Showing posts with label Suara Keadilan. Show all posts
Showing posts with label Suara Keadilan. Show all posts

Sunday, April 5, 2009

Khairy Jamaludin di siasat oleh Lembaga Disiplin UMNO

Suara Keadilan melaporkan Khairy Jamaluddin akan di siasat oleh Lembaga Disiplin UMNO berdasarkan bukti baru yang dikemukakan kepada lembaga tersebut. Sekiranya Najib tidak memerlukan khidmat Khairy, di mana selama ini, Khairy merupakan duri dalam daging kepada Najib, Najib boleh mengarahkan lembaga disiplin mengeluarkan keputusan bersalah, dan kali ini tindakan keras akan di ambil, berkemungkinan akan menyebabkan Khairy kehilangan kuasa yang baru dikecapinya sebagap Ketua Pemuda UMNO.

Abdullah yang merasa selesa ketika menjadi mantan Perdana Menteri pasti terkedu dengan tindakan drastik yang bakal di buat oleh penggantinya, sebagaimana yang pernah juga dilakukan oleh Abdullah kepada Mahathir. Apa yang menyebabkan Abdullah mempercayai bahawa sejarah tersebut tidak akan berulang adalah tidak dapat dipastikan.

Monday, March 23, 2009

Harakah Dan Suara Keadilan Di gantung 3 Bulan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan arahan agar penerbitan Harakah dan Suara Keadilan di gantung serta-merta selama 3 bulan hari ini berkuat kuasa serta-merta. Arahan tersebut telah di hantar menerusi faksimili kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tindakan tersebut di ambil tanpa memberi sebarang alasan berkenaan pergantungan yang dipercayai sebagai satu langkah oleh BN untuk melenyapkan saluran informasi pihak pembangkang sepanjang tempoh pilihanraya kecil yang bakal diadakan kelak. Adalah menjadi ketakutan kepada BN, Harakah dan Suara Keadilan akan digunakan sepenuhnya sebagai jalan penghubung di antara pihak pembangkang dengan para pengundi untuk menyebarkan maklumat yang penting, lalu menelanjangkan lagi rupa BN yang sedia hodoh di mata rakyat.

BN bagaimana pun akan membuat para pengundi yang telah sedia menyampah dengan tindak tanduk dan retorik BN, bakal meminggirkan lagi parti tersebut. Dalam era globalisasi dan maklumat yang disalurkan menerusi internet, langkah tersebut sedikit sebanyak akan mencalarkan kewibawaan KDN kerana maklumat-maklumat tersebut tetap akan tersebar menerusi jalur lebar yang kini menjadi saluran alternatif kepada rakyat yang dahagakan maklumat terkini.

Perlembagaan Malaysia yang menjanjikan kebebasan dan hak untuk bersuara telah dibakul-sampahkan oleh KDN, akibat daripada ketakutan melampau pihak pemerintah terhadap tsunami politik yang melanda ke seluruh pelusuk bumi bertuah ini. Terserlah betapa kokokan ayam jantan sayap kiri BN bertukar menjadi ayam betina yang mengeluarkan telur apabila pihak pembangkang dinafikan hak mereka untuk mengeluarkan pendapat dan maklumat penting untuk tatapan rakyat keseluruhannya.

Suatu langkah yang disifatkan sebagai tindakan bacul, BN akan sentiasa dihantui oleh ketakutan yang melampau sehingga sanggup memperkudakan segala agensi kerajaan, sepertimana biasa, untuk mencapai matlamat mereka dengan menghalalkan cara.