan China juga membenarkan orang melayu menubuhkan sekolah aliran melayu, mengamalkan bahasa melayu, dan memberikan keistimewaan yang sama seperti rakyat China. Dalam waktu yang sama, orang melayu itu kini telah menguasai 70% daripada kek ekonomi negara China, dan meminta lebih banyak hak-hak yang mereka rasa perlu kerana mereka telah berjasa kepada negara.

Di suatu sudut, suatu kisah benar berlaku di selatan tanah air, apabila seorang Tan Sri Cina memberi ucapan dalam sebuah majlis dengan mempersoalkan hak kesamarataan kerana kaum dia telah banyak berbakti kepada negara. Maka, semasa sesi soal jawab, seorang wartawan bertanya siapakah dua orang India yang bersama Tan Sri tersebut.

Tan Sri berkenaan dengan bangganya menyatakan bahawa mereka berdua adalah pekerja setianya yang telah berbakti melebihi 30 tahun. Wartawan berkenaan pula bertanya, mengapa Tan Sri tersebut tidak menyerahkan sebahagian daripada syarikat Tan Sri kepada pekerjanya yang telah banyak berbakti. Tan Sri mengatakan bahawa syarikat itu adalah HAK dia, dan pekerjanya telah diberi gaji, maka, kenapa dia perlu beri kepada pekerjanya.

Wartawan berkenaan menjawab, begitu juga dengan Tanah Melayu yang dipunyai oleh orang melayu. Walau banyak mana pun pendatang berjasa, Tanah Melayu itu HAK orang melayu. Sebagai imbuhan, kaum pendatang boleh berniaga dan mengaut sebanyak mana ekonomi yang mereka hendak. Kenapa HAK perlu di beri kepada orang lain. Tan Sri tersebut tidak dapat menjawab!

No comments: